Review : MYLARA SKINCARE 4-in-1 & HYDRO WHITENING ROSE PEELING GEL

Review : MYLARA SKINCARE 4-in-1 & HYDRO WHITENING ROSE PEELING GEL | 
Assalamualaikum dan Hai semua ….  ececeh dah lama tak review produk skincare .. sebabnya muka den sejak 3 tahun lepas mengalami kerosakkan teruk. Mula-mula saya pakai produk skincare yang orang kata boleh rosakkan muka tu , pakai selama setahun lebih kurang. Muka okay glowing putih nampak remaja masa tu.
Lepas tu pada tahun 2016 nak raya. Saya pergi buat waxing menggunakan lilin panas dan lepas tu muka rosak teruk.Mungkin di sebabkan skincare yang saya pakai sebelum itu membuatkan kulit muka saya menjadi sensitif dengan waxing tersebut.  Nasib baik hanya 2 minggu jerawat naik teruk , saya bertuah dalam hal ini . Lepas tu memang stop pakai apa-apa produk kecuali sabun homemade dan foundation semasa hendak keluar rumah dan krim pelembab biasa. Muka agak kusam dan parut jerawat terlihat masa tu. Dari lepas raya tahun 2016 tersebut tak pakai apa-apa skincare yang khusus tahu. Ni baru berani cuba MYLARA Skincare selepas membaca review  tentang produk ini. Saya telah pun siasat betul-betul.
Takut tauuuu dengan skincare timbang kilo yang di katakan re-packing sendiri tu. Serik pun ada. Saya mendapat tahu MYLARA skincare ini ada doktor terlatih dan sumber nya adalah dari sumber alam. Mylara skincare di kilangkan di kilang yang mempunyai GMP sendiri. Di daftarkan dengan KKM dan selamat di gunakan untuk ibu mengandung  menyusu dan sesiapa sahaja.

Ini info yang saya dapat mengenai Mylara skincare , di bawah saya akan ulas satu-satu tentang tekstur produk.
Berkesan merawat
1. Kulit kusam
2. Kulit berminyak
3. Jerawat
4. Jeragat
5. Parut jerawat
6. Hiperpigmentasi
Kelebihan MYLARA

  • Mylara diformulasi oleh YANG PAKAR tanpa bahan kimia bahaya dan telah mendapat kelulusan KKM dan dijamin halal
  • Iye lebih daripada 99 testimoni terkumpul.
  • MUDAH DIGUNAKAN. Hanya menggunakan 4 item asas penjagaan wajah. Tak sampai 5 minit dah boleh look amazing
  • KULIT WAJAH SEMAKIN SIHAT. Kulit sentiasa terawat dan Mylara meminimumkan pertumbuhan jerawat/jeragat/parut.
  • TIADA KESAN SAMPINGAN. Menggunakan 98% bahan organic dan mempunyai 0.01% risiko menyebabkan alahan atau kesan sampingan di wajah.

Kenapa MYLARA SKINCARE pilihan terbaik untuk mereka yang mempunyai masalah kulit dan ingin merawat kulit mereka?

  1. MYLARA SKINCARE memiliki doktor dan staff-staff yang mahir di bidang masing-masing. Dengan adanya team serba mahir ini, MYLARA SKINCARE menjamin produk dan servis yang bakal membuat anda selesa dan yakin dengan penggunaan produk yang berasas sumber alam yang diiktiraf selamat.
  2. MYLARA SKINCARE membawa aspirasi Awaken Your Best Skin khusus buat para remaja serta wanita dan lelaki untuk menampilkan sisi terbaik anda dengan bahan-bahan alam semula jadi. Kecantikan dan keyakinan berhak anda miliki. Keselesaan dan keselamatan pengguna adalah matlamat MYLARA SKINCARE.
  3. MYLARA SKINCARE memiliki produk dan servis yang berasas ekstrak tumbuhan dan buah berkualiti. Diformulasi dengan teknologi terkini di kilang yang diiktiraf GMP pasti bakal memberi hasil yang optimum dan selamat untuk kulit para remaja, lelaki dan wanita.

