Top 15 entri popular 2016 bagi blog puanbee.com

Untuk rekod bagi blog puanbee.com sendiri. Top entri 2016 bagi blog puanbee.com ialah …saya akan senarai kan di bawah. Tak ada ucapan khas pun. Tahun 2016 dan tahun berikutnya saya blur la.Walau pun banyak benda berlaku tetapi banyak juga halangan untuk update. Insyallah kalau ada masa slow slow kita update blog ya. Kini blog bukan lagi keutamaan. Banyak betul kerja luar untuk di beri perhatian termasuk lah menjaga anak-anak yang kian membesar. Walaubagaimana pun , saya bersyukur sedikit sebanyak entri tentang “ LIFESTYLE ” seorang surirumah biasa biasa ini mendapat banyak carian di google dan saya doakan semoga bermanfaat untuk semua. Maafkan saya jika ada terlanjur menulis dan salah silap.

CARTA GOOGLE UNTUK SETAHUN 2016.

TOP ENTRI 2016 Read More

Baju Bendera Malaysia Untuk Hari Merdeka 2016

Anak minta ibu buatkan baju bendera Malaysia untuk sambutan kemerdekaan Negara Malaysia ke – 59 di sekolah mereka. Kesian dengar nya ibu buatkan lah walaupun sebenarnya masa sangat terhad. Si kakak aliya berulang pergi klinik , hospital dan lain lain.. letih rasanya.

Baju husna tu siapkan malam sebelum husna nak pakai. Memang terlentok lentok ibu menjahit nya. Dengan bangga anak-anak pakai siap bagi tahu semua orang  ” ibu buatkan ” berbunga juga hati ku ini. That feeling .. hanya Allah s.w.t yang tahu.


husna merdeka

Husna di dalam gambar atas , saya buatkan baju sahaja . Saja tambah sedikit ropol di bawah. Hehehe entahla .. saya ni memang jenis suka lain dari orang lain kot.Untuk diri sendiri ok lah merapu cipta design. Tapi untuk orang lain tak berani lah. Read More

Tarikh Hari Raya Puasa 2016

Tarikh untuk melihat atau mencerap Anak Bulan Syawal bagi menentukan serta menetapkan Tarikh Hari Raya Puasa 2016 (Aidilfitri) tahun ini adalah pada lewat petang hari Isnin, 4 Julai 2016 bersamaan 29 Ramadhan 1437 Hijrah

Sebagai makluman, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia akan mengisytiharkan pada malam itu juga tarikh Hari Raya Puasa yang telah ditetapkan, melalui radio dan televisyen Majlis Raja-Raja telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh Hari Raya Puasa adalah berdasarkan rukyah (melihat anak bulan) dan hisab (pengiraan secara matematik dan astronomi)

Tarikh untuk melihat atau mencerap Anak Bulan Syawal bagi menentukan serta menetapkan Tarikh Hari Raya Puasa (Aidilfitri) tahun ini adalah pada lewat petang hari Isnin, 4 Julai 2016 bersamaan 29 Ramadhan 1437 Hijrah4 Julai 2016. Tak lama dah lah ye. Setakat ini persiapan saya sekadar sepasang baju untuk setiap seorang ahli keluarga. Belum ada perancangan nak membeli belah di mana. Atau pun rasa nya tak nak beli apa-apa dah kot. Balik kampung nanti nak fokos beraya dengan saudara mara. Raya pertama pakai baju baru. Raya kedua pakai baju tahun lepas. Raya ke tiga ulang balik baju baru. Hahahaha .. boleh aih baju semua elok lagi.

Orang sibuk nak beraya , saya ter join jadi ejen produk peahqueen. Dah jadi ejen comfirm la banyak stok. Jadi fokos nak clearkan stok untuk dapatkan balik modal tu. Modal tak banyak dik non. Akak meniaga kecil-kecil je lah cari duit lebih sikit untuk tampung kewangan suami. Sambil makan sendiri sambil meniaga lah dik.

