Bubur Nasi Herba Segera Faiza
Published on: May 17, 2012 @ 09:20 : Cari kelainan dalam memasak kita cuba buat bubur nasi herba segera pulak , ye lah sejak akhir-akhir ni sibuk sangat , tapi masak tetap ko… dah pegang title mak dan surirumah ni, mana boleh tak masak.. paling bodoh-bodoh pun buat telur masak kicap , masak juga… tapi kalau agak rajin sikit boleh lah buat macam-macam jenis masakkan. Ni kes agak malas nak masak.
Keluarga saya adalah keluarga yang paling tak suka makan di luar. Ayah budak-budak ni lah yang sebenarnya tak suka , ibu ok je… boleh cuti memasak kan. Bila pergi shopping barang dapur tu , kalau ternampak apa-apa yang menarik saya mesti beli dan simpan , tunggu masa sesuai cubalah buat resepi baru ..