ASB AGIHKAN PENDAPATAN 7.50 SEN SEUNIT DAN BONUS 1.25 SEN SEUNIT 21 Disember 2010 KUALA LUMPUR : Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB), anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB) hari ini mengumumkan agihan pendapatan sebanyak 7.50 sen seunit dan bonus 1.25 sen seunit bagi Skim Amanah Saham Bumiputera (ASB) untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2010. Agihan pendapatan ini meningkat sebanyak 0.20 sen seunit berbanding yang dibayar tahun lalu (2009: 7.30 sen seunit) Peruntukan bagi pengagihan pendapatan itu membabitkan pembayaran sebanyak RM5.93 bilion, iaitu peningkatan sebanyak 22% berbanding dengan RM4.86 bilion yang dibayar pada tahun 2009. Peruntukan bagi pembayaran …