 

Facial Set dari Mylara Skincare

REVIEW dari saya sendiri : Dari segi harga untuk set facial 4-in-1 ini boleh tahan , mampu milik dan tidak terlalu mahal. Set ini mampu tahan 2 bulan kalau pakai jimat-jimat macam saya. Lagi pun kita boleh beli scara asing jika salah satu produk habis dahulu.
Harga 1 set facial set + glowing gel cuma : RM89.90 sahaja. Saya suka produk ini .. kenapa ? meh saya terangkan satu-satu di bawah. Harga loose di bawah ye .
Dalam kotak Facial Set ada 4 jenis item ini

Collagen Clanser – Pencuci Muka

REVIEW dari saya sendiri :

  • Pencuci muka ini di dalam botol. Buih tidak banyak dan tidak membuatkan kulit muka menjadi sangat kering. Ada 2 penutup kebersihan sangat terjaga. Picit sedikit lebih sikit dari duit syiling 5 sen dah cukup. Senang di bawa ke mana-mana , sumbat aje dalam beg makeup.
  • Harga loose RM24. Seperti biasa dalam banyak-banyak skincare mestilah pencuci habis dulu. Ye lah sembahyang pun 5 kali , mestilah 5 kali cuci makeup kan ?

1) 4-in-1 Collagen Cleanser (60ml)
Deskripsi : Pencuci wajah yang mempunyai 4 fungsi utama yang boleh menghapuskan kesan-kesan make-up, minyak dan kekotoran. Menghapuskan make up pada mata dengan lembut serta ekdfoliasi ringan untuk wajah yang lembut, licin dan cerah.
TEKSTUR : Gel pencuci berwarna ‘pink muda’ (pewarna dari ekstrak mawar, tidak menyebabkan jerawat kerana bukan pewarna sintetik) yang mesra pengguna, lembut, berbau harum, serta multi-fungsi. Wajah terasa segar setelah menggunakannya. Tidak terlalu berbuih lantas berhasil mengekalkan kelembapan wajah.
Manfaat utama :

  • Praktikal, bersih dan efektif
  • Fungsi 4 dalam 1 yang boleh dilakukan di rumah
  • Membersih wajah
  • Eksfoliasi lembut
  • Menyamakan tona kulit dan melembutkan
  • Menganjalkan kulit
  • Menyerikan wajah

Bahan utama :

  • Ekstrak Betik – melembap, menghilangkan pigmentasi, mengurangkan kedutan
  • Minyak Kelapa – anti iritasi, memberi kelembapan
  • Ekstrak Lidah Buaya – melembap dan melembut
  • Kolagen larut – memberi kelembapan, melembutkan, anti penuaan

Cara Penggunaan : Cuci muka dua kali sehari dengan mengikuti dua langkah berikut:

  1. Pamkan 1-2 kali pencuci muka ke atas tangan yang basah , buihkan dan ratakan ke atas muka dan leher.
  2. Bilas dengan air suam secukupnya dan biarkan kering sebelum menggunakan Mylara Pore Refining Facial Toner.

Toner.

REVIEW dari saya sendiri : Sukaaaaaaa .. sebab toner nya jenis spray. Saya ada masaalah sikit. Beli kapas selalu di buat main oleh anak-anak. Masa nak pakai masa tu la dia hilang. Kalau nak pergi berjalan atau balik kampung ya ampun banyak nya barang nak bawa. Jadi saya suka toner yang boleh spray aje tanpa kapas ni. Aihh kena sangat dengan jiwa ku. Botol pun elok ada 2 penutup senang nak usung.
Harga : Harga loose RM24. eH masih mampu milik kan ? boleh beli asing juga.
2) Facial Toner (60ml)
Deskripsi : Pelembap wajah yang membantu prose semulajadi kulit iaitu membersih dan membaikpulih dengan mengecilkan pori-pori, menyeimbang kelembapan dan kandungan minyak, membuat kulit terlihat sihat, tegang dan berseri.
TEKSTUR : Penyegar yang berwarna ‘pink muda’ yang sangat sesuai untuk menyegarkan wajah di samping menyahtoksin di pori0pori supaya bebas kuman penyebab jerawat. Pori-pori yang bersih mampu merapat dan menghasilkan kulit wajah yang licin dan cerah natural.
Manfaat utama :

  • Membuat kulit terasa bersih dan segar
  • Mengandungi bahan-bahan yang aman buat kulit : Rosehip, Licorice, Aloe Vera
  • Sesuai untuk semua jenis kulit, termasuk kulit sensitive
  • Bebas pewarna dan bahan kimia berbahaya yang boleh merosakkan kulit

