10 tahun ku kenang

Bangun pagi .. seperti biasa pecut menguruskan anak-anak yang ingin pergi bersekolah , menguruskan ayahnya yang hendak pergi bekerja. Capai stokin .. capai beg … salam .. cium tangan …. buka pintu pagar dan melepaskan ayahnya pergi dengan kata ¬†terakhir .. hati-hati bawak moto ye ..

Pusing belakag , ¬†2 orang anak dah menanti untuk di siapkan , ibu … mana tudung … ibu mana tuala … ibu itu … ibu ini ….

Bunyi mesej masuk , ibu capai …

” Selamat ulang tahun ke 10 sayang ”¬†

Terdetik di hati … ” oh ! aku terlupa lagi anniversary aku , nasib orang lelaki ni kurang emo kalau isteri terlupa sesuatu tarikh penting. “

Lantas ku balas mesej tersebut secepat mungkin… 10 tahun telah berlalu … fasa baru dalam perkahwinan semakin hampir .. anak-anak semakin membesar dan bertambah. Syukur kepada Allah S.W.T di kurniakan keluarga yang sederhana kekayaan nya , tetapi bahagia … bahagia kerana di kurniakan zuriat dan rezeki yang cukup. 10 tahun di tempuhi dengan pebagai dugaan.

Langsung tak kisah .. apa orang kata …

Asalkan kami masih bersama … Insyallah bahagia hingga ke akhirnya…

” Oh mengelamun “

Cepat-cepat siapkan anak-anak , pastikan mereka mengahbiskan sarapan , kejut si bongsu bangun .. capai kunci dan beg terus buka pagar , untuk hantar anak-anak ke sekolah. Read More