Ost Ombak Rindu Dan Lirik

Ombak Rindu adalah sebuah Cerita yang membawa tema drama percintaan ini memulakan penggambarannya mulai pertengahan Julai tahun lalu , menggunakan lokasi sekitar Kuala Lumpur, Alor Setar, Yan, Kuala Kerpan, Langkawi, Padang Besar (Perlis) dan Danok (Thailand). Ombak Rindu yang ditangani Osman Ali ini, diterajui oleh Aaron Aziz sambil diapit dua aktres terkenal tanah air, Lisa Surihani dan Maya Karin. Akan menemui penonton dipawagam pada 1 Disember 2011.

Ost Ombak Rindu Dan Lirik nyanyian Hafiz Af dan Adira

Adira :

Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku

Hafiz :

Tuhan aku tahu banyak dosa ku
Hanya ingat Kamu kala duka ku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya untuk cintaku

Adira :

Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dari ku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung

Hafiz :

Hujan bawa air mata ku
Yang mengalir membasuh luka ku
Agar dia tahu ku terseksa
Tanpa cinta dia di hatiku

Hafiz & Adira :

Hanya mampu terserah
Moga cahaya di penanti

Hafiz:

Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya

Adira:

Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku

Tengok video , kalau dengar banyak – banyak kali saya menagis ! Dah memang saya ni jiwang orangnya kadang-kadang tak de menda pun dah sedih bagai nak rak , ermm.. erm.. korang macam saya tak ? tapi ada kadang-kadang tu tak berapa jiwang keras kepala , degil dan sebagainya .. tapi bila duk sesorang , dengar lagi perasaan macam- macam datang .. ombak kot! hehe.. layan je lagu ni ..

Sinopsis Ombak Rindu

Sumber : CThoney