Bahan utama :

  1. Minyak Rosehip – anti-penuaan, melembapkan
  2. Ekstrak Licorice – anti-irritasi, mencerahkan
  3. Ekstrak Aloe Vera – melembap dan melembut
  4. Witch Hazel – anti-jerawat, melembapkan, menyegarkan kulit

Cara Penggunaan : Selepas mencuci muka, di atas permukaan kering;

  1. Basahkan kapas dengan toner secukupnya. Ratakan perlahan di muka dan leher dengan arah ke atas.
  2. Untuk perlindungan optimum, gunakan Mylara Matte CC Cream atau Mylara Revitalizing Night Cream selepas toner.

 

Krim siang

REVIEW dari saya sendiri : Lepas pakai terasa ada bedak di muka. Krim tidak melekit langsung. Memang CC Cream ini di datangkan dengan multifungsi. Boleh jadi pelindung matahari , dan juga bedak muka yang “matte “. Sangat ringan di muka. Tidak terasa macam pakai apa-apa. Dannnnn paling penting bahan-bahan nya. Rujuk di bawah. 
3)  Matte Miracle CC Cream SPF 30 (7g)
Deskripsi : Krim multifungsi yang berkesan melindungi kulit wajah dari sinar matahari yang bahaya dengan SPF 30. Terbukti secara secara klinikal dapat meningkatkan tekstur kulit dan memberi kelembapan yang secukupnya dengan warna matte yang elegan. “CC’’ bermaksud color corrective, dan ia terdiri dari primer pencerah wajah, foundation ringan, pelembap, dengan bahan-bahan anti-penuaan dan pemangkin kolagen.
TEKSTUR : Krim multi-fungsi yang berciri ‘matte finishing’ tidak menyebabkan wajah berminyak seharian. Foundation ringan yang terkandung dalam CC Cream ini memberi ‘instant dewy look’ dan ‘natural glow’ yang wanita Asia idamkan dengan calitan minimal. ‘Matte CC Cream’ tidak menyumbat pori-pori kerana dihasilkan dengan teknologi Korea iaitu ‘Nano-size molecule’.
Manfaat utama :

  • melindungi dari sinar matahari
  • membantu melembap dan melembutkan kulit wajah
  • tekstur ringan dan lembut
  •  97.7% natural
  • sesuai untuk semua jenis kulit

Bahan Utama :

  1. Minyak Argan – melembap, menegangkan (prokolagen)
  2. Titanium dioxide – melindungi dari sinar matahari, anti-cancer (kulit)
  3. Serbuk mutiara – mempercepat pertumbuhan kulit baru, regenerasi kolagen

Cara penggunaan : Selepas penggunaan toner, sapukan CC Cream 15 minit sebelum terdedah kepada sinaran matahari. Adalah digalakkan untuk menambah sapuan selang 2 jam jika masih terdedah kepada sinaran matahari.

Krim malam

REVIEW dari saya sendiri : Selepas pakai memang terasa ianya memlembabkan kulit muka. Bau wangi. Tidak melekit (ini kalau korang pernah pakai produk tempatan tahu lah maksud saya ) Bau macam ada berry-berry sikit. Sedap.
Harga : Harga loose RM28 ringgit. Kalau habis boleh beli ehemm.. saya kadang-kadang pakai glowing gel di waktu malam selang dengan night cream ini. Sebab tidur dalam aircond kadang kulit terasa sangat sangat kering.
4) Revitalizing Night Cream(7g)
Deskripsi : Krim malam yang berfungsi mencerah yang masuk jauh ke dalam lapisan wajah untuk menyubur dan melembap kulit sehingga 8 jam. Membantu menghapus noda dan mencerah seawal 14 hari pemakaian dengan bahan-bahan yang terbukti secara klinis.
TEKSTUR : Krim malam yang sangat melembapkan dan tidak melekit seperti krim-krim kilo di pasaran. Dihasilkan dengan bahan mentah import berkualiti tinggi dan dijamin merawat wajah secara optimum sepanjang malam. Krim berwarna ‘pink muda’ mempunyai bahan aktif buah berry yang secara saintifik membuktikan kesan pencerahan dan antioksida 10X lebih berkesan dari bahan aktif lain.
Manfaat utama :

