Bila sikecil tumbuh gigi

Bila agaknya bayi tumbuh gigi? Apakah pertumbuhan gigi semua bayi sama dan bagaimana mengetahui bayi akan tumbuh gigi?

Gigi bayi mula kelihatan pada usia yg berbeza-beza antara satu bayi dgn bayi yg lain. Sesetengah bayi memerlukan masa agak lama dan sesetengah lg agak cepat.

Pada usia 3 tahun,kebayakkan kanak-kanak sudah mempunyai semua gigi pertamanya (gigi susu). Jika bayi anda telah mencapai usia 12 bulan,belum mempunyai gigi pertamanya. .sebaiknya anda berjumpa doktor utk mendapatkan nasihat dan penjelasan.

Pertumbuhan gigi setiap bayi sangat bervariasi dan tidak ada dua orang anak akan mempunyai jadual pertumbuhan gigi yg sama.

Tanda-tanda si kecil tumbuh gigi pertama :

-lebih meragam.
-menangis malam.
-air liur berlebihan.
-memasukan jari tangan dan mainan ke dalam mulut.
-keinginan untuk menghisap meningkat pada peringkat awal krn gusinya rasa gatal.
-kurang menyusu apabila gusi bengkak dan sakit.
-kurang makan.
-tidurnya terganggu.
-sebahagian kanak-kanak pula demam.

Perlu anda ingat,pertumbuhan gigi tidak menyebabkan demam teruk,masaalah tidur atau kurang daya tahan tubuhnya sehingga dia mudah mendapat infeksi.

Membersihkan gigi si kecil (bwh usia setahun)

—-basahkan sehelai sapu tangan bersih. Dudukkan si kecil di atas riba,balutkan sapu tangan pada sekeliling jari telunjuk dan lumurkan sdikit ubat gigi, jika dia tdk mahu ubat gigi atau bimbang tertelan tidak perlu isikanya.

—-Gosok jari anda pada gusi dan gigi anak. biar dia meludah ke dlm sinki sekurang-kurangnya dia boleh meniru gaya anda.

Cara memberus anak lebih besar (18 bln ke atas)

—-Dari usia 18 bln,mula besihkan gigi anak dgn berus gigi yg dibasahkan dgn sdikit ubt gigi berflorida. Beruskan giginya seberapa lama dia inginkan .Dia mungkin mahu memberus sendiri bila usianya mengjangkau usia dua tahun. Oleh itu sentiasa selia cara dia memberus giginya.

—-Si kecil perlu memberus gigi dgn cara betul. Ajar dia dgn cara anda bediri di belakangnya di hadapan cermin dan memegang tanganya dan tunjukan pegerakan memberus yg betul kepadanya.

—-jadikan masa memberus gigi satu permainan. Buat satu permainan pd waktu mandi untuk menggalakan anak meniru anda. bersihkan giginya dgn sempurna selepas itu.

—-Membersihkan gigi .Dirikan anak pd sebuah bangku di sinki dgn anda berada dibelakang pd satu sisi. Pegang kepalanya ke belakang supaya anda dapat melihat mulutnya apabila memberus gigi. Biarkan dia membilas mulutnya dan meludah ke luar. Ini adalah saat paling seronok. .. .

Sekian saja. .selamat mencuba!