Mood nak raya lari kenangkan nak bayar yuran sekolah banyak ni. Heheheh .. terus bila nak belanja lebih sikit je ingat ada benda tak bayar lagi. Terus saya jadi seorang mak yang tangkai jering. Agak nya mak kita dulu macam tu lah kot. Sekarang baru terasa ye bila anak dah ramai ni.

Tapi kasut dan tudung anak dara dah beli dah awal awal lagi. Saya kalau nak  beli lagi pun baju syamim dan laila je kot. Budak kecil banyak salin baju. Biasalah .. makan sikit comot kan.

Ikut hati sabtu ni dah mula cuti nak balik kampung. Tapi apakan daya. Encik ayah masih ada kerja nak buat. Haihh bertabah lah tunggu hari isnin baru balik kampung. Rinduuuu kampung. Eh ada durian ke raya ni di Taiping ye ? Korang dah sampai ke destinasi nak raya ke ?

Puasa oh puasa

Puasa muncul lagi , setiap tahun kita berpuasa situasi nya agak berbeza , tahun ini dan tahun lepas situasi puasa saya dan famili berbeza. Saya tak boleh tulis situasi ini , biarlah saya hadam sendiri. Bahaya uols. Sekarang ni semua cerita akan di viralkan. Seram sejuka daku. Kisah seorang blogger memberi nasihat di kecam. Kisah seorang wanita berpurdah membuat cerita di kecam. Saya rasa simpati pada mereka. Itu sahaja. Tak mahu komen lebih. Apa yang saya tahu , 2-3 hari ni , saya bersyukur sangat-sangat ke hadrat Ilahi.

Sesuatu yang saya doakan hari-hari seikhlas hati. Kini dah nampak sedikit hasil. Syukur allhamdulillah. Semoga di tetapkan keadaan nya begitu. Amin. amin. amin. Saya nampak ramai orang buat status minta maaf , tapi saya tak mampu buat. Sebab ada sesuatu yang di pendam dan saya rasa saya perlu selesaikan perkara tersebut dahulu. Tapi bagaimana , bukan nya angkara saya. Saya perlu buang ego mungkin. Tetapi belum masanya. Susahnya berada di dalam keadaan ini.

Bila puasa menjelang. Tetapi semua perkara berkaitan di atas saya tak fikirkan sangatlah. Sebagai ibu dah tentu nak didik anak-anak lebih dari segalanya. Malam ni dah pesan dengan anak-anak , minum air masak banyak-banyak tidur awal dan baca niat puasa , mana lah tahu tak terjaga esok pagi. Biasanya ibu belum tidur pun lagi waktu sahur tu. Azam puasa kali ini dah tentu ada .. tapi … biarlah rahsia …

Selamat menjalani ibadah puasa ya kawan-kawan.

Niat Puasa , Niat Berbuka Puasa , Niat Puasa Sebulan , Niat Sesudah berbuka Puasa Di Bulan Ramadhan

Sambutan hari guru 2016 #LAILA7YEARS

Allhamdulillah , cikgu kirimkan gambar dan video anak yang buat persembahan untuk Hari Guru pada tahun 2016. Laila .. dah banyak kali buat persembahan ni. Sekolah tu memang semua anak murid akan terlibat. Cuma bila dah besar sikit tu kurang lah nak share gambar. Selain laila ada lagi 2 orang kakak bersekolah di sekolah yang sama.
laila d3

Saya hanya nak simpan gambar anak , sekarang ni dah tak print gambar macam dulu dulu dah. Anak-anak boleh tengok blog je lah ye. 10 TAHUN akan datang mereka akan baca dan tengok sendiri gambar dan story dari ibu.  Read More

Cermin mata transitions ( berubah gelap di bawah cahaya terang )

Makcik kini menyerah kalah. Korang pakai cermin mata apa  ? Mari kongsikan sikit. Tujuh tahun lepas saya dah pun sepatutnya memakai cermin mata. Tetapi waktu tu saya buat cermin mata tapi rasa tak selesa. Waktu itu jika pakai cermin mata ketika memandu mesti nak langgar pembahagi jalan tepi-tepi tu. Jika pakai waktu berjalan mesti nak rasa tinggi rendah. Akhirnya fed up , terus tak pakai dah. Kos buat cermin mata tu dalam RM290. Bingkai ada offer RM90 ja waktu tu. Itu cerita tujuh tahun lepas.  Mungkin ada masaalah pembuatan yang buatkan saya rasa tak selesa.

