Episod Akhir Nora Elena .. sama tak dengan cerita dalam novel ?

Salam Bahagia 🙂

ermm lambat nk buat kesimpulan cerita nya ni , semalam tengok sikit je .. lewat tengok nora elena .. terlepas setegah jam pertama .. tak pe lah belasah je lah tengok online pun boleh kan .. ermmm korang rasa cam mana ? sama tak dengan apa yang ada dalam novel tu ??

Adeii ramai lah yang meleleh semalam kan.. saya mcm kesian je tengok yvone tu menagis2 sewaktu di tangkap polis , sambil memanggil2 nama seth tan .. begitu kuat cinta yvone terhadap seth tan ye.. tapi cara nya salah .. dalam novel pula penyudahan cerita yvone mati kemalangan , tapi dalam drama yvone gila dan ditangkap polis kerana menculik dan menggugut seth tan .. tiba2 dalam drama ni .. si Amir jadi heronya .. kalau tk kerana amir , ntah apa jadi pada anak nora elena tu .. walau pun ending dalam novel dan dalam drama ada sedikit kelainan .. tapi bait2 lastu tu sama sebijik heheh!

Akhirnya orang baik hidup bahagia .. biasalah dalam drama endingnya gini kan .. kalau nora elena dan seth tan tak bahagia .. nanti ada surat bantahan lagi kiki joke !

Ok lepas nih nak tengok Aoran aziz moh le tengok drama Stanza cinta pula , hehe .. peminat tegar ni ..
Lepas ni Drama Dewa Cintaku akan menyusul dalam slot akasia , di adaptasi dari novel jugak …karya Dilla Hussein pelakon utama wanita nya Fasha Sandha pelakon utama lelaki nya pula Iqram Dinzly… hoho best kot ! nanti lah tengok kalau best boleh jd lanun lagi ..

 

 

Dia pergi dah sebulan ..

salam bahagia semua 🙂
semalam saya pergi lah bawak anak2 jejalan nak mencari rumah sewa untuk kakak saya .. dah lama tak keluar tanya khabar jiran2 .. lepas tu singgah lah di rumah seorang kakak ni .. dulu selalu je singgah di rumah dia anak main2 disitu .. selalu jugak anak saya kena marah dengan nenek disitu .. kelmarin pergi rumah kakak tu .. tanya dia nenek apa khabar ? nenek tu memang garang tapi kena faham lah orang tua memang gitu kan …

tau apa jawapan kakak tu .. dah sebulan nenek kembali ke rahmatullah … astafirullah al azim .. saya boleh tak tahu jiran2 ada yang meninggalkan dunia .. ini lah dia kalau kita tinggal di rumah flat/ apartment .. buat hal sendiri sampai tak tahu apa jadi disekeliling … kakak tu cakap .. ko duduk jauh , block lain tak tahu tak pe juga .. ini atas bumbung pun tak tahu juga .. erkk.. tengok .. kalau kita tak peka .. semua kita tak ambil tahu .. sampai masa kita nanti siapa nk ambil tahu ?

ermm rasa bersalah pada kakak tu … tapi tak de siapa sampaikan pun 🙁 rindu pulak nenek yang suka marah2 tu ..

Dah sarapan ? meh tengok sarapan PB hari2 .. oat oat oat .. 3 mangkuk comel untuk anak2 yer..

Episod Akhir Nora Elena ( versi novel online non full version)

Salam Bahagia 🙂

Dah ramai yang nak tahu episod akhir nora elena .. macam mana .. seth dengan nora elena masih bersama ke ? yvone macam mana .. masih nak runtuhkan nora elena ke ? nora elena dapat maafkan seth tan ke ? hahahaaaa .. tungguuu lah sampai habis episod di tv3 tu kan .. tapi saya nk kongsin disini mengikut novel yang saya baca online di blog kak yong … erm tapi tu lah ada yang tak ade ok ! takkan lah depa nk bocorkan semua sekali gus .. tunggu lah di tayangkan di TV3 nanti hee.. sekurang2 nya saya dah tahu Yvone mati , seth tan dan nora elena berbaik balik di akhir episod .. apa jadi kat watak2 lain saya tak kisah .. hee kejam tk ?

dengar cerita lepas habis drama nora elena ni akan keluar drama baru yang juga di adabtasi dari novel .. uwarhhhh tapi pelakonya fasha sanda .. alamak …

Download Dan Lirik Lagu Dan Bila Esok – Sofaz

Sejak duk layan nora elena tu suka pulak dengar lagu ni , syahdu je bunyi nya , kenapa tah asyik terasa macam nak menangis je bila dengar lagu ni , Ada sesuatu di hati yang tak dapat di luahkan ..erm ntah lah pendam lagi baik , layannnn lagu nih nk download pun boleh ada sediakan link tu ….

