Resepi Sup Ketam & Khasiat ketam

Sup ketam yang sedap , tapi tak ramai yang suka buat sup ketam kan ? biasa ketam kita akan buat masak cili atau ketam masak lomak cili padi betul tak ? Tetapi sup ketam boleh tahan sedap nya , jika kena cara nya .. Tetapi sebelum buat sup ketam. Pilih ketam yang segar , kalau ketam tu dah 2-3 hari memang tak sedap .. ada sedikit hanyir. Ketam pula ada banyak jenis. Orang kata ketam batu tu paling mujarab untuk demam denggi. Tetapi saya gunakan ketam biasa je untuk di jadikan penawar demam. Boleh kebah demam lepas kena semangkuk sup ketam.

resepi sup ketam

Resepi Sup Ketam Cara Puanbee.

  1. Ketam
  2. 5batang serai
  3. 5 Ulas bawang putih
  4. 5 Ulas bawang merah kecil (bawang merah india sedap sikit)
  5. Sedikit halia
  6. Sedikit lada hitam
  7. Daun sup
  8. sedikit minyak (2 sudu besar)
  9. 2 biji cili kering di belah dua
  10. air secukupnya

(Boleh tambah sayur – sayuran lain , contoh cendawan , karet , batang seleri )

Cara – caranya 

  • Tumis bawang merah , bawang  putih , halia , serai ,  cili kering , sehingga naik bau.
  • Masukkan air secukupnya.
  • Masukkan ketam dan lada hitam.
  • Renehkan dengan api perlahan. (jika hendak masukkan cendawan , masukkan sekali )
  • Ternampak air melegak dan ketam masak , boleh masukkan sayur lain. Perasakan dengan garam .. takde perasa lain di gunakan sbb ketam dah cukup manis nya.
  • Agak-agak sayur dah masak , boleh angkat dan tabur dengan daun sup .. hidangkan …

Info & Khasiat ketam

  • Ketam rendah kalori (hanya mengandungi sekitar 85 hingga 90 setiap 100g kalori (bergantung kepada jenis ketam))
  • Ketam di percayai boleh merawat denggi
  • Ketam tidak mengandungi lemak yang merbahaya
  • Ketam ada lemak tak tepu yang dianggap untuk jantung yang sihat
  • Ketam juga merupakan sumber semula jadi omega 3 asid lemak seperti yang di ketahui omega 3 asid lemak dapat membantu meningkatkan daya ingatan, mengurangkan mendapat serangan jantung, mengurangkan risiko KANSER dan kemungkinan membantu meningkatkan kemurungan dan kebimbangan.
  • Ketam adalah sumber vitamin A, C dan B termasuk B12 serta mineral seperti zink dan tembaga.
  • Ketam juga mempunyai beberapa kromium, yang dianggap sebagai mineral berguna jika anda mempunyai rintangan insulin, kerana ia boleh meningkatkan metabolisme gula darah.

Tips memasak ketam  :

Sebaiknya ketam di masak dengan kulit nya sekali kerana khasiat yang terkandung dalam kulit ketam tersebut.

Kalau demam-demam mula nak makan macam2 benda merapu .. haha teringat pulak masa makan ketam kulit lembut di kuala  gula  dulu (  ..abeee .. nakkkkkk ..   )

37 Comments

  1. Mohd hasrul 9 November 2013 Reply
  2. Ladfe Amir 30 November 2012 Reply
  3. puan kutu 28 November 2012 Reply
  4. Jebeng Otai™ 26 November 2012 Reply
  5. Melastik Bintang 26 November 2012 Reply
  6. MDHAFiZ.NET 25 November 2012 Reply
  7. syiela 25 November 2012 Reply
  8. cik tom 25 November 2012 Reply
    • Hafizul 27 November 2012 Reply
      • Ladfe Amir 30 November 2012 Reply
  9. Hafizul 24 November 2012 Reply
    • Ladfe Amir 30 November 2012 Reply
  10. syamila 24 November 2012 Reply
  11. nza 24 November 2012 Reply
  12. carnationbeauty 24 November 2012 Reply
  13. titan 24 November 2012 Reply
  14. eiela 23 November 2012 Reply
  15. syaifuddin alias 23 November 2012 Reply
  16. Norizwan 23 November 2012 Reply
  17. fiezaradzi 23 November 2012 Reply
  18. dayah 23 November 2012 Reply
  19. ummiross 23 November 2012 Reply
  20. Juan 23 November 2012 Reply
  21. Hazmin Hamudin 23 November 2012 Reply
    • puanbeeAuthor 23 November 2012 Reply
  22. Denaihati 23 November 2012 Reply
    • puanbeeAuthor 23 November 2012 Reply
  23. Mama3hero.com 23 November 2012 Reply
    • puanbeeAuthor 23 November 2012 Reply
  24. Myra Jay 23 November 2012 Reply
    • puanbeeAuthor 23 November 2012 Reply
  25. nurmisnan 23 November 2012 Reply
    • puanbeeAuthor 23 November 2012 Reply
  26. akubiomed 23 November 2012 Reply
    • puanbeeAuthor 23 November 2012 Reply

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.