Sembelit dan Baby Syamim

Salam dan hai .. masaalah sembelit pada anak kecil pula , biasalah kan .. kehidupan berkeluarga ni memang tak dapat lari dari masaalah kecil begini , Baby syamim .. berusia 1 tahun 2 bulan sekarang… walaupun masih lagi meneruskan penyusuan ibu , tetapi syamim dan mula makan , macam-macam makanan dia makan .. termasuklah kadang-kadang tumpang sekaki makan dengan kakak – kakak bertiga tu.

syamim 1 tahun 2 bulanWalaupun begitu  biasa lah di umur seperti syamim tu akan belajar untuk makan pelbagai jenis makanan , tetapi makanan rutin nya adalah bubur nasi ditambah dengan sayur sayuran dan protein .

Disebab kan syamim suka makan juga , masaalah sembelit ni datang. Perut dan usus mjasih belajar untuk menerima makanan tersebut.

Apa petua yang mama dan papa buat jika bayi sembelit ya ?

Antara petua yang saya praktikkan adalah membeli bayi minum lebih banyak air kosong ( tapi baby tak suka ) kurangkan beri makan nasi tapi lebihkan buah buah da sayuran , seperti betik , bayam untuk mendapatkan serat yang mencukupi ( tak berjaya juga ) Jika antara dua di atas tak berjaya , apa lagi , cuba lagi petua lain , seperti 1 hari , sebotol vitagen .. tapi masih tak baik sembelitnya .. saya terus cari susu yang sesuai untuk usus , saya bukan gantikan susu ibu dengan susu tepung ya , tetapi saya jadikan susu tepung itu sebagai supplement sahaja , sehari secawan dah mencukupi sehingga syamim kembali membuang dengan selesa tanpa tangisan.

Serius kesian sangat tengok syamim menangis meneran dan di ikuti dengan najis yang berdarah. Sedih ..

Jika bayi tengah menagis tu .. apa mama dan papa kena buat ? biasanya .. saya hanya mampu menenangkan syamim dengan memujuk supaya dia dapat meneran juga. Di ikuti dengan urutan secara membulat di bahagian perut bayi. Dan satu lagi tips yang biasa saya amalkan adalah , baringkan bayi dan kita angkat ke dua dua kakinya macam kayuh basikal ke atas menghala ke arah kita , untuk mengaktifkan dan memudahkan lagi najis itu keluar. Selalunya apa yang saya buat berjaya.

Sekarang syamim dan tiada sembelit , tetapi demam panas pula. Berturut – turut .. sampai nampak turun sikit berat badan nya tu. Tapi … tak apa la .. biasalah budak baru nak besar kan ..

Mood nak menulis mai dah .. hihihi .. insyallah kalau ada masa boleh duduk depan laptop ..    xoxo

 

Show 21 Comments

21 Comments

  1. islam di dadaku

    sembelit memang sering jadi masalah bila anak tak suka sayuran atau buah

  2. yanmie

    Salam,
    Alahai siannya syamim, moga cpt2 lawas. Sian klu baby sembelit ni. Lagi kalau sembelit keluar darah…xdapat nak bayang…seriau pulak.
    Alhamdulillah anak2 tak pernah lagi sembelit keluar darah. Irfan pun alhamdulillah xpernah lagi sembelit sepanjang nyusu susu ibu. Ni dah wean off alhamdulillah masih sama mcm biasa.
    Cuba bee bagi syamim minum air masak banyak. Letak dalam botol yg ada straw, mesti dia suka minum guna strawkan? Sebab vitagen dia minum guna straw kan?
    Slim dah syamim skrg ni…rindu ayah sama kot 🙁

  3. saya selalu amalkan mealshake daripada shaklee untuk anak2. alhamdulillah wpun mereka tak ambil banyak fiber seperti sayuran dan buahan, mereka tiada masalah sembelit. nak cuba hubungilah saya ya.

  4. cian camim…. dahlah demam yer…
    nak besorkan anak2 bukan mudah tak gitu… takper banyak pahala
    ps: terpaksa teman tukor theme blog gayanya…. huhuu… risau lak terjejas entri contest SEO

  5. Faktor kekurangan air mungkin berlaku sebab kanak-kanak aktif. Memberikan Vitagen sebenarnya membantu.

  6. Semoga Syamim cepat baik dari demam.
    Cuba bagi Meal Shake Shaklee sebab multivitamin untuk kanak-kanak bagi bantu tumbesaran mereka 🙂

  7. Semoga Syamim cepat sembuh.. Anak saya kalau sembelit saya akan beri makan pisang. Insya-Allah sembelit tu beransur pulih.

  8. Anak yang mengalami sembelit amatlah kasihan. Banyakkan minum air, sayur-sayuran hjau serta buah-buahan. Buah-buahan betik sangat bagus. Jika anak tak boleh nak makan buah atau sayur-sayuran, berilah supplement yang boleh menolong melawaskan. Buatlah jus buah-buahan segar. Vitagen juga boleh menjaga perut kerana mempunyai probiotik.

  9. Sembelit kat anak memang tak asing kalau silap sikit pemakanannya. Anak saya dulu pun sembelit juga memang campur Meal Shakes dalam susunya sebab dalam Meal Shakes ada arabic gum dan serat. So kurang Sembelitnya.

  10. kesian shamim ..anak buah nana pun sebelum ni sembelit..alhamdulillah sejak makan mealshake dan ok 🙂
    salam perkenalan kak & jemput ke blog nana

  11. ECi

    sembelit if dekat kanak2 memang risau jugak. tp bukan mudah nak control pemakanan lagi2 dalam tempoh nak membesar ni. macam2 die nak try. 🙂

  12. kesiannya syamim..mungkin akak boleh cuba letak air masak dalam botol yg cute2, manalah tahu teruja plak dia nak minum guna botol tu nnt…

  13. rohaya

    Assalamualaikum puan bee
    lama kak aya tak menjenguk kat sini..baru nak aktif semula berblog, skrg ni kak aya ada buat contest, jemput join mana tau ada rezeki untuk menang salah satu hadiah..

  14. Sue

    Memang tak best kan kalau anak-anak ada masalah kesihatan macam ni.
    Anak saya pulak batuk berkahak teruk sangat.
    Macam-macam ubat & macam2 tips dah cuba.
    ok kejap je. Pastu teruk balik. 🙁

  15. kite xde pengalaman pasal ni, yang akak kite selalu cuba bagi mealshake, Alhamdulillah menjadi,,,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.