Pabila di jangkiti kurap petua mengubati dan elakkan di jangkiti.

Baru lagi laila di jangkiti kurap.Susah nak hilangkan 100% kalau ada petua tu sila lah kongsi di dalam komen di bawah. Rasanya dah 5 bulan gitu la laila asyik gatal di bahagian paha dan kawasan berdekatan tu. Selepas habis 2-3 tiub ubat yang di beli dari farmasi kurap tu hilang. Lama sikit laila mengadu lagi gatal-gatal di kawasan yang sama. Pergi lagi ke farmasi. Jenuh juga la nak berubat kurap ni.

Cara nak kenal penyakit kurap ni mudah je. Kulit seakan kasar dan di kelilingi dengan bintik-bintik merah bewarna jambu muda. Gatal sangat lagi-lagi kawasan terjangkit kurap tu berpeluh dan waktu malam. Agak susah nak tidur melayan anak di jangkiti kurap. Kejap-kejap dia minta di mandikan. Selepas di sabunkan dengan sabun berubat gatal tu hilang sekejap. Kemudian muncul semula apabila badan berpeluh.

Kurap ni mudah berjangkit. Tetapi tak tahu pula laila jangkit kurap ni dari mana. Boleh jadi dari haiwan (kucing). Sebab biasa laila ni suka sangat main-main dengan kucing2 jalanan tu.

Kalau lah takut di jangkitit kurap , baju tu kena basuh secara berasingan lah. Kalau tidak memang boleh berjangkit ke anak-anak lain pula.

Petua mak saya untuk ubati kurap.

Gunakan bawang putih yang telah di bakar sehingga lembik dan sapukan kepada kurap.( Saya dah cuba tetapi kurang serasi gamaknya)
Gunakan gamat kerana gamat terkenal untuk membunuh fungus.
Cara mengelak di jangkiti kurap. 

Ini biasa .. bukan kurap sahaja , lain-lain penyakit kulit pun kita di saran kan buat pekara ni.
Elakkan betukar pakaian.
Elakkan membasuh pakaian bercampur dengan penderita kurap.
Mandi bersih.
Sekali terkena akan kena berkali-kali. Apabila ternampak seakan-akan kurap nak muncul , sila cepat-cepat cari ubat sapu.
Orang kata , kalau kita ada penyakit kulit. Kita mandi laut penyakit tu akan hilang.. mitos semata-mata hehee .. Tetapi kalau cepat sapu ubat kurap tu hilang .. tetapi secepat kurap tu hilang cepat juga kurap datang menyinggah lagi. Tak tau cara nak hilangkan betul-betul. Tetapi kalau ada sikit kita tak ubat , kurap boleh merebak ke seluruh badan.

Ada petua kongsi laaaa ~

( Maaf blog terkena virus , blog sedang di baik pulih )

Leave a Comment

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.