Blog Di Landa Ribut Petir

Tajuknya adalah kata-kata seorang rakan blogger apabila dia memahami kerisauan saya beberapa hari lepas , ada yang perasan ada yang tidak perasan. Beberapa rakan blogger menegur kenapa blog tidak dapat komen dan loading , kenapa asyik tukar theme , terima kasih pada yang prihatin.

Blog saya tidak semena-mena mengalami ERROR 500 secara drastik , apabila CPU dan Entri Proses asyik sampai tahap minima. Perghh ayat .. jenuh saya fikir macam mana nak cakap pasal ni , sebab saya tidak pandai dalam bab cpanel dan database. Saya terpaksa mintak rakan blogger yang lebih arif tengok-tengok kan kenapa dan mengapa.

Terima kasih Azmanishak.Com sekurang-kurangnya saya tahu apa masaalahnya dan rasa sedikit selamat.Pertama kali berborak dengan Azmanishak ni .. saya adalah pemalu orangnya , tetapi kalau dah kenal .. memang cakap tak hingat dunia. Read More

Minta Tolong

Kali ni terpaksa mintak tolong dari rakan blogger yang bijak pandai lagi. Saya memang dah buntu sangat-sangat. Jika sebelum ni saya pakai theme warna ungu tu dah memang puas hati sangat-sangat tetapi sejak update wordpress kepada versi terbaru , saya perasan theme atau blog saya ni ada masaalah lain.

Semasa pakai theme ungu tersebut saya lupa nak print skrin , tapi ini lah masaalah yang saya hadapi ..

Theme Ungu : Bila klik tajuk contoh lah link nya ini

Pasang Streamyx , Unifi Secara Percuma Seluruh Malaysia

tetapi untuk perengan pertama entri jadi ada link , kita boleh klik link tu tetapi akan dapat macam ni linknya

undefined

  • Kemudian broken link terjadi , memang banyak sangat . Walaupun sebenarnya saya tak letak link pada perengan pertama entri tu. Faham tak ? lupa nak print skrin.

Tapi saya tukar theme pulak , theme sekarang ni  theme thesis , dah tak ada undefined di entri , tetapi ada pada atas navigation.

Contoh tengok dalam gambar.

Yang ini Normal.
link http://puanbee.com/

blog error undefined

Kadang-kadang akan naik macam dalam gambar di bawah.

blog dengan error undefined

Bila klik disitu akan naik ERROR macam ni …

link nya

error blog

Buat ni untuk tatapan @anarmnet @yanmie @affanruslan . Terima kasih korang ..

  • Semalam , kelmarin dah minta tolong pada diorang ni
  • Kelmarin blog saya tak boleh update ke wordpress versi baru , tapi dah settel atas bantuan Affanruslan.
  • kak yanmie cakap delete di cpanel theme lama , install lain .. masaalah ni tetap timbul.
  • Seterusnya sajalah pergi Optimize Database secara manual , sebab lama tak optimize guna tutorial dari blog Anarm – Link (saya memang simpan link ni untuk kegunaan dalam masa panjang.) Pun selepas optimize , masaalah ni ada juga.

Tak sedap hati lah bila ada error macam ni. Tolong rekomen pada sapa2 yang pandai bab ni.

UPDATE : 29 JUN Error dah tak ada , punca dari iklan initty .. rasanya javascript tk boleh letak di atas header tu .