Resepi bubur barli mudah & Khasiat barli

Resepi bubur barli mudah hendak di buat dan berkhasiat juga. Bulan puasa dah dekat ni .. kan kan .. boleh juga di jadikan juadah berbuka nanti . Setiap kali cuaca panas tiba , saya mesti akan usahakan makanan atau air dari barli ni untuk anak-anak , sebab paling utama saya tak nak anak demam atau batuk dek kerana tak tahan cuaca panas. Seperti musim jerebu kelmarin. Panas membahang kan , jadi ini la sajian untuk anak-anak , sediakan air barli dan masak barli lebih kerap.

Antara kebaikkan barli yang lain

  • Menyejukkan badan
  • Melawaskan air kencing
  • Meningkatkan kesihatan buah pinggang
  • Merendahkan kolesterol
  • Meredakan sembelit
  • Mencegah penyakit kanser
  • Mengurangkan risiko kencing manis Ā ( jika untuk kencing manis tidak di galakkan buat bubur begini ye .. bahaya .. rebus sahaja dah memadai )

BUBUR BARLI

Bahan-bahan untuk membuat bubur barli & cara memasaknya.

  1. 50g Barli
  2. Pati santan kelapa
  3. Daun pandan
  4. Gula
  5. Secubit garam

Resepi ini lebih kurang sama dengan bubur jagung , bubur gandum je .. senang dan mudah.

Rebus barli sehingga betul-betul kembang , semasa merebus boleh cuba dahulu barli tersebut , jika lembut dan tak ada rasa kacang , maka barli itu dah masak. Masukkan saja pati santan , dan secawan air , agak sehingga barli tenggelam sahaja.

Masukkan daun pandan. Rebus dengan api perlahan. Elakkan guna api besar , nanti santan itu pecah minyak.

Masukkan gula sedikit demi sedikit dan jangan lupa rasa dahulu. Manis ikut lah selera masing-masing. Saya tak suka bubur terlalu manis.

Masukkan secubit garam untuk naik kan rasa santan itu.

Kacau sentiasa sehingga santan masak. Dan boleh sedia di hidang.

Barli megandungi Ā ( kebaikkan sama dengan oat)

  • Fiber
  • Vitamin dan mineral penting (Vitamin B3)
  • Thiamin (Vitamin B1)
  • Selenium
  • Iron
  • Magnesium
  • Zinc
  • Phosporus
  • Copper dan Niacin
  • Tidak mengandungi kolesterol seperti bijirin-bijirin lain

En kay dapat jadual pemakanan untuk pesakit darah tinggi .. dan bubur tidak sesuai untuk orang ada penyakit darah tinggi , kencing manis.. mereka hanya boleh minum air barli dengan jumlah gula yang sedikit. Agak tak best nak masak sedap2 , kerana suami tak boleh nak makan semua tuuuu … jadi hidang untuk anak-anak je la.

19 Comments

  1. Bidadari 8 July 2013 Reply
    • puanbeeAuthor 9 July 2013 Reply
  2. Ummi Hanie 8 July 2013 Reply
    • puanbeeAuthor 9 July 2013 Reply
  3. zie fauzi 6 July 2013 Reply
  4. eiela 5 July 2013 Reply
  5. Rina 5 July 2013 Reply
  6. aku penghibur 4 July 2013 Reply
  7. diana 4 July 2013 Reply
  8. mama adam 4 July 2013 Reply
  9. Denaihati 4 July 2013 Reply
  10. Hairul Azni 4 July 2013 Reply
    • puanbeeAuthor 4 July 2013 Reply
  11. lin azlina 4 July 2013 Reply
  12. ummiross 4 July 2013 Reply
  13. yanmie 4 July 2013 Reply
  14. Anuar 4 July 2013 Reply
  15. akubiomed 4 July 2013 Reply
  16. Shakira 4 July 2013 Reply

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.