Puasa muncul lagi , setiap tahun kita berpuasa situasi nya agak berbeza , tahun ini dan tahun lepas situasi puasa saya dan famili berbeza. Saya tak boleh tulis situasi ini , biarlah saya hadam sendiri. Bahaya uols. Sekarang ni semua cerita akan di viralkan. Seram sejuka daku. Kisah seorang blogger memberi nasihat di kecam. Kisah seorang wanita berpurdah membuat cerita di kecam. Saya rasa simpati pada mereka. Itu sahaja. Tak mahu komen lebih. Apa yang saya tahu , 2-3 hari ni , saya bersyukur sangat-sangat ke hadrat Ilahi.
Sesuatu yang saya doakan hari-hari seikhlas hati. Kini dah nampak sedikit hasil. Syukur allhamdulillah. Semoga di tetapkan keadaan nya begitu. Amin. amin. amin. Saya nampak ramai orang buat status minta maaf , tapi saya tak mampu buat. Sebab ada sesuatu yang di pendam dan saya rasa saya perlu selesaikan perkara tersebut dahulu. Tapi bagaimana , bukan nya angkara saya. Saya perlu buang ego mungkin. Tetapi belum masanya. Susahnya berada di dalam keadaan ini.
Bila puasa menjelang. Tetapi semua perkara berkaitan di atas saya tak fikirkan sangatlah. Sebagai ibu dah tentu nak didik anak-anak lebih dari segalanya. Malam ni dah pesan dengan anak-anak , minum air masak banyak-banyak tidur awal dan baca niat puasa , mana lah tahu tak terjaga esok pagi. Biasanya ibu belum tidur pun lagi waktu sahur tu. Azam puasa kali ini dah tentu ada .. tapi … biarlah rahsia …
Selamat menjalani ibadah puasa ya kawan-kawan.
Niat Puasa , Niat Berbuka Puasa , Niat Puasa Sebulan , Niat Sesudah berbuka Puasa Di Bulan Ramadhan
Bersyukur ditemukan bulan Ramadhan. Alhamdulillah.
macam- macam hal sekarang ni kan…selamat berpuasa