Assalamualaikum dan hai .. Korang tahu perasaan orang yang tengah susah dan masaalah datang bertimpa-timpa ? Saya baru je rasa bersemangat hendak menjahit untuk cari duit cash bayar sewa rumah. Jujur saya cakap, niat nak cari duit hanya untuk bayar bil utiliti dan sewa rumah serta belanja anak-anak makan.
Syarikat tempat suami bekerja ada krisis kewangan , tahun lepas selama 7 bulan berturut-turut dia tidak dpat gaji . Hutang kami banyak termasukklah bil-bil yang tertunggak. Dari bulan januari 2017 baharu lah gajinya dapat betul dan dabel-dabel tapi di sebabkan banyak hutang kami membayar semua hutang-hutang secara berperingkat sehingga tiada simpanan di lakukan kecuali simpanan asb saya.
Kemudian , tahun ini bermula bulan 9 / 2017 . Gaji tak dapat lagi. Tak tahu apa masaalah mereka. Suami bukan tidak mencari kerja lain , tetapi memang belum ada rezeki. Kebanyakkan company tak mahu menerima pekerja yang telah mempunyai pengalaman.
Dari minggu ke minggu kami menunggu gaji.
Tolong lah faham ya company , tak dapat bagi full bagi lah separuh.
Saya mengandung , ada banyak kerisauan dalam hati saya.
Kadang-kadang saya tidur 1 hari tanpa makan dan minum. Saya stress sangat.
Kadang-kadang saya ok , maka saya meniaga di facebook dengan menjual emas dan mejahit baju.
Ada juga duit dari blog masuk sikit-sikit. Tapi anak 4 , makan sahaja pun menelan belanja yang banyak. Tetapi allhamdulillah , anak belum putus lagi duit belanja. Sedaya updaya saya tidak akan membiarkan anak saya kelaparan pergi ke sekolah tanpa menerima duit belanja.
Tapi kadang-kadang situasi juga amat menyennakan jiwa bilamana , anak balik dan berkata banyak program yang perlukan duit , contohnya lawatan , pakaian beragam , hari jadi kawan , jamuan makan. Kadang tu di tangan cuma ada rm20 sahaja. Tetapi saya kalau boleh saya turutkan juga permintaan anak-anak.
Di depan anak saya marah anak kadang-kadang tu bila mereka minta duit untuk beli macam2 benda.
Tetapi saya jadi stress dan terbaring satu hari. Kadang-kadang benda sikit sikit menyentuh hati , saya menangis.
Walaupun di takdirkan duit bulanan terputus , saya masih lagi boleh makan sedap lah. Di berikan rezeki dalam bentuk lain.
Suami saya partime pasang aircond dan melakukan kerja rencam lain , namun upah tidak banyak dan tidak mampu pun bayar loan kereta. Kami ada hutang ptptn akibat suami buat loan untuk di berikan kepada kawan nya. Kawan nya sekarang wallahualam , entah hidup entah mati. Setiap kali suami dapat upah , beliau beli stok makanan di rumah.
Saya pula menjual emas dan menjahit untuk mebayar hutang lain seperti sewa rumah bil elektrik dan bil internet. Banyak jugak duit saya rupanya. Sebelum ni tak sedar pun. Tetapi macam biasalah lambat sikit masa di ambil untuk mengumpul wang.
Saya harap sesiapa yang beri kerja pada saya bayar cepat , saya harap yang mana dulu-dulu saya tolong , tolong kembali dan saya harap siapa-siapa yang ada hutang dengan saya bayar saya semula , tetapi TIDAK.
Saya rasa sedih sangat. Ini pun tengah down , di sebabkan baju dan tempahan banyak , mesin rosak. Siap semua tempahan boleh bayar sewa rumah bulan 10 ini. Tetapi tidak jadi ikut planning asal. Mekanik tersebut tak boleh datang. Dia ada hutang dengan saya saya tuntut hutang tersebut supaya dia datang repair free. Saya tak ada duit nak bayar. Eh bukan tak ada , tapi cukup-cukup untuk makan anak beranak.
Saya tak mahu pinjam dari siapa-siapa. Kalau boleh. Saya mampu bekerja keras walaupun saya mengandung. Saya mampu hadapi semua ini.
Saya tulis benda ni di blog saya bukan minta simpati , dan saya tidak akan share di mana-mana media social lain. Saya tulis supaya menjadi kenaganan anak-anak. Pernah susah , pernah senang , jatuh dan bangun.
Pesanan saya , kalau ada hutang awak – awak usaha lah bayar , awak tak tahu situasi orang , paras dada senak dia , kadang rasa macam .. ermmm mati lagi baik .. atau gila lagi baik.
Tapi nasib baik lah. MASIH BOLEH FIKIR CARA WARAS. Walaupun kadang-kadang rasa nak menjerit 24 jam.
Posted inMasih belum ada kategori
Takpe Pn Bee. Saya senantiasa berpegang pada prinsip “Hardwork never fail you”.. Harap tahun baru ni rezeki berlipat kali ganda..