Semalam terasa gatal sebelah mata. Terasa ada benda dan ber air sedikit di mata ini , Ku ingatkan termasuk habuk ke apa . Hari ni semasa nak bangun dari tidur mata terasa melekat , gatal dan bengkak. Sahla kena sakit mata ni. Dah lama betul tak nampak sakit mata ni melekat dengan sesiapa pun. Baru terkena sekali. Penyakit dah hinggap kita redha je la. Tetapi masaalah nya. Hampir tiga kali hendak kemalangan hari ini. Saya seorang ibu ber anak kan empat. Tiga dari mereka bersekolah.Jadi jadual padat. Ke hulu ke hilir memandu. Sempat lagi hendak ke pejabat pos hari ini. Kali pertama hampir terlanggar motosikal yang datang dari arah kiri. Kali kedua langgar side mirror van. Nasib baik tak patah. Kali ketiga. Saya nak lintas. Tiba-tiba kereta mercedes datang dari arah kiri. Dia makan jalan saya. Saya nak keluar. Tersagat juga sikit. Bunyi .. tapi nasib baik lagi selepas belanggar pemandu tu turun tengok kereta dia . Dan tak ada kemek mahupun calar. Jadi kami selesaikan dengan senyum.
Esok kalau anak -anak tak ada program di sekolah mahu saja di pontengkan saja ke tiga tiganya. Tapi mereka ada aktiviti penting. Cikgu dah rancang berminggu -minggu. Harap lah tak ada apa-apa esok. Minta puanbee lebih berhati hati bawa kereta. Dan saya berharap tak ada anak-anak terkena jangkitan sakit mata ni. Kesian. Tak pergi klinik lagi pun. Tak suka….. kalau anak sakit laju je pergi klinik.
Ada orang beri tips tradisional kepada saya untuk ubatkan sakit mata ini. Cara nya adalah letakkan air kencing / air susu ibu. Yang mana kedua-duanya saya tak sanggup buat.
Apa dia sakit mata merah(konjunktivitis) – Sumber:www.cybermedik.com
Sakit mata merah ( Konjunctivitis) ini adalah radang pada selaput luar biji mata ( eyeball) dan juga selaput kelopak mata anda. Penyebab utama adalah disebabkan jangkitan virus dan kuman ( bakteria). Sakit mata ini memang mudah berjangkit dan ia boleh berlaku pada semua peringkat umur, kanak-kanak lebih mudah dijangkiti.
Bagaimana kita hendak mengetahui bahawa anak anda telah dijangkiti sakit mata (konjunctivitis)?
Sakit mata yang berjangkit biasanya: bermula dari sebelah mata menjadi merah yang kemudiannya ia mungkin berjangkit ke dua belah mata mata terasa gatal menyebabkan pedih dan sakit seperti berpasir dan discaj mata mungkin menyebabkan kemerahan pada kelopak mata, irritasi, kering dan berkeruping disekeliling mata.
Sekiranya terdapat discaj putih kekuningan yang banyak sehingga menyebabkan sukar untuk anak anda membuka mata akibat melekat disebabkan discaj itu kemungkinan besar ia adalah disebabkan oleh jangkitan kuman ( bakteria).
Jika disebabkan oleh jangkitan virus, kebiasaannya mata anak anda akan berair dan juga kemungkinan ada tanda-tanda demam selesema(colds) sekali pada masa jangkitan itu. Penyebab sakit mata merah Mata merah bukan sebab jangkitan sakit mata sahaja .
Ia mungkin, Bayi yang baru lahir mungkin dijangkiti sakit mata (neonatal conjunctivitis) semasa melalui saluran peranakan, dan kemungkinan ia disebakan oleh kuman gonorhoea atau klamidia (Chlamydia) . Selalunya bayi ini mengalami jangkitan sakit mata dengan discaj bernanah dari mata ,kebiasaan dalam masa seminggu selepas lahir.
Sekiranya bayi anda ada tanda tanda sedemikian harap berjumpa dengan doktor dengan kadar segera. Alahan mata ( allergik konjuktivitis) atau irritasi mata juga menyebabkan mata merah ia mungkin disebabkan oleh debunga ( hay fever) bulu haiwan habuk pengawet dalam ubat mata atau pencuci kontak lensa bahan kimia seperti peluntur cat
Kebiasaannya mata merah disebabkan oleh allergic ini mengakibatkan mata merah pada keduabelah mata anda dengan serentak, menyebabkan mata menjadi mata merah berair, gatal disekitar mata dan hidung, bersin dan hidung berhingus.
Cara mengatasi mata merah(konjunktivitis)
Jangkitan sakit mata ini kebiasaannya akan pulih sendiri dan tak merbahaya. Tanda selalunya beransur pulih dalam 2 hingga 5 hari , tetapi walau bagaimanapun jangkitan Viral konjunktivitis mungkin berlarutan sehingga 2 ke 3 minggu.
Walaupun begitu diharap agar berjumpalah dengar doktor untuk kepastian kerana, Ada sejenis sakit mata (infectious keratitis) yang apabila dijangkiti mata anak anda, dia akan merasa seperti ada sesuatu pada bola mata dan ia amat menyakitkan sekali dan membuatkan anak anda sukar untuk membuka mata kerana terlalu sakit.
Sekiranya ini dibiarkan iakan menyebakan kecacatan kekal pada penglihatan mungkiin berlaku. Sekiranya tanda ini berlaku hendak lah berjumpa doktor dengan kadar segera.
Jangkitan sakit mata (infective conjunctivitis) adalah sangat sangat mudah berjangkit oleh itu langkah pencegahan adalah penting untuk mengelakkan dari merebak.
Bagaimana? Amalan kebersihan adalah penting Basuh tangan sebelum dan selepas menyentuh mata anak kita.
Gunakan barang peribadi yang berasingan untuk anak yang dijangkiti itu sehingga jangkitan itu sembuh Apakah rawatan untuk jangkitan sakit mata?
Kebiasaannya sakit mata anda akan baik dengan sendirinya dalam 2 ke 5 hari.
Tetapi sekiranya ianya berlarutan melebihi 7 hari atau jangkitan mata bertambah teruk atau anak anda terlalu muda berjumplah dengan doktor untuk rawatan.
Sekiranya doktor mengesyaki jangkitan Viral Konjunktivitis kebiasaannya ia tak memerlukan rawatan khusus.
Sekiranya disebabkan kuman kemungkinan doktor memberikan ubat titis antibacterial atau ointment atau kemungkinan ubat makan sekali.
masa raya tahun lepas habis semua dalam rumah kena sakit mata, mula dapat masa berziarah di rumah orang. Sekali sorang jangkit, habis satu rumah kena..huhu..sedih betul pengalaman tu..raya dgn sakit mata…
huii tk best raya mcm tu , nak ziarah org pun risau org terjangkit kan ..