Vespa Bertema Harimau Malaya Berharga RM10,988.15

Vespa Bertema Harimau Malaya Berharga RM10,988.15

Satu-satunya Vespa yang telah di cat bertemakan Harimau Malaya berharga RM10,988.15. Wow Agak menarik bukan ? Jika Harimau Malaya menang dalam perlawanan bola sepak antara Bahrain kelmarin sudah pasti , bukan Vespa sahaja , silap-silap banyak kenderaan di Malaysia ni bertemakan Harimau Malaya , menjadi satu kebangaan negara jika Harimau Malaya dapat mara dan mara dengan cemerlang dalam Arena Bola Sepak .

Vespa Bertema Harimau Malaya Berharga RM10,988.15

Petikan Berita tentang Harimau Malaya bakal jadi tarikan
Pencapaian membanggakan Harimau Malaya sejak kebelakangan ini dimanifestasikan pada sebuah vespa yang dijangka menjadi tumpuan pada Perhimpunan Agung Umno 2011.

Eksekutif Jualan Naza Premira Sdn Bhd, Hawa Zabrina Za’ba berkata, vespa yang memaparkan corak jersi skuad bola sepak kebangsaan itu diharap mampu memikat pelanggan terutama golongan muda.

“Vespa ini kami hasilkan daripada model Vespa LX150 mempunyai enjin empat silinder dengan kuasa 149.5cc berharga RM10,988.15 di atas jalan,” katanya.

Buat masa ini hanya ada sebuah vespa bertema Harimau Malaya, namun pihaknya boleh menghasilkan corak serupa jika dikehendaki pelanggan.

Kos menghasilkan corak itu bergantung kepada teknik penghasilannya yang mana penggunaan “air-brush” menelan belanja kira-kira RM2,000 manakala teknik “sticker” pula melibatkan kos RM200 dan RM400. sumber : Sinar harian