Model Ibu

 

Sejak dua menjak ni , menjadi2 tabiat bergaya si laila madihah ni. Bukan main ngalahkan ibu dia … huhu … keuntungan butik ibu di bahagikan dengan dia tau ….   tapi okay lah .. baju yang dia pakai semua laris. Murah rezeki … hik2 .. Allhamdulillah ..

2014-02-28 12.42.01

Bersungguh -sungguh

Bersungguh -sungguh dalam melakukan sesuatu perkerjaan adalah di galakkan. Tetapi bersungguh-sungguh melakukan pekerjaan di bawah tidak di galakkan sama sekali ye anak.

SYAMIMKerana PS3 itu bukan milik ibu… Ibu tak mampu nak …   😛

Kalau Cari Service Video dan Photography Terbaik

Dah lama juga teringin nak ada gambar satu keluarga cantik-cantik ni .. tapi selalu tunda sebab ,masa ada aliya sorang tunggu aliya besar ,dan besar aliya , husna pula keluar ,  tunggu sampai husna besar , dah besar husna keluar laila , so tunggu laila besar , dah keluar laila , tunggu syamim besar pulak. Last – last .. tak mau tunggu dah .. ayah pulak tak de nak bergambar satu famili tak boleh. Huhuhu .. sedih …

Sampai ada projek dengan ……….. (rahsia dulu) , diorang mintak gambar , sumpah saya tak ada gambar saya yang cantik-cantik , gambar anak banyak lah …

Puan Bee-1

Kebetulan .. pergi terjah geng AI MEDIA NETWORK  tengah outting di Taman Tasik Perdana. Bodek laaa … nak sekeping dua gambar .. dan taraaaaaaa … hasilnya … AI MEDIA NETWORK dan glemer di dunia internet ni … tak tahu ? diorang memang ambil service video dan photography ni … tak tahu ? hah meh nak bagi tahu laaaa niiii ..

Motivasi ketika di fitnah

Malam ni tak boleh tidur … ada sesuatu menganggu benak fikiran dan hati. Ya . .. aku mangsa fitnah. Aku dituduh tanpa usul periksa, dah dua tahun , ALLAH masih belum tunjuk siapa benar siapa salah. Jenuh aku memotivasikan diriku untuk belajar menerima serta menguatkan hati dan tahap kesabaran aku. Ya .. kejadian fitnah ini mengajar aku untuk menjadi orang yang lebih sabar dan kuat. Kalau tak sabar dah lama aku serang sipolan itu. Kalau tak kuat dah lama aku gila meroyan.

Aku masih sabar dek kerana … selalu sangat baca ” doa orang kena fitnah itu lebih afdal ” aku tunggu saat itu. Tak lama dah .. aku dapat rasa.

tengok muka budak ni tenang sikit ...
tengok muka budak ni tenang sikit …

Jom .. baca kisah yang menimpa Saidatina Aisyah. Dia wanita ulung pun kena fitnah , tambahlah aku .. manusia biasa … huhuhuhu ~ sabar je lah puanbee oiii ~ mungkin ada keindahan tak terjangkau di sebalik setiap kejadian yang menimpa aku .. AMIN………….

Ketika Aisyah demam sebaik tiba di Madinah, dia tidak melihat layanan lemah lembut Rasulullah s.a.w. terhadapnya (yakni sikap kebiasaan Baginda Saw). Baginda Saw hanya masuk menjenguk Aisyah, memberi salam dan bertanya khabar sahaja, dan kemudian beredar. Itu sangat menghairankan Aisyah.

Baby syamim sakit mata

From Cymera Baby syamim dah sakit mata bermula semalam , tiba-tiba ternampak tahi mata dan berair di ikuti bengkak. Saya tunggu sehari sebelum ke klinik hari ini. Baby juga memang kurang sihat. Semalam saya cuba titiskan air susu ke dalam mata nya. Itu petua orang tua jika anak sakit mata. Allhamdulillah hari ni dah kurang , belum sempat ke klinik lagi pun. Ada yang tak percaya kan ? orang tua cakap petua. Docktor cakap .. protein dalam susu dapat membunuh kuman yang menyebabkan sakit mata tu.Masyallah kelebihan…

Cara Saya : Menghilangkan ruam susu dan ruam lampin

Jika anak-anak terkena ruam susu di pipi atau ruam lampin , boleh lah cuba gunakan sudocrem ini. Ikhtiar je lah kan saya guna ok .. sapu nipis-nipis jek.. Baby yang menyusu susu ibu dan dia mempunyai kulit jenis sensitif pasti tak dapat elak dari terkena ruam. Satu lagi lepas menyusu kena cepat-cepat bersihkan pipi dia. Baby berusia 3 bulan ke bawah je kritikal sikit. Sebab nya baby suka muntah dan tak pandai nak menyusu elok teratur lagi kan. ( saya rekemen saja apa yang saya guna ,…

Apa beza fanpage dan personal profile ?

Saya percaya semua peniaga online akan mengalami masaalah ini.Setiap kali gambar di upload , akan ada komen . PM .. PM .. PM ..Persoalan nya di sini , admin facebook nak PM apa ? semua detail dah ada pada gambar , code , saiz , harga , dan cara pembelian / penghantaran.Dia masih minta kita PM. Masaalah kedua , admin fanpage facebook memang tak boleh PM sesiapa pun ( PM = PRIVATE MESSAGE ). Dah memang di tetapkan untuk menjaga privasi pengguna.Setiap kali dia minta kita PM…

Cukur rambut bayi di kedai "ane"

Bukan tak nak cukur rambut bayi masa bayi baru lahir. Selepas baby syamim di lahirkan , ada lah juga buat kenduri arwah dan doa selamat sambil untuk cukur rambut syamim tu. Tapi mak cik bidan yang biasa cukur tu cakap dia tak boleh buat. Sebab mata dah kelabu. Nak cari bidan lain tak cukup masa. Jadi masa tu buat kenduri arwah dan doa selamat je lah. Tak cukup pun rambut syamim. Sekarang musim panas , rambut syamim pula lebat sangat-sangat , panjang sampai masuk dalam telinga ,…