Nasi durian – mengimbau kenangan

Nasi durian – mengimbau kenangan saya kecil kecil dulu. Rindu opah. Dulu opah dan tokwan yang asalnya dari Batu Kurau perak memang ada dusun durian. Malangnya selepas opah dan tokwan tiada. Dusun tersebut di ambil alih oleh anak cucu orang yang tokwan beli dusun tu. Dulu main tulis surat perjanjian sahaja. Mana ada surat cop peguam apa pun bila beli tanah. Jadi mereka kata sebab tak ada bukti sahih jadi mereka ambil tanah tu balik. Kami yang pernah membesar di situ duk la terkenang. Sebab durian tokwan tanam dan ushakan sendiri tu sedap. Sedihnya…….  sekarang ni kalau lalu kawasan tu mesti teringat nasi durian opah.nasi durian

Cara nak buat nasi durian ni senang sahaja. Ambil sesenduk nasi , masukkan beberapa ulas durian , masukkan air suam , masukkan sedikit gula dan masukkan secubit garam. Gaul semua sehingga isi tertanggal dari biji. Keluarkan biji durian dan makan serpih2 tu. Lepas tu gaul lagi dan ngappppp … kadang-kadang  kalau rajin boleh gantikan air suam dengan santan pekat2. Santan tu di perasakan dengan garam dahulu. Wahh .. makan tak ingat dunia. Punya sedap.

Ada orang kata durian boleh tambah susu ibu… hihi tu tambah suka lagi tu ..

Cuti sekolah pergi mana ?

 

Show 4 Comments

4 Comments

  1. Setakat ni tak pernah lagia makan nasi durian. Tapi tengok dari gambar,nampak menyelerakan

  2. Abah SA pun suka makan macam ni..tak tau la macam mana rasanya..x pernah makan macam ni…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.