Putus susu ibu atau bercerai susu ibu

Putus susu ibu atau bercerai susu ibu adalah masaalah biasa yang selalu menjadi pertanyaan ibu bapa di saat umur anak mencecah 2 tahun ke atas. Ada yang risau , bila anak baru berumur 1 tahun 8 bulan dah tidak mahu menyusu ibu mahupun susu formula. Ada juga yang tak sabar-sabar nak putuskan susu tersebut secepat mungkin walaupun anak baru berumur 1 tahun lebih , ada juga yang membuat keputusan , masuk je 2 tahun mesti putuskan susu ibu.

putus susu
 

Saya tak ada petua khusus , tapi saya ada pegalaman melahirkan dan menyusukan 4 orang anak  .. tiap kali beranak kecil , tiap kali susuakan anak , tiap kali anak membesar itu lah juga kitaran yang di rungsingkan. Allhamdulillah kesemua anak saya menyusu susu ibu sepenuhnya. Apabila umur mereka mencecah 2 tahun ke atas baru lah saya usahakan berikan susu formula. 

Suami saya memang suka jika saya berikan susu formula , senang katanya .. tapi saya rasa susah , sebab tu lah lebih suka beri susu ibu senang dan mudah .. sambil baring .. sambil tengok tv .. sambil bisnes .. sambil update status facebook .. tak ada masaalah.

Tapi apabila bayi dah pandai bejalan dan selak baju ibu sendiri , gigit gigit ibu dia ..  tak tahan juga rasanya. Sekarang anak nombor empat  , baby syamim dah mencecah 1 tahun 6 bulan. Allhamdulillah … masih menyusu … tapi saya dah rasa hendak berhentikan dia dari menyusu susu ibu.

Manakan tidak. Gigi dah penuh .. seawal 6 bulan gigi mula keluar 2 batang sekaligus. Giginya memang hampir penuh sekarang , suka gigit geram.. bukan gigit manja lagi dah.. Pantang baring atau duduk dia mesti datang nak mengendeng , tengah drive pun sibuk nak selak baju.

Kadang-kadang macam tak sesuai pula. Saya rasa macam baby syamim tak puas menyusu , dia makan macam-macam jenis makanan , Nasi sepinggan , sama banyak dengan kakak laila yang brumur 6 tahun , kalau telur rebus .. mesti 3 biji , air secawan besar , salad brokoli pun boleh makan sampai 2 pinggan.

Tiba-tiba rasa nak berhentikan menyusu kan baby syamim.

Ini di lema biasa ya.

Walau macam mana pun , hati perempuan    hati seorang ibu tak akan sanggup … kecuali betul-betul ada emergency.

Teringat dulu. Semasa saya menyusukan anak sulung. Dari dia berumur 2 tahun hingga lah ke 4 tahun , pelbagai petua putus susu ibu saya buat. Satu pun tak berjaya. Sehinggalah saya medapat berita mengandung anak nombor dua. Barulah si kakak berhenti menyusu , Semasa anak nombor dua baru berumur 1 tahun lebih rasanya , saya mendapat berita mengandung anak nombor 3 , baru lah kakak husna berhenti menyusu. Dan si nombor 3 memang berhenti menyusu sendiri ketika dia mencecah 2 tahun. Si baby syamim ni belum tahu , nampak gaya macam kaklong dia dah .. lambat sikit kot.

Antara petua putus susu ibu atau cerai susu badan yang pernah buat. Orang kata berjaya. Saya tidak.

  1. Letak asam jawa
  2. Letak serbuk kopi yang di bancung dengan sedikit air pekat-pekat
  3. Letak air sirih
  4. Letak BUAH JADAM
  5. Letak garam

Dan banyak lagi taktik yang pernah saya cuba , semua tak berjaya .. jadi rumusan yang boleh saya buat. Bayi akan berhenti menyusu sendiri bila tiba masanya. Segala ketidakselasaan yang di rasai oleh ibu , tolak tepi dululah. Insya – ALLAH ada ganjaran nya.

Show 7 Comments

7 Comments

  1. saya pun sampai sekarang tak usaha nak hentikan mikhail menyusu..sebab dia macam dah kurang sikit nak menyusu.saya tak de suruh pun dia jangan menyusu..dia sendiir yang berubah…lagi2 kalau berjalan kat luar langsung tak mintak nak menyusu..balik rumah ambik bantal baru dia mintak..mudah jadi saya tak rasa pulak nak larang dia menyusu..

  2. Kebiasaannya anak-anak yang dah penuh gigi bukan nak menyusu sangat, lebih kepada bermanja. Susu badan pun x cukup membantu bila anak dah dewasa sebab khasiat lain diperlukan dengan lebih banyak. Tapi tak boleh hentikan atau kurangkan penyusuan ketika anak masih memerlukan (sebelum 2 tahun) sebab ia sangat penting untuk perkembangan otak.

  3. dilema sama kita bee…
    nmpk dah hampir penuh gigi si muaadz ni. bila menyusu dah terasa pedih2 tu mcm dah tanda nk stop susu… abg huzaifah (atas dia) paling lama rekod… 1thn 8 bulan… samalah umur muaadz skrg. tp nis nk cuba cecah 2 tahun juga.azam insyaAllah… alang2 tak preggy kan… hihi
    oh ya… petua nis. semua pahit2 tu tak jalan. kena letak yg pedass…. ouchhh~ kesian tp berkesan

  4. susu ibu adalah titisan emas…. ramai yang kata penyusuan susu ibu leceh… rasanya bg susu ibu la yg plg senang…tak de la nak bgn tengah malam capai air dan tuang atas hp bukan dalam botol….kikiki

  5. Saya dulu pun waktu anak pertama, Muhammad nak putus susu. Rasa sedih betul. Rasa macam rindu moment time kita susukan dia. Huhu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.