4 Khasiat Serai – Buat sendiri teh serai

Penyakit angin . Siapa sini yang selalu kena penyakit banyak angin ? sesetengah orang kata gemuk angin. Yang ni saya tak pasti la sangat , gemuk angin macam mana. Tetapi penyakit badan mudah di masuki angin tu saya sendiri telah mengalaminya. Sejak melahirkan anak ke dua dulu. Entah la mungkin semasa saya dalam tempoh berpantang kurang penjagaan dari segi makanan. Makan bihun goreng dengan durian selamba jek.

Perut selalu rasa sebu. Pencernaan tak bagus.Nak kentut pun susah. Semua tu tanda perut/badan ada “angin”.

Apa yang saya buat ketika perut berangin tu ? saya cuma gunakan serai dan air panas melegak untuk buat Teh Serai. Hancurkan  batang serai kasi keluar semua isi di dalam nya. Masukkan ke dalam air panas melegak dan boleh minum perlahan-lahan. Kalau rajin boleh rebus juga.

khasiat serai Read More