  • Menyamakan tona wajah, mengurangkan warna kulit yang tidak sekata
  • Membantu memulihkan dan mencerah kulit wajah
  • Menghapus tanda-tanda penuaan
  • Pelembap malam yang tidak melekit
  • Bebas MERKURI

Bahan utama :

  1. Alpha Arbuntin – Mengurangkan noda hitam, menghalang produksi enzim tyrosinase
  2. Beeswax – melindungi dari kotoran sekitar, melembap
  3. Vitamin C – Anti-oksida, anti-cancer, menggalakkan produksi kolagen
  4. Vitamin E – Meremajakan, melembap
  5. Ekstrak Aloe Vera – Melembap, melembutkan

Cara Penggunaan :

  • Sebelum tidur, selepas penggunaan pencuci muka dan toner;
  • Dengan menggunakan hujung jari, sapukan lapisan nipis ke muka dan leher.
  • Untuk penyerapan sempurna, dengan perlahan, urut wajah selama 1-2 minit.

Glowing Gel

Review dari saya sendiri ; Glowing gel ini dapat free dalam 4-in 1 facial set. Jika beli loose dapat jenis dalam botol picit-picit. Ini pun saya suka  , bila pakai terasa nyaman di muka. Boleh juga gosokkan aje ke siku yang kering. Haaa kejap aje dah dapat kesan lembab tu. Sangat sesuai kalau kulit muka mengalami ” sunburn “.
Bahan utama : Aloevera
Harga loose untuk 20g RM25
Hydro Peeling Gel

HYDRO WHITENING ROSE PEELING GEL

Tahu kan ? seminggu sekali kita boleh scrub muka untuk membuang kulit mati dan kekotoran di muka. Bekas jerawat atau habuk , minyak berlebihan di muka semua memang amat di galakkan untuk memakai peeling gel ini. Lepas scrub cuci muka dengan pencuci , korang akan rasa segar , kulit lembut , skin tone lebih cerah dan sekata. Kulit nampak tengang dan lincin tahu.
Saya memang suka .. Harga cuma RM25 , Pakai setiap hujung minggu , sebulan pun tak habis. Tak sempat nak ke SPA buat facial ? buat sendiri je lah di rumah.
Hasilya .. tak pakai apa-apa pun kulit nampak cantik.

Kandungan Hydro Peeling Gel

Mylara skincare .. review .. Akak suka tau skincare begini ..simple dan senang. Ciri-ciri yang akak suka : 1 : 4 in 1 Collagen Cleanser dalam botol – jadi mudah nak simpan dan di bawa ke mana². . 2 : Pore Refining Facial Toner – Jenis sembut picit aje .. senang .. tak payah pakai tisu lagi. . 3 : Matte Miracle Cc Cream SPF 30 – Krim siang nya ada 8 fungsi – Boleh jadi bedak , krim siang , pelembab , melindung dari matahari .. eh ada lagi .. sambung dekat blog lah. . Selain 3 krim dia ada lagi produk lain .. lain tau .. nanti la kita kalau mai mood nak megedik tu nanti akak share. . Nak keluar pegi beli lauk kejap ?.. eh akk tak jual tau .. korang boleh beli dari Mylara Skrincare sendiri. . www.mylaraskincareofficial.com Instagram : @mylaraskincare Facebook : Mylara Skincare Email : mylaraskincare@gmail.com . #beauty #skincare #mylaraskincare #review #MummyBloggerMY #semuanakcantik

