REVIEW SUKA HATI , TIADA BAYARAN DI TERIMA UNTUK REVIEW INI. Ini adalah entri sambungan dari entri FAMILY TRAVEL ke Cameron Highlands tempoh hari. ( boleh klik jika belum baca ) Semasa kami sekeluarga berada di Cameron Highlands tempoh hari , saya dan suami membuat keputusan untuk tinggal selama 3 hari 2 malam. Semasa sebelum bertolak ke Cameron Highlands dah jenuh kami search di google untuk melihat review dan mencari hotel apa yang sesuai namun tak dapat jawapan. Kemudian terpaksa lah kami ke Cameron Highlands itu sendiri dan melihat lihat hotel sendiri. Keadaaan jalan yang agak sempit dan banyak pula kenderaan meyukarkan pencarian , di tambah lagi hujan renyai-renyai , ada juga terseremak tiga tempat pasar malam. Hari pun semakin gelap. Jadi kami terus buat keputusan untuk masuk ke kawasan HOTEL ARANDA NOVA ini dan terus bertanyakan kekosogan bilik.
ALLHAMDULILLAH .. masih ada bilik , tetapi hanya bilik berstatus suite. Tetapi harga nya tidak lah mahal. Masih di bawah RM200 semalam.
Ini adalah gambar pemandangan dari bilik hotel. Hotel ini masih baru lagi. Ya memang agak kecewa melihat pemandangan sebegini rupa.
Semasa kami sekeluarga sampai cuaca agak mendung , hujan renyai – renyai ..dan sejuk sangat .. tapi apa yang megejutkan di hotel kami tak ada aircond , cuma ada kipas syiling di bahagian ruang tamu .. di dalam bilik berkaca tu tak ada apa-apa kipas mahupun penghawa dingin. Tetapi masih sejuk sehingga ke tulang.
Saya masih belum berani membiarkan anak tidur di bilik berasigan. Jadi semua anak akan tidur di dalam satu bilik. Cuma minta tambah bantal dan selimut. Di Hotel ARANDA NOVA ini mengenakan bayaran untuk pertambahan bantal dan selimut. Satu selimut RM20 , Sebiji bantal RM20. Sebenarnya tak pernah lagi ke mana-mana hotel dalam Malaysia ni yang kenakan bayaran untuk pertambahan bantal dan selimut. Serius…
Memang selesa seolah-olah berada di rumah sendiri. Mana tidak nya , ada tv dengan astro , ada ketuhar , ada cerek air , ada pinggan , mangkuk , sudu dan cawan cukup untuk satu famili.
Bahagian dapur , oleh kerana dah biasa kami bawa roti , sardin , megi dan kopi ketika travel , memang sesuai sangat ada dapur macam ni , pagi-pagi tak perlu terburu – buru bersiap nak keluar sarapan di luar , sementara saya siapkan anak-anak , ayah siapkan sarapan. Sementara nak makan di luar anak-anak pun dah kenyang , tak ada lah yang meragam nanti.
Antara tips nak senang berjalan – jalan dengan anak-anak kecil adalah : Pastikan mereka kenyang dan cukup tidur.
Seronok syamim dan kakak – kakak main aci menyorok .. bilik luas dan selesa .. apa lagi …. yang peting .. HAPPY !
Terima kasih kerena membaca
Puanbee.
Pingback: Family Travel : Ke Cameron Highlands 3 hari 2 malam | Puanbee.com
bagi saya, kalau RM200 bawah semalaman itu kira dah ok dah tuh
Yang penting keselesaan. Pertama kali dengar kena caj tambahan untuk bantal dan selimut.
itu la .. biasanya ada bantal lebh dlm almari ni memang tak ada langsung…
aik..ada caj tambahan untuk bantal selimut ye..eheheh..mujur kemudahan lain lengkap kan.
itula .. kami order ikut sedap je sekali masuk dlm bil semasa nak keluar hahahha ..
murah juga tu rm200 berbanding kelengkapan yang ada kan.
Bestnya, dalamnya nampak selesa sangat 😀
seronok tengok 😀
Apa lagi facility kat hotel tu? Bilik dah ok dah tu…
baru sangat , ada tapak pasaraya di bawah , tp masih belum banyak yang di buka , katanya ada spa , tp kami cari tk jumpa .. tengok harga spa nya pun tak mahal ..
hotel baru memang selesa,byk kemudahan walaupun harga bawah rm 200….
Oh memang murah rm200 untuk suite. sonoknyaaa cuti2 🙂
wah, bawah rm200 macam ni, memang best lah pb.
jeles sekali lagi, nak gi Cameron jugak!
Someday semoga saya bisa menjajalnya langsung hotel ini. Tapi kalau pemandangannya besi beton di mana-mana ya kurang recommend ya? Hehe
maaf ya , besi beton tu apa ye
Untung nya dapat bercuti ke cameron highlands
peliknya…selalunya memang dapat free je tambahan bantal dan selimut tu kan..huhu..
fuyooo ada glasses dalam bilik hotel…seronoknya budak² main…
harga murah t utk suite..
Bee… nanti kita wassap ekkk..
enjoy cuti2
keren hotel nya , nyaman.
Perghhh…mewah aje nampak bilik macam tu..harga pun berpatutan..tapi sayang..pemandangan luar yang tak kena..hehe
Suka suasana bilik hotel macam tu berlantaikan kayu. hehe.
Tengok gambar hotel tu cantik sangat..tp mcm sis ckp hotel tu xde aircond xpe gak kot coz kt cameron kn dh sejuk..klu ada aircond lg r sejuk..Nti blh gtau hubby try tdo kt hotel tu coz slama ni pergi xpnh tdo sana pn..slalu g blk ari je..tq for sharing
thanks for sharing..sbb slama ni g cameron blk ari je..xpnh tdo sana..lpas ni blh ajak hubby g tdo hotel ni coz tgk hotel ni pn cntik..
Serius mahal.. tmbah bntl n slmut..dah boleh beli barU…
boleh jadi panduan untuk aku sebab tahun depan duk rancang denagn wife nak pergi ke cameron
Wah, nampak eksklusif la la tempat tu. Tambah pulak dengan kesejukan camtu confirm rasa macam kat oversea.
sekali pandang dalamannya cantik
boro boro ke hotel
kekota aja saya jarang
maklum saya orang desa
hehehehe
Sangat bermanfaat sekali info dan artikelnya gan??
Wah best tempat ni…lengkap mcm rumah sendiri plak
kayaknya sejuk tu lokasi hotelnya 🙂
Haaaa..jumaat ni kami pergi Cameron Highlands juga. ParkLand Hotel namanya..idea best gak nak buat reviewww..
pengen banget kesana kalaw saya nanti sudah menikah ..
honeymoon 😀
wishhh best la hotel ni, nyaman dan sedap di mate
Not bad untuk harga tu, teringin nk g
Saya suka hotel yg guna lantai yg macam tu.
Tak de la bau yg kurang menyenangkan.
Tempat2 sejuk memang best sangat kalau nak pergi bercuti.. Kalau kat Sabah ni orang selalu pegi Kundasang.. Suhu sangat sejuk even kipas pun xpayah pasang..
Dah lama tak singgah. Sudah berwajah baru. 🙂