Download Dan bila esok sofaz – download

Lirik Dan Bila Esok

Di dalam hati selalu tersimpan
rasa yang takkan pernah bisa ku ungkapkan
kau diam tanpa kata
saatku ungkap semua rasa

Di saat ku ingin dekat denganmu
kau semakin jauh meninggalkanku
dan kau diam tanpa kata
saatku ucap semua rasa

Dan bila esok kita kan bertemu kembali
masihkah ada ruang di dalam hatimu
tuk cinta yang pernah kita miliki
tuk selama-lamanya

Dan bila esok kita kan bertemu kembali
masihkah ada waktu untuk mencinta dirimu
tuk bisa menjagai hati ini
tuk selama-lamanya

Mungkinkah esok kita kan bertemu kembali
masihkah ada ruang di dalam hatiku
untuk cinta yang pernah engkau miliki
untuk selama-lamanya

Dan bila esok kita kan bertemu kembali
masihkah ada ruang di dalam hatimu
untuk cinta yang pernah kita miliki
tuk selama-lamanya

Dan bila esok kita kan bertemu kembali
masihkah ada waktu untuk mencinta dirimu
untuk bisa menjagai hati ini
tuk selama-lamanya

Dan bila esok kita kan bertemu kembali
masihkah ada ruang di dalam hatimu

Untuk cinta yang pernah kita miliki tuk selama-lamanya

Menakutkan Kejadian Simbah ‘Asid’ di Kuala Lumpur ..ermmm

Salam Bahagia semua , dah baca dan tengok berita ni kan ? saya baru je tengok berita tv3 semalam , agak lambat yer ..sekarang ni memang tak tengok tv sangat semua berita pun lambat je sampai …Bila baca kawasan yang menjadi kegemaran mereka sekitar kawasan sekolah, tepi jalan berhampiran tempat parkir atau tepi jalan berhampiran stesyen LRT atau pondok menunggu bas. saya jadi takut sendiri , mana tidak nya hari2 programe saya hantar dan ambil anak dari sekolah , rumah dekat sgt dengan lrt , parking pun dekat2 jer…ish kenapa mereka mesti buat kerja gila ni ? nak tarik perhatian ker ? atau berdendam dengan wanita ? kalaupun berdendam dengan wanita jangan sampai buat naya ke wanita lain…cer baca berita lengkap yang di copy dari page polis diraja

Sejak bulan Februari 2011 sehingga 27 Mac 2011 terdapat (18) kes kejadian simbah “asid” yang berlaku di Kuala Lumpur. Kejadian ini reda buat seketika dan berulang kembali pada 6 hingga 7 Mei 2011 dengan (2) kejadian masing-masing yang berlaku di Sentul dan Dang Wangi. Kebanyakan mangsa adalah daripada kalangan wanita yang sedang dalam perjalanan pergi dan balik berkerja, terdapat juga kejadian serangan berhampiran sekolah di sekitar Bangsar dan Brickfields pada satu ketika.

Suspek dipercayai (1) atau (2) lelaki India, bermotosikal datang dari arah belakang mangsa dan menyimbah sejenis cecair dipercayai ‘Alkaline-based’ atau ‘Oxidizing Agent’ ke arah muka atau badan mangsa. Cecair ini akan memberi kesan irritasi kepada mangsa apabila terkena kulit tetapi tidak mengakibatkan melecur.

Di dalam kebanyakan kes serangan, saspek akan bertindak ketika mangsa bersendirian atau ketika mangsa berjalan di tepi jalan yang tidak sesak menuju ke kawasan parkir kereta atau stesyen LRT. Lokasi yang kerap menjadi sasaran mangsa adalah di tepi jalan sekitar kawasan sekolah, tepi jalan berhampiran tempat parkir atau tepi jalan berhampiran stesyen LRT atau pondok menunggu bas.