A post shared by Latifah Bee (@puanbee) on


Proses pemulihan kulit muka mengikut fasa selepas pakai 1 set Mylara skincare : 
MINGGU 1-2 :
FASA 1 – DETOKSIFIKASI
Tindakan Klinikal:
Penyerapan di bawah permukaan kulit akan menghilangkan sel-sel mati yang menyebabkan pori tersumbat dan menyembuhkan kesan pertumbuhan jerawat.
Hasil/Kesan:
Kulit anda akan mula serasi terhadap proses detoksifikasi. Kulit akan mula terasa gatal, kering dan kemerahan, namun akan mula berkurang menjelang akhirnya fasa 2.
Tona kulit anda akan mula kelihatan lebih sekata.
MINGGU 2-3 :
FASA 2 – PEMULIHAN
Tindakan Klinikal :
Kulit mula menghasilkan sel-sel normal yang sihat. Sel-sel pigmen mula membebaskan melanin secara lebih sekata. Sel-sel baru juga dikuatkan dengan penggunaan secara konsisten seperti yang disarankan.
Hasil/Kesan:
Keadaan kulit anda pada fasa ini sedang disesuaikan dengan system penggunaan produk ini. Anda akan dapat melihat kulit anda menjadi lebih tegang, licin, lembut dan bersih.
Minggu 3-4
FASA 3 – PENYEIMBANGAN
Tindakan klinikal:
Sel-sel kulit sedang diserasikan dengan baik ke dalam sistem untuk proses transformasi kulit.
Hasil/Kesan:
Kulit anda akan kelihatan dan rasa lebih bersih, berseri, lembap dengan tona yang lebih sekata.
Minggu 4-5
FASA 4 – WAJAH BARU
Tindakan Klinikal:
Kulit anda akan kelihatan seperti kulit baru yang telah dihidupkan semula. Adalah amat digalakkan untuk meneruskan penggunaan yang konsisten untuk mengekalkan khasiat dan kelembapan yang mencukupi bagi kulit anda.
Kesan:
Anda seperti dilahirkan semula dengan kulit wajah yang baru! Kulit anda sekarang tentunya lebih berseri-seri dengan tona yang sekata di samping kelihatan lebih muda dengan mengekalkan penjagaan agar sentiasa sihat!
Testimoni ada banyak sangat .. kalau nak beli boleh terus ke link-link yang di sediakan di bawah. Produk ini saya rekomen kepada korang  , selamat dan halal.Cuma jika takut dan kulit memang super sensitif eloklah tanya kepada pakar Mylara skincare sendiri iaitu DR.MAI.Korang juga akan di guide oleh Dr.Mai sendiri dan sebarang pertanyaan atau kemusykilan korang boleh direct tanya kat beliau.
Nampaknya .. saya kena dapatkan produk lain.. saya tengok website ada produk baru gel untuk lingkaran bawah mata .. wahhhhhhh …
Kat mana boleh dapatkan MYLARA SKINCARE ni?

Website: http://www.mylaraskincareofficial.com/

Facebook: https://www.facebook.com/mylaraskincare/

Instagram: https://www.instagram.com/mylaraskincare/

Atau korang boleh whatsapp terus ke 013-9200960

atau e-mail mylaraskincare@gmail.com

Show 5 Comments

5 Comments

  1. Bee tak elok cuci muka guna pencuci muka sampai 5x, seeloknya guna makeup remover untuk buang makeup, pencuci muka guna 2x sehari jadi kulit muka tak berminyak. Akak dulu sebab tak tahu, asal nak solat guna pencuci muka, salah…sebab tu ph kulit xnormal jadi salah satu punca kulit berminyak. Akak tahu pun sebab akak duk pegi face spa tiap 2 minggu. Memang betul bila dh kurangkan guna 2x sehari je dan buat penjagaan lain alhamdulillah kulit muka akak dah normal, bertahun2 menderita kulit berminyak, kalau makeup sat ja cair dek masalah kulit berminyak hahha. Bee guna pencuci 2x sehari je tau. Jgn bnyk kali. Lelain tu bee guna makeup remover je, ada yg jenis takyah bilas, garnier yang ni memang hot item.
    Pasal skincare atas tu memang bagus sebab ada kkm dan gmp kan, takutlah guna produk yang tah apa2 kejap2 jadi putih rupanya ada merkuri. Takpe biar lambat asal selamat. Akak pun lega dah jumpa produk yang serasi dengan kulit muka. Takpe pelan2 kayuh hihi. Lagi2 tgh duk rajin masuk face spa bi sejak anak dh besar sikit, cam balas dendam je ni hahha.

    • boleh kak cuci muka kerap , tapi kena pakai toner dan pelembab semula .. kalau tak pakai tu lah liang pori terbuka dan jd lah masaaalah lain ..

      • aaa bee tapi takleh kerap bee sehari sampai 5x tu tak elok untuk PH kulit, tu yang jadi berminyak. kalau remove makeup je guna makeup remover ada yang jenis takyah cuci. kalau wudhu takde masalah sebab takyah guna pencuci muka bagai, sebelum wudhu pakai makeup remover dulu untuk tanggalkan kotoran, tak yah pencuci muka banyak kali sehari. itu yang boleh buat kulit muka jadi berminyak. ni orang face spa ajar akak, bee boleh google juga.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.