Tukar Duit Rupiah

Seronok bawa anak-anak belajar benda baru.Semalam bawa anak tukar duit Malaysia ke duit Indonesia Banyak soalan keluar dari mulut anak-anak. Paling best bila sebut dapat 2 juta. Wah terbeliak mata masing-masing konon macam banyak sangat. Tak sabar menanti hari esok.

Panduan buat passport di UTC Kuala Lumpur terkini

UTC Kuala Lumpur … memudahkan orang ramai berurusan dengan pihak kerajaan. Saya suka sangat dengan konsep di UTC ni. Cuti Tahun Baru Cina ini saya cadang hendak ke luar negara . Berjalan + berjumpa dengan abe. Perjalanan tak di rancang .. kebetulan abe cuti dan akan naik ke darat.

Agak kelam kabut buat passport .. tinggal seminggu .. nasib ada UTC .. di sana saya mengambil masa lebih kurang 2 jam. Itu pun setengah jam di habiskan untuk ambil gambar passport.

passport 2014

Perjumpaan Blogger Pembuka 2014

SALAM DAN HAI .. Mungkin ini pembuka cerita / kerjaya sebagai blogger sambilan dan mungkin juga ini penutup. Bukan maksudnya nak berhenti dari berblog. Tetapi mungkin ini lah perjumpaan blogger terakhir. Saja mencuba keluar untuk berjumpa dengan PR dan rakan-rakan blogger lain.

anak blogger

SUSAH.

Jika bawa anak kecil ramai dan ingin membuat kerja , berbincang dengan tenang.  Ya ampun..

Saya seorang ibu yang berdikari 100% . Bukan bangga .. bukan juga minta simpati. Tapi ini lah kenyataan nya. Mujur adik bongsu datang dan tolong saya menguruskan anak-anak. Walaupun sebenarnya saya boleh menjaga 4 orang anak ni sendirian. Tapi mak saya di kampung pula risaukan saya.

Suami saya bekerja di Jakarta sekarang ni. Mencari nafkah. Ada orang kata ” kalau aku tak sanggup la ..”  ya saya hanya mampu tersenyum.

Bagi saya .. kalau merungut banyak sangat takut Tuhan tarik balik rezeki. Suami bekerja jauh juga rezeki buat kami sekeluarga. Insurans untuk anak-anak di masa depan.

Kelat kan ? tak apa .. saya simpan rindu saya demi keluarga terchenta . Gitu.

pertama kali bawa baby tanpa orang pegang semasa memandu.
pertama kali bawa baby tanpa orang pegang semasa memandu.

Hari Pertama Husna & Buku Teks

Pengalaman yang tak mungkin di lupakan. Tahun 2014 ramai anak murid tahun 1 tersepit celah kerusi kan ? Husna juga ada kisah nya tersendiri. Kelakar habis. Kalau ingat cerita dia ni boleh buat saya gelak sampai menitik air mata.
husna tahun 1

Husna jatuh longkang .. kesian dia .. hari pertama kan .. dah 2 bulan cuti makan tidur je .. bangun lewat sekali kena bangun awal .. mengantuk agaknya. Lepas balik dari sekolah .. saya parking kereta . maksu , kakak dan syamim dah naik atas. Husna jalan selepas diorang. Saya lambat sikit sebab nak kunci kereta dulu.

Husna dah merungut beg berat. Tolong lah bawak.

Tapi semua orang tak layan dia. Ibu nak angkat beras 5kg , sabun 3kg dan banyak lagi barang dapur. Maksu dukung syamim. Kakak ada beg sendiri. Jadi terpaksa la bawa beg sendiri.

Koleksi Baju Sofia The First Kegemaran Kanak-Kanak

Mana nak cari koleksi baju / dress / pyjamas dengan tema SOFIA THE FIRST ? sini saya ada .. ehem .. mula-mula dulu tak tahu , apa yang si laila minta-minta , rupanya diorang asyik sangat dengan watak kartun ni. Sampai kalau nampak budak lain pakai baju Sofia the first ni diorang akan tengok sampai tak toleh ke tempat lain dah. Laila akan terus bentangkan usul ke ayah dia.( memang nak beli apa-apa kena rujuk ke ayah kan.) Sekali dah jumpa website jual baju ini. Saya terjebak dan terus menjual.

baju tema sofia the first

#CONTEST : Shopping baju anak murah dan berkualiti secara online

Sekarang zaman minyak mahal , mesti kena jimat seboleh-boleh nya. Jadi apa sangkut minyak mahal dengan shopping online ? begini .. kalau keluar pergi kedai dah tentu kena naik kenderaan , dah naik kenderaan kena isi minyak sendiri mesti nak makan-makan , mesti nak belanja anak belon 2-3 biji , mesti nak belanja anak kfc , mesti nak belanja tekak sendiri “coffee latte ” betul tak ?

membeli pakaian murah dan secara online
membeli pakaian murah dan secara online

Kenapa Api Tinggi – Tinggi Tu Ibu …

Haaa una lagi , yang paling banyak songeh ....tadi waktu nak masak , aku tumis lah bawang putih sambil2 tu potong ikan cam biasa lah nak cepat2 siap ..huhu.. tumis punya tumis dah terhangit ..ter ok tak sengaja ..lalala....sekali bee tk tahu nak buat pa kot nk selamatkan bawang tu , ambil air panas dan tunang dalam periuk sekali ada api dalam periuk sampai ke syiling , bee pejam mata rapat2 haa tkut..kusss semangat ! lebih kurang cam gambar di bawah ni lah , tapi tu gambar…
Hari Guru Sekolah Pagi

Hari Guru Sekolah Pagi

Hehee , akak dan adik - adiknya terkena kejutan budaya sikit hari ni , Apa tidaknya , biasa jadual diorang tidur jam 11 ke 1-2 pagi , lepas tu pagi tak bangun sampai dalam 10 pagi baru bangun si una dan baby tu , sekali kena bangun pagi - pagi sebab kakak nk sekolah pagi , hampir 2 jam ibu tertenggek tepi katil kejut kan depa bangun , kakak tok sah cakap lah memang bersemangat nak pergi sekolah pagi , awal2 kejut terus capai tuala dan mandi…

Hari Ahad Buat Apa ???

Salam Bahagia :) Agak bosan jika hari - hari duduk rumah , tak kemana - mana , tk de aktiviti , macam hidup ni tak normal pernah rasa macam tu ? ermmmm..bayak kali dah terasa tapi tak de pula orang yang merasa .. tak pe lah biarkan dia...kay tak de lagi hidup dia penuh dengan akitiviti dia dengan kerja dan kawan - kawan dan pancing , saya sebagai isteri jaga anak , jaga rumah , jaga hati sendiri supaya dapat besabar .Dan tak lupa juga jaga blog…

Ibu Hantu Curi Komputer Kakak !!!

Morning !! hahah ...nih kompius sikit nih , ibu blogger ke una blogger ? keh keh keh ..dalam duk siapkan ayahnya nk pergi kerja , una pun bangun terus duduk dan bercerita ...ibu........una nampak hantu tadi , dia curi komputer kakak....erm erm ...ibu kompius lagi ... OK gambar pagi , comot pun boleh possing yer...dan korang ..buat - buat tak nampak lah kain berlungguk tu ..dah settel pun tadi , tapi macam biasa setiap kali settel lipat kain akan ada yang baru ..puanbee sebagai ibu yang comel…