Orang ramai diminta menyalurkan maklumat kepada pihak polis dan mangsa dinasihatkan supaya melaporkan kepada polis dengan cara memanggil hotline 03-21159999 dengan kadar segera supaya tindakan susulan dapat diambil untuk mengesan serta menangkap penjenayah ini. Sementara itu, pihak polis telah meningkatkan pemantauan dan pemeriksaan di tempat-tempat yang menjadi sasaran kepada penjenayah ini dan memberi amaran akan mengambil tindakan undang-undang supaya penjenayah ini dihadapkan ke mahkamah.

*Sumber: FB Polis KL, Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur

Jangan buat gilaaa..hati -hati lah korang zaman sekarang ni macam2 ada , baru2 nih barang yang dah luput pun di recycle semula untuk di jual , makin lama makin mencabar kehidupan kita 🙂

Gambar perkahwinan zed zaidi dan Natalia

Gambar Majlis Perkahwinan Zed Zaidi

Salam bahagia 🙂 Nak komen klik tajuk yer …

Baru je tengok gambar perkahwinan zed zaidi itu pun ada sekeping je..eh tak de ke orang nak tayang gambar mereka nih teringin jugak nak tengok ! huhuhu , Bagus lah kenai di facebook dan kahwin ramai orang yang cintanya kecundang jika kenal dari laman sosial nih ..apa-apa pun tahniah di ucapkan dan di doakan zed zaidi kekal bahagia sehingga ke akhir hayat bersama isteri …

Pelakon Zed Zaidi, 31, atau nama sebenarnya Rozaidi Abdul Jamil telahpun menamatkan zaman bujangnya dengan Natalia Mustafa Kamal, 28, pada 29 April ini.

Gambar perkahwinan zed zaidi dan Natalia
Gambar perkahwinan zed zaidi dan Natalia

Majlis akad nikah akan diadakan di Restoran Felda Villa, di sini dengan tetamu terdiri keluarga terdekat kedua-dua belah pihak.

Kedua-dua pasangan kemudiannya akan diraikan dalam satu majlis resepsi pada 7 Mei di Dewan Perdana Felda, Kuala Lumpur dengan tema moden tradisional.

Menurut Zed, dia tidak melakukan upacara pertunangan sebaliknya terus melangsungkan acara ijab kabul.

“Acara pernikahan nanti akan dibuat secara sederhana sahaja dengan dihadiri keluarga kami sahaja. Mereka minta agar dibuat secara tertutup manakala majlis resepsi baru kami menjemput rakan-rakan dan media,” ujarnya.

Bercerita tentang detik perkenalannya dengan wanita tersebut yang juga ahli perniagaan, Zed memberitahu mereka bermula sebagai rakan Facebook sehinggalah kemudian bertukar menjadi rakan perniagaan sebelum hadirnya bibit-bibit cinta.

kad jemputan kahwin zed zaidi  yang unik
kad jemputan kahwin zed zaidi yang unik

“Kami kenal di laman sosial Facebook sejak tahun 2008. Selepas itu saya tolong dia usahakan perniagaan dalam talian miliknya.

“Pada asalnya kami hanya rakan biasa sahaja sehinggalah selepas menunaikan umrah tahun lalu, saya mendapat petunjuk dialah calon yang paling sesuai untuk saya,” katanya.

Tambah Zed, Natalia merupakan seorang gadis yang memahami dan sentiasa setia dengannya.

“Dia sangat memahami kerjaya saya sebagai pelakon kerana dia pun dahulu pernah bekerja di TV3.

“Lagipun dia antara kawan yang sentiasa ada di sisi saya serta sanggup mendengar masalah saya,” ujarnya.

Ditanya tentang persiapan perkahwinan, Zed berkata, dia sedang dalam beberapa fasa terakhir untuk majlis tersebut.

“Semuanya keluarga sudah uruskan, saya sudah bercuti sejak 15 April lalu untuk urusan perkahwinan. Sekarang hanya tinggal beberapa perkara sahaja lagi yang belum selesai. Insya-Allah semua akan berjalan lancar,” ujarnya yang akan memberi tujuh dulang hantaran kepada pihak perempuan.

Zed turut merancang untuk membuka sebuah francais makanan bersama isterinya selepas bergelar suami isteri nanti.

Kad jemputan perkahwinan menyerupai facebook / unik dari zed zaidi
Kad jemputan perkahwinan menyerupai facebook / unik dari zed zaidi

Harap-harap zed zaidi baca nih haha…weekk tak semenggah yer puanbee!

