Senarai Harga Bagi 20 Barang Kawalan Sempena Raya

Kerajaan menetapkan harga maksimum borong dan runcit bagi 20 jenis barangan harga terkawal berkuat kuasa 23 Ogos hingga 6 Sept ini di bawah Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Hari Raya Puasa 2011. Item 1-18 adalah sama seperti tahun lepas (2010) manakala item 19 dan 20 adalah penambahan barangan kawalan untuk tahun 2011

1. Ayam hidup

2. Ayam standard (disembelih dan dibersihkan berserta kaki, kepala, hati dan hempedal)-RM6.35/kg(borong)/ RM7.20/kg(runcit)

3. Ayam super (disembelih dan dibersihkan tanpa kaki, kepala, hati dan hempedal)-RM7.20/kg(borong)/ RM8.05/kg(runcit)

4. Daging lembu tempatan -RM16/kg(borong)/ RM20/kg(runcit)

5. Daging kerbau tempatan -RM17/kg(borong)/ RM21/kg(runcit)

6. Daging kerbau import (India) -RM12/kg

7. Telur ayam gred A (berat antara 65.0 gram hingga 69.9 gram sebiji) -35 sen/biji

8. Telur ayam gred B (berat antara 60.0 gram hingga 64.9 gram sebiji) -34 sen/biji

9. Telur ayam gred C (berat antara 55.0 gram hingga 59.9 gram sebiji) -33 sen/biji

10. Kubis bulat import (Indonesia dan China, tidak termasuk
kubis Beijing) -RM3.20/kg

11. Cili merah -RM3.20/kg

12. Tomato-RM4/kg

13. Kelapa biji (borong sahaja)-tidak ditetapkan

14. Kelapa parut (runcit sahaja)-RM4/kg

15. Santan (runcit sahaja )-RM3.20/kg

16. Kacang tanah import-RM6.50/kg

17. Bawang merah kecil (India)-RM4.50/kg

18. Ikan kembung (8 hingga 11 ekor sekilogram)-RM9 hingga RM11/kg

19. Bawang besar import adalah RM3 sekilogram

20. Bawang putih import (China) RM6 setiap kg

Ismail Sabri berkata peniaga tidak boleh menjual barangan terkawal itu melebihi harga maksimum, dan mereka disyaratkan meletakkan tanda harga berwarna merah jambu pada barang berkenaan.

“Jika peniaga gagal mematuhi peraturan-peraturan, iaitu menaikkan harga melebihi harga maksimum dan tidak mempamerkan tanda harga berwarna merah jambu, tindakan boleh dikenakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Akta Antipencatutan 2011,” katanya.

Beliau berakta 1,000 pegawai pemantau harga dan 2,000 pegawai penguatkuasa akan menjalankan pemantauan di seluruh negara.

“Jumlah ini tidak cukup untuk memantau secara keseluruhan jadi kita minta pengguna membuat aduan kepada kita jika ada peniaga menaikkan harga,” katanya. – BERNAMA

Nota : Kena ambik tahu ni , lepas tu report kalau ada yang tak betul harganya .. kadang – kadang di kampung ramai peniaga ambil kesempatan sebab utama orang kampung kurang nak ambik pusing semua ni , tak sempat dan kurang kemudahan ..

Sekian