Misi mencari baju pengagkap selesai

Cuti 3 hari di gunakan sebaik nya. Hari sabtu kami anak beranak mencari pakaian seragam pengangkap untuk aliya. Tahun 3 dah mula ada kelab , persatuan beruniform. Jadi mak ayah boleh lah besedia duit lebih sikit jika anak akan masuk tahun 3. Sepasang baju pengangkap termasuk aksesori .. tshirt dan tudung RM150. Kasut lain. Kalau nak murah dan berbaloi dengan harganya pergi lah ke pertama komplek. Kalau rajin tawar menawar dapat murah lagi. Tapi saya kurang cekap tawar menawar .. anak-anak minta air la .. minta makan…

Snowdrop cloth pad review , kebaikan cloth pad dengan harga berpatutan.

Tahukah anda  ?  Sanitary pad atau pad pakai buang sebenarnya tidak elok untuk kesihatan bahagian intim wanita ? sebenarnya pad pakai buang ini di perbuat dari pulpa kayu dan bahan terbuang. Walau nampak macam putih suci je tapi sebenarnya ia datang dari bahan yang kotor.

Pad pakai buang mudah di dapati .. macam murah dan mudah tetapi sebenarnya  agak mahal dan mendatangkan keburukan kepada wanita khususnya. Masaalah segugut , darah haid berbau , bahagian intim wanita kegatalan , ruam , keputihan  semuanya berpunca dari penjagaan + pad pakai buang.

snowdrop cloth pad review

Perjumpaan Blogger Pembuka 2014

SALAM DAN HAI .. Mungkin ini pembuka cerita / kerjaya sebagai blogger sambilan dan mungkin juga ini penutup. Bukan maksudnya nak berhenti dari berblog. Tetapi mungkin ini lah perjumpaan blogger terakhir. Saja mencuba keluar untuk berjumpa dengan PR dan rakan-rakan blogger lain.

anak blogger

SUSAH.

Jika bawa anak kecil ramai dan ingin membuat kerja , berbincang dengan tenang.  Ya ampun..

Saya seorang ibu yang berdikari 100% . Bukan bangga .. bukan juga minta simpati. Tapi ini lah kenyataan nya. Mujur adik bongsu datang dan tolong saya menguruskan anak-anak. Walaupun sebenarnya saya boleh menjaga 4 orang anak ni sendirian. Tapi mak saya di kampung pula risaukan saya.

Suami saya bekerja di Jakarta sekarang ni. Mencari nafkah. Ada orang kata ” kalau aku tak sanggup la ..”  ya saya hanya mampu tersenyum.

Bagi saya .. kalau merungut banyak sangat takut Tuhan tarik balik rezeki. Suami bekerja jauh juga rezeki buat kami sekeluarga. Insurans untuk anak-anak di masa depan.

Kelat kan ? tak apa .. saya simpan rindu saya demi keluarga terchenta . Gitu.

pertama kali bawa baby tanpa orang pegang semasa memandu.
pertama kali bawa baby tanpa orang pegang semasa memandu.

Hari Pertama Husna & Buku Teks

Pengalaman yang tak mungkin di lupakan. Tahun 2014 ramai anak murid tahun 1 tersepit celah kerusi kan ? Husna juga ada kisah nya tersendiri. Kelakar habis. Kalau ingat cerita dia ni boleh buat saya gelak sampai menitik air mata.
husna tahun 1

Husna jatuh longkang .. kesian dia .. hari pertama kan .. dah 2 bulan cuti makan tidur je .. bangun lewat sekali kena bangun awal .. mengantuk agaknya. Lepas balik dari sekolah .. saya parking kereta . maksu , kakak dan syamim dah naik atas. Husna jalan selepas diorang. Saya lambat sikit sebab nak kunci kereta dulu.

Husna dah merungut beg berat. Tolong lah bawak.

Tapi semua orang tak layan dia. Ibu nak angkat beras 5kg , sabun 3kg dan banyak lagi barang dapur. Maksu dukung syamim. Kakak ada beg sendiri. Jadi terpaksa la bawa beg sendiri.

