Syamim dah masuk pra 2019
Tips ajar anak berhenti pakai diapers , Kongsi dari pengalaman.
Anak syurga
Macam mana la ibu tak membebel ?
Penting ke melatih anak ke tandas sendiri a.k.a potty trained ?
Ermm topik , Adakah penting melatih anak ke tandas sendiri a.k.a potty trained ? terlintas di fikiran nak tulis. Selepas ada orang tanya , ” eh syamim pakai pampers lagi ? ” yah .. syamim dah 2 tahun 5 bulan. Dalam gambar tu syamim tahun lepas. Sekarang walaupun baru berusia 2 tahun 5 bulan dah nampak masam 3-4 tahun. Pandai cakap dan buat lagak pula tu. Jadi ramai orang akan terkejut sedikit bila dia poo poo dan beri tahu saya depan orang tu. “ Ibu syamim yak ” biasa nya itu la ayat si syamim. Dan orang akan “ apa ? syamim pakai pampers lagi ?. Haa gitu lah. Saya pula sebagai ibu. ” Aaah .. dia pakai pampers lagi , saya tunggu dia bersedia untuk tidak pakai pampers, lagi pun saya jenis ibu semua nak cepat dan M“. Tak suka renyah renyah. Tiga lagi anak saya semua pun tak ada yang bersungguh pun nak ajar dan melatih ke tandas. Saya ada terbaca juga. Ada yang buat solat sunat semata mata nak latih anak ke tandas tu. Ermmmm …
Pada pendapatan ibu ibu dan ayah ayah di luar sana , adakah penting untuk melatih anak ke tandas beriya – iya ni ? maksudnya .. sehingga kena keluarkan modal untuk beli tilam khas , lampin khas , dan juga potty khas ? Pada pendapat saya. Ibu ibu dan ayah ayah tak perlu kot terlalu risau. Kerana anak akan pandai rasa tak selesa bila tiba masanya. Dia sendiri akan buka pampers. Nak tahu bila masa sesuai tu ?
Sambutan hari guru 2016 #LAILA7YEARS
Allhamdulillah , cikgu kirimkan gambar dan video anak yang buat persembahan untuk Hari Guru pada tahun 2016. Laila .. dah banyak kali buat persembahan ni. Sekolah tu memang semua anak murid akan terlibat. Cuma bila dah besar sikit tu kurang lah nak share gambar. Selain laila ada lagi 2 orang kakak bersekolah di sekolah yang sama.
Saya hanya nak simpan gambar anak , sekarang ni dah tak print gambar macam dulu dulu dah. Anak-anak boleh tengok blog je lah ye. 10 TAHUN akan datang mereka akan baca dan tengok sendiri gambar dan story dari ibu.