Pengharaman Botol susu yang mengandungi ‘Bisphenol A’ (BPA), berkuatkuasa 1 Mac 2012

2011/03/12 : Saya sebagai ibu sangat menyokong tindakkan kerajaan mengharamkan botol susu yang mengandungi ‘Bisphenol A’ (BPA), berkuat kuasa 1 Mac 2012, Ye lah tak guna jika kita memberi susu dengan tujuan untuk mendapat anak yang sihat jika botol susu untuk di berikan kepada anak tu mengandungi bahan kimia berbahaya untuk anak-anak kita, jika nak jaga kesihatan anak-anak elok lah dari kecil kan.geniusTapi yang menjadi persoalan disini , di mana untuk mendapat kan botol susu tanpa ‘Bisphenol A’ (BPA) ni ?? kalau botol minuman tu boleh juga di rujukkan di center tupperware kan ? masaalah berpunca dari pemborong barangan seperti botol susu ni..seperti di ketahui botol susu ni kebayakkan nya di import masuk dr negara lain..oh ada kah malaysia perlu wujudkan kilang botol susu tanpa ‘Bisphenol A’ (BPA)..Sama-sama renungkan 🙂

Petikkan di bawah dari Berita harian online !!

PUTRAJAYA: Kerajaan memutuskan untuk mengharamkan penjualan botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi ‘Bisphenol A’ (BPA), berkuat kuasa 1 Mac 2012, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau berkata perkara itu diputuskan oleh Jemaah Menteri pada 2 Mac lalu sebagai langkah berjaga-jaga kerana sehingga kini tiada bukti saintifik yang kukuh menunjukkan botol susu tersebut adalah selamat untuk digunakan oleh golongan berisiko tinggi terutamanya bayi dan kanak-kanak.
“Kementerian tidak akan berkompromi dalam keselamatan pengguna terutamanya bayi dan kanak-kanak. Polikarbonat adalah plastik yang digunakan dalam pembuatan botol susu bayi dan ”bisphenol A” ialah bahan kimia industri yang ditambah dalam botol susu bayi polikarbonat untuk menjadikannya keras dan lutsinar,” katanya.

Kerajaan memberi tempoh satu tahun untuk memastikan tindakan pengharaman itu dilaksanakan dengan lancar secara berperingkat, katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat pasca kabinet kementeriannya di sini hari ini.

“Pihak industri diberi tempoh masa satu tahun untuk membuat persediaan bagi keperluan pertukaran atau pembelian mesin dan penggunaan bahan mentah yang sesuai”.

Tindakan pengharaman itu diambil dengan mengambil kira BPA didapati boleh menyebabkan gangguan kepada sistem hormon sekaligus mengganggu sistem fungsi tubuh, katanya dan menurutnya bagaimanapun sehingga kini tiada sebarang penilaian dijalankan berhubung sistem hormon dalam tubuh bayi.

Liow berkata pengharaman itu juga adalah selaras dengan tindakan beberapa negara yang telahpun mengharamkan penjualan susu botol tersebut antaranya Jerman, Perancis, Denmark, Kanada, Australia, New Zealand, Amerika Syarikat dan terbaru oleh Kesatuan Eropah (EU).
Katanya, sehingga 2010 sebanyak 159 sampel botol susu bayi telah dianalisis dan didapati 85 peratus dikesan mengandungi bahan BPA dalam julat 0 hingga 0.7 mg/kg hasil migrasi daripada botol berkenaan.

Kajian Universiti Malaya juga menunjukkan kadar migrasi BPA meningkat sebanyak tujuh kali ganda pada suhu 80 celsius berbanding pada suhu bilik 25 celsius, katanya.

“Pemantauan secara berterusan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia mendapati terdapat migrasi BPA daripada botol-botol susu bayi polikarbonat yang telah diuji,” katanya.

Beliau meminta pengguna mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengurangkan risiko pendedahan kepada migrasi BPA berdasarkan panduan penggunaan botol susu bayi polikarbonat yang disarankan kementerian.

Liow menasihatkan pengguna supaya menukar botol susu bayi polikarbonat kepada alternatif yang terdapat di pasaran mengikut kemampuan masing-masing.

Pengguna juga dinasihatkan meneliti kod identifikasi di bawah botol sama ada polikarbonat atau tidak sebelum membelinya.

Untuk maklumat lanjut, hubungi Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan di talian

03-88833652/8883365/88833655 atau melayari laman web http:moh.gov.my/ atau .

Related : Botol susu bebas bpa ? kenali apa itu bpa dan tips elakkan bpa disini

Related : Promosi botol susu bebas bpa , jenama avent