PERKEMBANGAN SAYA DI 38 MINGGU KEHAMILAN

38 MINGGU KEHAMILAN DAH !!!!! Rasakan .. nak menjerit.. dalam hati ni kadang-kadang berdoa semoga baby cepat keluar , kadang-kadang berdoa supaya baby lambat sikit keluar supaya ibu dapat menjahit dan siapkan tempahan sikit. Tapi kan .. ayah telah di offer kerja. Beriya iya bos tu nak ayah kerja dengan dia , walaupun bukan pilihan hati ayah sebab ayah suka kerja repair aicond je atau kata lain maintenence lah. Tapi dia kena kerja .. tak boleh mengada – ada la. Ni anak 4 nak suap makan + 1 lagi bakal di lahirkan. Ibu pun kena cuti lamaaaaaa …

Di sebabkan simptom kehamilan ibu kali ini lain sikit. Dulu-dulu beranak ke abang syamim. Di perhujung 39 minggu kehamilan ibu masih aktif boleh drive. Tapi kali ini. Jangankan drive ..nak angkat kaki tinggi sikit pun tak boleh. Dah duduk tak boleh bangun ,¬† dah baring tak boleh bangun. Merangkak-rangkak kalau nak bangun. So …ibu terpaksa bergantung dengan ayah sepenuhnya untuk di bawa ke mana-mana lagi-lagi hospital lah.

Jadi kami terpaksa minta hold kejap ayah masuk kerja tempat yang pertama offer ayah kerja . Di samping berharap ada kerja satu (kerja ke dua pilihan ayah ) lagi tu offer kerja. Dengar cerita orang dalam ada yang berhenti kerja. Kot kot ada rezeki kan.

Perkembangan ibu yang ibu rasa sekarang :

Kepala bayi dah betul-betul berada di lalan. Separuh dah dekat telinga nya kata doktor.

Kaki ibu bengkak 3 hari dah tak surut-surut , jadi kena pantau BP dah kena pergi ulang sehari sekali ke klinik. Takut darah tinggi naik tiba-tiba dan ibu sawan. Kerana baby dah besar jadi dia menekan urat-urat darah ibu yang besar katanya.

Dah semakin kerap rasa baby mengeras.

Semakin kerap ke tandas.

Ada keluar lendiran dah sejak dari kandungan 37 minggu.

Selain dari tu. Sakit bahagian vagina leeee.. sebab kepala betul betul engaged di bahagian bawah kan.

Dan ibu sangat susah nak tidur malam. Beralih kiri kanan tak kena. Jadi tunggu mengantuk betul baru tidur .

Jadi ..

Terkahir ..ibu sempat jahitkan sarung bantal dan sarung tilam baby je lah. Guna kain perca .. lebihan lebihan. Bantal dan tilam abam syamim punye ..

Ok .. siapa yang ada simptom sama dengan saya .. meh share .. komen di bawah.

Semoga para pembaca di blog saya happy selalu , dan di kurniakan rezeki yang pelbagai.

Nak siapkan beg baby pula lah.. Doktor sungguh sungguh yakin tu lagi 3 hari besalin.

Hahahaha … doktor doktor ..

 

4 Comments

  1. encikhafiz.com 12 April 2018 Reply
  2. semakkini 10 March 2018 Reply

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.