Kini …. setelah kepala selalu sangat berdenyut , nak tengok tv dah tak boleh. Terasa macam biji mata nak keluar dan merekah-rekah macam tu. Cuba untuk pakai kanta lekap , tetapi tak sesuai. Mata jadi merah serta merta. Akhirnya pergi lah ke kedai cermin mata berdekatan. Cuba lah survey nak dapatkan harga paling terbaik. Ayat apa bila masuk ke kedai. “Saya nak lense yang bila kena cahaya jadi gelap. ”  Ramai kata mahal. Ada yang tak nak layan pun bila saya kata nak frame yang murah sahaja dan di padankan dengan lense boleh jadi gelap tuh. Kemudian singgah di kedai MENARA OPTOMETRY dalam tesco ampang. Layanan dan servis terbaik. Peramah sangat dan sanggup layan saya memilih frame , jadi terus beli di situ. Tak fikir panjang dah.

transitions lense 2016 price 1

Ingatkan nak frame murah je , macam A LOOK EYE WEAR punya tu. Tapi tak ada di Menara ni. Cuba – cuba punya cuba ambil lah frame brand MANGO. Harga yang paling rendah la dalam kedai tu. Ada lagi yang paling rendah tapi tak berapa kenan. Frame ni harga nya RM365 , Ada diskaun sikit so dapat lah RM330 sahaja. Kemudian dah pilih frame kita check la mata. Tengok power nya berapa . Dah naik sikit dari 7 tahun lepas. Ok la naik sikit ja. Lagi mau kata ok. Read More

Hosting Terbaik Untuk Blogger 2016

Assalamualaikum dan hai, Malam-malam jam 2 pagi ni nak menulis tentang Hosting Terbaik Untuk Blogger 2016 . Saya seorang pelanggan ye. Bukan penjual tetapi jika berminat nanti boleh lah klik link di bawah. Nak cerita kan saya dah guna hosting serverfreak ni dulu tetapi saya tukar konon-konon nak murah sikit. Tetapi rupanya ada bias terhadap income blog saya. Dulu saya pernah beberapa kali menukar syarikat hosting , masaalah dan sebab tu pelbagai … Antara perkara yang saya tak suka tu blog selalu down , blog tak dapat akses , tak mesra google , blog slow , data tak cukup.Ada plugin / theme yang tak sesuai. Dan banyak lagi , tak tahu nak sebut sebab saya bukan seorang yang pandai bab ni. Saya tahu saya guna best dah cukup.
Malaysia Web Hosting

Di bawah adalah bill untuk 2012 – 2014 , kali pertama saya langgan hosting serverfreak. Kemudian saya tukar ke hosting lain murah sikit. Tapi di sebabkan beberapa perkara saya tukar kembali hosting saya ke serverfreak pada awal bulan 12  tahun 2015. Nampak tak ? tiba-tiba saya rasa menyesal sangat buat keputusan untuk pindahkan data dari serverfreak ke host lain dahulu.  Yang terpaling effect adalah jumlah pelawat semakin hari semakin sendu. Padahal semasa saya dengan serverfreak jumlah pelawat sangat baik.

sf 1
tengok tarikh je … lain jangan tengok .. itu harga domain

Selepas berfikir panjang saya langgan balik hosting serverfreak. Nasib baik lah proses nya sangat senang. Dan serverfreak pun memang terbaik buat kerja. Cepat dan pantas. Kita cuma perlu pergi web serverfreak , pilih pakej dan langgan. Buat bayaran dan tunggu pihak serverfreak email kita untuk proses pemindahan data. Mudah sangat – sangat. Sehari siap. Hari ke dua tunggu blog stabil dan boleh beroperasi seperti biasa. Read More