Balik kampung sementara boleh Kampung Sungai Relong Kamunting

Balik kampung sementara boleh Kampung Sungai Relong Kamunting

Assalamualaikum dan hai , cuti CNY korang kemana ? saya balik kampung bawak anak-anak dan kucing-kucing jumpa opah. Sementara boleh balik kampung ni , saya tak lepaskan peluang bercuti di kampung. Biar lah apa nak jadi pun. Nanti kalau tiba-tiba border di tutup melepas kita. Mak saya tu duduk berdua je dengan abang , abang tu duda .. anak dia pun semua jauh-jauh , anak mak saya pun jauh-jauh masing-masing tak dapat jaga mak. Sementara ada masa adalah baik kita balik jenguk mak kerap-kerap. Mak selalu cakap…

Nak balik kampung ke tak nak ?

Dilema sebenarnya untuk saya , nak balik kampung ke tak nak .. ye lah .. kena drive selama lebih kurang 4-5 jam sendiri , hanya bertemakan 4 orang anak syurga , tak dapat di bayangkan .. anak kecil ni , semua pun faham kan .. tak boleh lama – lama duduk dalam kereta , ada lah benda yang hendak di gaduhkan. Risaunya nak balik kampung drive sendiri tanpa ayah diorang.

Tapi ,

Last balik kampung bulan 3 rasanya , alahai dah rindu mak dan kampung halaman , lagi pun duduk di KL bukan ada apa sangat , habis tidak menghadap tv , dan facebook .. boring laa kalau tiap hari macam tu.Lain , jika anak-anak bersekolah , jadual memang padat , sampai tak sempat bernafas … sempat shopping online je sesikit. Kihkihkih ~

IMG_3604