gambar kad diskaun komuter 1 malaysia yang menawarkan 50% diskaun

Syarat Mohon Kad Komuter 1 Malaysia – KTMB

Syarat memohon kad komuter 1 Malaysia yang menawarkan diskaun sehingga 50% adalah sangat mudah. Individu yang berpendapatan bawah RM3000 layak memohon kad komuter 1 Malaysia tersebut.

gambar kad diskaun komuter 1 malaysia yang menawarkan 50% diskaun
Sarbini bersama kad Komuter 1Malaysia pada sidang media di KL Sentral, semalam. – Foto Muhd Asyraf Sawal (Berita Harian)

Selain itu status warganegara dan juga di ambil kira. Sebelum perbentangan bajet 2013 , pelajar , oku dan juga warga emas telah pun menikmati disakaun 50% tersebut.

Kad komuter 1 Malaysia akan di keluarkan serta merta di kaunter-kaunter yang terlibat , pemohon hanya perlu mengisi borang dan menunjukkan kad pengenalan seterusnya RM1 akan di kenakan .

Jika kad komuter tersebut hilang pemohon hanya perlu membayar RM5 sebagai ganti kad yang telah hilang. Seorang warganegara hanya layak menerima satu kad Komuter 1 Malaysia sahaja.

syarat pemohonan kad diskaun 1 malaysia

Warganegara yang memiliki kad ini , hanya perlu menunjukkkan kad diskaun dan kad pengenalan dan seterusnya dapat menikmati harga dengan potongan 50% .. best!

Sebanyak 20 kaunter pendaftaran dan pengeluaran Kad Komuter 1Malaysia akan dibuka di tujuh buah stesen komuter bermula 22 Oktober hingga 21 November 2012.

Stesen komuter tersebut ialah stesen KL Sentral, Kepong Sentral, Tanjung Malim, Subang Jaya, Sentul, Bangi dan Sungai Gadut.

Kaunter khas ini beroperasi selama satu bulan setiap hari, kecuali cuti umum dari pukul 11.00 pagi hingga 8.00 malam. Selepas tamat tempoh sebulan, kad hanya boleh diperolehi menerusi kaunter KL Sentral.

P/S : Yang paling bagus guna cara Kad diskaun Komuter 1 Malaysia ini adalah kelebihan berpihak kepada warganegara MALAYSIA sahaja..  Banyak kelebihan naik komuter .. jom tengok

Maklumat lanjut boleh layari :  http://www.ktmb.com.my/