Allhamdulillah , di jemput untuk merasa buffet di bulan ramadan pada tahun ini. Agak sedih tahun ni. Berpuasa dan berbuka tanpa suami kesayangan. Semoga tuan tanah yang jemput di murahkan rezeki. Anak-anak memang seronok dapat berbuka di buffet sekali sekala. Bukan tak boleh bawa , tapi memang susah dan tak selesa sikit keluar malam bersendirian dengan anak-anak semata-mata.
Jika anda berada di sekitar Kuala Lumpur dan mencari buffet yang sesuai untuk berbuka puasa besama keluarga , saya cadangkan cuba lah ke Casa Ombak bertempat di Banglo No. 22 Jalan Damai off Jalan Ampang. Ianya merupakan lokasi event yang berkonsepkan ala garden.
Casa ombak menyediakan buffet ramadan bertemakan garden dan makan nya pula ala kampung, terdapat pelbagai jenis hidangan yang di sediakan , memang sangat menarik hati. Rugi kalau tak cuba kambing golek mereka. Bagi saya sedap sangat .. saya paling suka makan kambing golek. Anak-anak mencuba semua juadah tak ingat. Harga sangat berpatutan.
Harga Buffet Ramadhan
Dewasa : RM 55.00nett
Kanak-kanak : RM 27.00nett ( 5-12 tahun )
Tempahan boleh dibuat untuk individu, group dan family atau syarikat.
Kepada anda yang ingin membuat tempahan Buffet Ramadhan Casa Ombak, boleh hubungi kami segera ditalian:
Tel Office : 03 21818750
Call/Whatsapp : 012 662 1062
Call/Whatsapp : 012 301 0725
Facebook page : Ombak Creative
#Tempat solat ada di sediakan bagi para muslimin dan muslimah.
Minta maaf , saya memang tak sempat ambil gambar makanan , di sebabkan sibuk menjaga anak-anak , tambah lagi yang kecil sekali tu , sangat aktif belari sana sini , mujurlah casa ombak ni mesra kanak-kanak. Selesa anak berlari , tak lah terlalu risau.
Jaga-jaga … saya ada gambar kambing golek , kalau terliur pergi buat tempahan cepat .. Gambar kredit kepada Azmanisma.com . Gambar meja masih kosong tu sebelum makan. Dah makan takde gitu ropanya .. penuh meja .. allhamdulillah kenyang.
Review : Kambing golek sedap ! baby 1 tahun tu pun bukan main makan , daging lembut , kuah cukup rasa. Makanan lain tak sempat merasa betul-betul , pantang ambik anak bawa lari ke meja diorang. Bertabah lah mak. Tapi kalau anak makan tu kira kena lah dengan selera diorang tu .. so boleh lah tuan tuan dan puan puan bawa anak-anak ke sana.
Suami balik dari offshore nanti memang nak ajak dia datang sini lagi , walaupun dia tak boleh makan daging kambing , tapi nak juga pergi , dia kena jaga anak , dan saya nak makan puas-puas . Hari tu tak puas .. memang kene repeat.
Makanan lain sedap tak? Tengah survey juga tempat buka puasa kat luar ni.. Sekali sekala nak beriftar kat luar..
Kambing Golek menyelerakan. View Casa Ombak pum cantik 🙂
Deco dier cantik!!!
tempat yg menarik.. 🙂
sedap nampaknya, harga pun berpatutan
Nampak menarik tempatnya. Kalau bawa anak memang tak boleh fokus nak makan, saya pun biasanya makan sambil tengok diaorg aje. Kalau ada ayahnya baru dapat bergilir 🙂
bestnya. mesti anak-anak happy dapat buka puasa kat luar. supermom bawak baby lagi..
cantiknya tempat :0