Di lahirkan pada tahun lompat – 29 Februari

29 Februari merupakan hari ke-60 dalam tahun lompat menurut kalendar Gregory. Tinggal 306 hari sebelum memasuki tahun selepasnya. 29.2 merupakan tarikh lahir anak sulung saya. Nama nya aliya , dia di lahirkan awal dari tarikh janggan sebenar dulu doktor jangkakan aliya akan di lahirkan pada 28.3 tetapi di sebabkan beberapa masaalah maka saya di paksa besalin, kena pula hari tu jatuh pada 29.2. Makanya 4 tahun sekali lah baru muncul tarikh lahir aliya. Dulu semasa kecil aliya selalu sedih. Soalan biasa ..  ” kenapa tahun ni tak ada tarikh lahir kak ? ” dulu selalu juga cakap dia di lahirkan pada tahun lompat. Tapi sekarang baru aliya faham nampaknya.

Budaya sambut hari lahir tak ada dalam keluarga saya . Tetapi untuk mengembirakan hati anak-anak kebiasaan nya buat makan-makan dengan famili atau beli sebiji kek. Biasanya juga hari lahir aliya kami makan-makan pada 28.2 tu , anggap je lah esoknya ada 29.2 .. padahal nya esok ada 1.3 kan. Tapi tahun ni aliya minta nak bawa kek ke sekolah. Gigih ibu buat ye .. tak pernah buat krim kek .. nasib baik menjadi juga.  Lagipun aliya dah masuk 12 tahun , pada tahun 2016 ni. Mungkin kali terakhir nak makan kek dengan kawan-kawan. Sah sah tahun depan masuk tingkatan 1 kan. Belum tentu lagi semua kawan-kawan akan ke sekolah yang sama.

Ucapan selamat hari lahir ibu , combine dengan ayah di bawah ni . Lepas ni kita buat kad pengenalan lah ye. Apa-apa pun tunggu ayah balik. Hadiah ibu beri special sikit tahun ni.

tarikh lahir 29.2 tahun lompat

Tahun Lompat mengikut wikipedia. Read More