Assalamualaikum , Kali ini tak rancang pun nak pergi ke Taman botani perdana , Kuala Lumpur. Tiba adik call tanya tempat ni , saya pun lagak tak malu tanyakan dia semula. ” Hang tak mau ajak aku ke ? ” Bukan apa … kalau pergi dengan anak sahaja risau sikit lah. Ni Kuala Lumpur macam – macam boleh jadi. Kalau pergi ada peneman rasa selamat sikit. Padahal Taman Perdana ni 17 minit je dari rumah. Jika tak ada kesesakkan lalulintas lah.
Saya suka bawa anak ke taman sebenarnya , saya suka hijau pokok , saya suka berpeluh berjemur di bawah panas. Saya suka tengok tasik. Tetapi tu lah , nak pergi tak ada peneman jadi malas lah pula. Disini ada tempat permainan sebesar gudang , lupa nak ambil gambar tadi .. sebab tak minat gambar tempat permainan jadi lupa terus. Saya bawa anak – anak pusing taman , jalan keliling tasik dan ke taman – taman yang di sediakan. Ada 2 video taman saya upload di instagram. Best sangat.
Tak boleh tahan .. kesian pun ada .. anak-anak ni tak pernah panjat pokok. Kali ni saja offer mereka panjat pokok. Saya rasa macam nak pecah perut gelakkan diorang. Alahai.. mak ko dulu juara panjat pokok tau. Di bawah ni video si syamim menangis sebab takut pokok tu goyang-goyang.
Titi tu ada lubang , syamim rasa pelik.. dia takut nak lintas tu. Sungguh rasa kesian dengan anak-anak ni. Duduk di rumah tinggi susah nak ada peluang bermain di luar. Bukan pe .. jiran sini tak mesra alam. Kalau dengar suara budak-budak biasanya kena marah dengan bahasa kurang enak. So lebih suka kurung anak dari nak biar di bahasakan dengan orang macam tu.
Ada 2 replika dinosor , pun tinggal tulang dah. Syamim takut semasa pertama kali tengok. Si anak dara .. menjelajaah.. seminit pun tak diam. Padahal kami tapau KFC dengan bihun goreng , punya la sedap. Depa tak pandang dah..
Husna memang suka baby. Eh ni anak adik … baru lahir januari hari tu. Dah bawa ke taman ko.. tapi baby najla baik lah. Tak nangis pun.
View dari tempat duduk. Kami hampar tikar. Pasang kipas bateri untuk baby. Dan duduk .. kejap je .pastu jelajah lerr…
Ehemmmm .. saya ler ni ..
Aliya .. anak sulung .. penat layan adik kesian dia..
Yang ni husna .. penat makan .. erk ?
Hah tu .. kakak mithali sangat . Adik ke mana pun dia ekor dari belakang. Untung mak ada orang tolong jaga anak. Ayah jangan tanya. Ahad pun kerja. Jenis tak reti duk diam.
Jemput follow intsgaram puanbee : @PUANBEE
saya pun suka akan kehijauan alam. rasa tenang je 🙂
betul .. hilang stress kejap ..
seronok juga kan, hijau gitu
orang kl ni nak jaln tempat save2 tmpt gini je lah heheheh
Tidak singgah melihat rusa?
tak sempat, nak pergi juga tp dah dekat maghrib .. nanti pergi lagi ..
Sedp nye liburan tu heeee
bila tengok dinasour tuh.. teringat pulak kat taman mimaland masa kecik2 pergi sana.
5 tahun kat KL, tapi tal permah ke dini..kesiannya saya.hehe
pergi la sekali sekala ..pengantin suka sangat ke sini untuk photoshoot
Sejak suami kerja hari sabtu ni dah jarang ke sana…
bagus2…. outing ni selamat sikit dari “cuci” wallet kan bee 🙂
Tak pernah tau pulak ada taman botani ni.
Saya pun lebih suka aktiviti macam ni.. Cuma cuaca sekarang tak mengizinkan, panas sangat.. Nanti ada masa nak pegi juga la.. Selalu pegi shopping complex je.. Kesian budak2 nanti ada pula la yang tak kenal pokok..
hahah … tu contoh .. panjat pkok pun takut .. alahai .. panas tp kalau pergi taman banyak pokok takpe ..redup ..
Taman Botani Perdana antara tempat pilihan untuk bawa keluarga bersiar melihat keindahan alam. Bila tengok je kehijauan tumbuhan di sini, rasa nak tarik nafas dalam2.
Suka tengok gambar , beriadah dengan keluarga ni best. Pengalaman dan juga kenangan indah bila di imbau 🙂
Haha.. seronok ler tu..sekali sekala dapat rasa peluang macam ni kan sedap..hehe
Haaa …..gembiranya di taman otani perdanan ni