Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (SARA 1Malaysia)

Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (SARA 1Malaysia)

Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (SARA 1Malaysia) di tubuhkan khas untuk 100,000 isi rumah berpendapatan kurang RM3,000 sebulan. Saya pernah dengar ceramah yang di berikan oleh BSN tentang Skim SARA 1 Malaysia ni , tapi masih tak berani tak update blog , sehingga lah ada malumat yang sah tersebar , bagi saya skim SARA 1 Malaysia ni bagus dan rakyat yang berpendapatan rendah patut rebut peluang yang di beri ini.

Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (SARA 1Malaysia) yang dilancarkan semalam akan memberi manfaat kepada 100,000 isi rumah berpendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan dengan jaminan pulangan antara RM5,000 hingga RM13,000 selepas lima tahun.

Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (SARA 1Malaysia)
Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (SARA 1Malaysia)

Setiap pelabur dibenarkan melabur maksimum RM5,000 menggunakan wang sendiri atau pinjaman dengan tempoh bayaran balik 60 bulan daripada institusi kewangan yang mengambil bahagian, iaitu Bank Simpanan Nasional (BSN), Malayan Banking Berhad, CIMB Bank Berhad dan RHB Bank Berhad.

Memang saya tunggu pun SKIM SARA 1 Malaysia ini di lancarkan , saya nak mohon .. Pemohonan di buka selama setahun mulai 30 Januari atau sehingga semua peruntukkan pembiayaan habis dilanggan, yang mana lebih awal.

Pendapatan dari SKIM AMANAH RAKYAT 1 MALAYSIA

  1. Pendapatan bulanan setiap pelabur SARA 1Malaysia adalah terjamin, iaitu RM134 sebulan bagi yang melabur menggunakan wang simpanan sendiri.
  2. Bagi pelabur yang meminjam memperoleh RM50 sebulan selepas ditolak RM84 bayaran balik. Jika kita menggunakan pendapatan itu (daripada pelaburan) untuk membayar balik pinjaman, kita dapat RM50 setiap bulan dan RM5,000 lagi pada akhir lima tahun.