plugin penting setelah berhosting 1

Plugin Penting Setelah Berhosting – Part 2

Ekoran dari artikle lepas , saya buat lagi satu artikle untuk pengguna baru hosting berbayar , maklumlah benda berbayar ni hak milik kita , so kita je kena tentukan apa yang nak di masukkan ke dalam blog kita , saya beri contoh plugin yang agak penting untuk korang guna yang biasa saya guna di blog puanbee.com juga ..

kalau ada korang terbaca dimana-mana , lain dari apa yang saya tulis tu boleh lah share disini , untuk tambah ilmu saya yang tak berapa penuh di kepala ni 🙂

Seperti biasa untuk Add new plugin sila ke Dashboard > Plugins > Install Plugin

plugin penting setelah berhosting 1
plugin penting setelah berhosting 1

Part 1 – Plugin Penting Setelah Berhosting – Setting Permalinks

  1. Growmap Anti Spambot – sesuai untuk mengatasi komen berbentuk SPAM iaitu komen yang tidak diperlukan dan disukai
  2.  Akismet – Juga melindungi Blog dari SPAM
  3. Broken Link Checker – Untuk tengok mana-mana link yang dikenali sebagai dead link atau link yang telah rosak .. kemudian edit .. jadi blog kita bebas broken link .. untuk lihat lebih lanjut apa itu broken link sila kesini
  4. cbnet Favicon – Kalau-kalau korang nak letak favicon.
  5. CommentLuv – Membenarkan pengunjung mendapat backlink dengan meniggalkkan link update terbaru mereka ,
  6. Comment Reply Notification – Satu sistem yang memudahkan pengunjung dan owner blog berinteraksi , setiap kali owner blog membalas komen pengunjung , pengunjung akan menerima email pemberitahuan di email masing2 (ada banyak lagi jenis lain dengan fungsi yang sama , boleh search , try and error seseuka hati korang nak pakai yang mana ok!)
  7. Contact Form Plugin – Untuk memudahkan pengunjung beremail dengan admin blog dengan cara paling mudah , hanya perlu isi borang tersebut, nampak lebih pro orang kate…
  8. Efficient Related Posts – Related post di bawah artikle , paling mudah dan senang untuk setting .
  9. Sharebar – Button Share Facebook , Twitter , google + , email dan lain-lain , terdapat di sebelah kiri artikle saya untuk contoh , selain dari mudah untuk setting ianya juga nampak blog lebih kemas… (boleh menanbahkan traffic jugee…)
  10.  Subscribe To Comments – Membenarkan pembaca melanggan komen di blog melaui email mereka , dan ianya menudahkan untuk pembaca mengikuti apa-apa perbincangan di blog .

sekian ,
cukupkah 10 jenis plugin yang agak penting bagi saya .. dan jika ada sesiapa ingin menambah .. silakan 🙂