NIKMAT TIDUR

Assalamualaikum , selamat pagi. Wahh seronok nya pagi ni rasa segar bugar. Badan rasa sihat. Dah berapa hari tak sihat sakit kepala nyut nyut. Tak tahu kenapa , tapi mungkin dek kerana stress makan dan tidur tak menentu. Bila sakit tu terlentang je tak boleh buat apa. Badan dah bagi signal suruh rehat tetap berdegil. Sampai satu tahap tak tahan. Mata pun tak mampu nak buka. Di penghujung cerita saya dapat tidur awal seawal jam 10 malam . Dah berapa lama tak rasa nikmatnya tidur. Jam 2.30 pagi dah boleh bangun , cergas sambung menjahit. Masak sarapan untuk anak-anak. Badan dah lama tak rasa berpeluh kembali berpeluh segar. Masyallah. Nikmat yang dah lama saya tak rasa. Takde la lama sangat. Seminggu cuma . Tapi macam lama.. Tak sanggup.
Laila siap cakap , seronok bila ibu sihat macam ni. Saya hanya mampu senyum kelat. Maafkan ibu korang sedikit terabai bila ibu layan tak sihat ni. Saya siap dah la minta ampun dari suami melalui whatsapp kot kot tak lama hidup di muka bumi ini. Huhuhu.
Sakit itu “Dzikrullah”.
Sakit itu “Istighfar”.

Semoga terhapus lah dosa dosa. Amboi macam teruk sangat je.
disebabkan rasa sihat sangat.. maka terhasilah .. cucur bawang letak ubi kentang didadukan , cicah sos panas2 ..

Ayat di bawah copy dari status facebook sesorang , saya belajar tak tinggi sangat , tahu lah tidur tu Nikmat dari Allah. Cuma tak reti nak tafsir , tapi nak juga share. JANGAN KECAM AKAK.
Tidur merupakan salah satu nikmat dan rahmat Allah. Sebagai istirahat bagi tubuh agar esok dapat beraktiviti kembali.
Tidur Tanda Kekuasaan Allah.
Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman,
“Dan diantara tanda-tanda kekuasaanNya adalah tidurmu diwaktu malam dan siang hari serta usahamu mencari sebagian dari karuniaNya….” (QS ar-Rum: 23)
Tidur merupakan Rahmat Untuk Istirahat.
Syaikh as-Sa’di rahimahullah menafsirkan ayat tersebut,
“Tidur merupakan satu bentuk dari rahmat Allah sebagaimana firmanNya,
“Dan karena rahmatNya, Dia jadikan untukmu malam dan siang, supaya kalian beristirahat pada malam hari dan mencari sebagian dari karuniaNya (pada siang hari) serta agar kalian bersyukur…” (QS al-Qashash: 73)
Allah menjadikan seluruh aktivitas makhluk berhenti pada suatu waktu (malam hari) agar beristirahat di waktu tersebut, kemudian bertebaran (di muka bumi) pada waktu yang lain (siang hari) sebagai upaya memperoleh manfaat dunia dan akhirat.
Hal itu, tidak akan terjadi secara sempurna melainkan dengan keberadaan pergantian siang dan malam..” (Taisir Karimir Rahman:2/402)
Faedah tidur :
1. Menafsirkan Ayat dengan ayat. (Ini yang utama)
2. Tidur bernilai ibadah bila diniatkan untuk bisa kembali beramal shalih.
3. Pergantian malam dan siang merupakan nikmat Allah yang sangat besar.
Pernahkah membayangkan sepanjang hari matahari menyinari kita…?
Silakan ditanyakan kepada penduduk negeri yang mengalami siangnya (atau malamnya) hampir sepenuh hari

Show 8 Comments

8 Comments

  1. Kalau tak dapat tidur dengan cukup, masa ni kita baru hargai nikmat yang selalu kita pandang sebelah mata
    .
    Memang syok betul dapat tidur berkualiti
    .
    Bangun pun rasa cergas sahaja

  2. memang best bee kalau dapat tido awal, bangun pagi tu segar je rasa, mood pun baik je hari tu kan 😀

  3. Dek kerana tak cukup tidur berterusan dengan berkualiti
    .
    Badan kita boleh jadi lemah dan mudah terkena kanser
    .
    Betapa penting ya tidur

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.