Pengumuman Pemenang Shopping di Uor.my

Salam dan hai .. Maaf semua yang menantikan pengumuman contest meneka jumlah shopping saya kelmarin. Tidak ramai yang meneka. Jadi mudah hendak membuat pemilihan. Agaknya blogger sibuk dengan urusan sekolah anak-anak kan. Takpe ..di bawah adalah bukti shopping saya kelmarin. Dan tukang komen yang paling hampir adalah sicantikmatahari .. baca komen mereka di entri #CONTEST : Shopping baju anak murah dan berkualiti secara online Tahniah ...... anda boleh claim hadiah di Facebook atau Email ok .. yang belum berjaya usaha lagi. Coming soon ada lagi contest simle…

Snowdrop cloth pad

Bertuah rasanya di beri peluang untuk mencuba produk cloth pad dari  jenama snowdrop. Sebelum ni pernah cuba jenama lain. Kita tengok pula apa bezanya rasa yang saya dapat dari pemakaian cloth pad dari jenama snowdrop ni. Bagi yang belum tahu .. cloth pad ini adalah untuk wanita yang ” datang bulan ” , sekadar di pakai sebagai ” liner ” ataupun untuk wanita lepas besalin (dalam pantang / maternity )

snowdrop cloth pad review

Kalau orang dulu pakai kain , selain dari menjimatkan dan memudahkan .. tak perlu keluar untuk membeli pad moden. Sekarang wanita kita dah kembali kepada pemakaian pad jenis tradisional iaitu kain. Cuma kain itu telah di modenkan di datangkan dengan bentuk yang lebih menarik.

Koleksi Baju Sofia The First Kegemaran Kanak-Kanak

Mana nak cari koleksi baju / dress / pyjamas dengan tema SOFIA THE FIRST ? sini saya ada .. ehem .. mula-mula dulu tak tahu , apa yang si laila minta-minta , rupanya diorang asyik sangat dengan watak kartun ni. Sampai kalau nampak budak lain pakai baju Sofia the first ni diorang akan tengok sampai tak toleh ke tempat lain dah. Laila akan terus bentangkan usul ke ayah dia.( memang nak beli apa-apa kena rujuk ke ayah kan.) Sekali dah jumpa website jual baju ini. Saya terjebak dan terus menjual.

baju tema sofia the first

#CONTEST : Shopping baju anak murah dan berkualiti secara online

Sekarang zaman minyak mahal , mesti kena jimat seboleh-boleh nya. Jadi apa sangkut minyak mahal dengan shopping online ? begini .. kalau keluar pergi kedai dah tentu kena naik kenderaan , dah naik kenderaan kena isi minyak sendiri mesti nak makan-makan , mesti nak belanja anak belon 2-3 biji , mesti nak belanja anak kfc , mesti nak belanja tekak sendiri “coffee latte ” betul tak ?

membeli pakaian murah dan secara online
membeli pakaian murah dan secara online

20 Mac 2013 Keputusan SPM keluar | Cara semak keputusan SPM secara online dan sms

Yeay! Keputusan SPM akan keluar pada 20 Mac 2013 ini. Bedebar pula saya rasa (mengada). Sabar ye saya melawak sikit. Tanggal 20 Mac jam 10.00 pagi nanti boleh lah ramai-ramai buat lawatan ke sekolah masing-masing , jika tidak berkesempatan boleh lah ikuti cara nya di sini untuk semak keputusan SPM secara online dan sms. Semoga perkongsian ini dapat memudahkan ibu bapa dan pelajar itu sendiri. Tahniah kepada yang lulus cemerlang di dalam peperiksaan SPM 2013 yang kureng berjaya tak apa , SPM bukan la segala-galanya. Perjalanan masih…

Pabila di jangkiti kurap petua mengubati dan elakkan di jangkiti.

Baru lagi laila di jangkiti kurap.Susah nak hilangkan 100% kalau ada petua tu sila lah kongsi di dalam komen di bawah. Rasanya dah 5 bulan gitu la laila asyik gatal di bahagian paha dan kawasan berdekatan tu. Selepas habis 2-3 tiub ubat yang di beli dari farmasi kurap tu hilang. Lama sikit laila mengadu lagi gatal-gatal di kawasan yang sama. Pergi lagi ke farmasi. Jenuh juga la nak berubat kurap ni. Cara nak kenal penyakit kurap ni mudah je. Kulit seakan kasar dan di kelilingi dengan bintik-bintik…