Nak Jimat Bandwitdh APA ITU BANDWIDTH ????

Salam Bahagia Semua šŸ™‚

Buat apa ? saya ??? mcm biasa tak de kerja saya berblogging ..hari ni saya tengok cPanel ..mak ehhh baru 4/6 dah guna 40% bandwidth ..saya tak sanggup lagi huhu..takut nanti tak sempat hujung bulan bandwidth dah habis…antara perkara yang perlu di risaukan apabila kita menggunakan hosting dan traffic nya makin tinggi adalah bandwidth … Dah lah baru je tukar hosting ke syarikat lain…

Tak di sangkal lagi traffic tinggi income pun masyuk juga …tapi itu lah bukan nya boleh dapat income tu on the spot bila kita memerlukan duit ..jika saya berkerja lain cerita ..saya seorang HOUSEWIFE ..iyer HOUSEWIFE ..tapi bukan desperate HOUSEWIFE hahaa…

Jadi saya terpaksa mengambil langkah drastik untuk menjalankan operasi jimatkan bandwidth

1- kurang update entri – sehari sekali memadai ..tapi kadang2 gatal tangan nak update byk kali
2- Ubah lagi theme , apa saja yang gunakan image saya remove , antaranya background, background title dan juga header huhu sadis…
3- sembunyi shoutbox , walaupun kadang2 rasa nak buang je ..sbb shoutbox juga pakai bandwidth agak banyak setiap kali page diselak ..
4- kurang kan entri di page depan ..jika tengok sekarang tinggal 3 je kalau dulu saya buat 5 entri..adeiii..
5- banyak juga plugin yang saya remove kan…terpaksa ..hehe top commentor bulan 5 saya lupa tengok tak pe nanti bulan 6 cover balik okeyhhhh..

Ada yang tanya apa itu bandwidth ?

Bandwidth adalah unit untuk mengukur bilangan data atau maklumat yang dihantar dalam satu jaringan (network) dalam tempoh masa tertentu. Selalunya dalam unit bit sesaat (bit/s) atau kbps

Dengan kuasa internet, saya dapat berhubung dengan anda semua hanya melalui komputer. Begitu juga dengan anda. Dengan internet, pertukaran data atau maklumat antara komputer mudah berlaku. Mungkin ada yang berkata, saya tidak berhubung secara terus pun dengan anda, hanya membaca blog ini saja.
Sebenarnya, blog ini juga berada di dalam komputer, cuma bukan seperti yang selalu kita guna, iaitu di server. Untuk memastikan anda semua (tak kiralah di mana anda) boleh membaca blog ini, saya telah menyewa sedikit ruang dalam server. Inilah yang kita panggil hosting. Bergantung kepada bayaran, setiap penyedia hosting telah menetapkan had penggunaan bandwidth pada setiap bulan.

Bandwidth akan digunakan sekiranya,

1-Membaca blog ini
2-Menulis komen di sini
3-Saya menulis artikel baru
4-Dan lain2 lagi cth selak2 page ini ..lagi besar saiz page lagi banyak guna bandwidth

kecurian bandwidth

Kejadian mencuri bandwidth juga ada berlaku. Ini terjadi dengan proses hotlinking. Contoh hotlinking, membuat link secara terus kepada website orang lain. Katakan anda copy gambar dari sesebuah website, dan anda letak pula gambar pada website anda. Gambar itu masih ada link dari website terbabit. Dengan ini, bandwidth yang diguna pakai oleh pelawat website anda, telah menggunakan had bandwidth tersebut.
Contoh mudah, curi bandwidth ini, orang lain gunakan plug elektrik anda untuk gunakan laptop. Yang perlu bayar bilnya siapa? Anda bukan? Jika terlebih dari had penggunaannya, apa yang terjadi adalah, blog saya tidak akan dapat dicapai (Page cannot be found) sehinggalah, sama ada bulan baru menjelma, atau saya upgrade pelan hosting saya. Begitulah lebih kurang cerita tentang bandwidth ini.

psssssttt : Saya tak kisah penggunaan bandwidth saya bertambah (bukan kerana hotlinking), kerana itu bermakna pelawat yang datang ke blog ini pun bertambah banyak yer …. Terima kasih kerana selalu membaca blog ini

Bilangan pelawat setakat ini, telah mencecah :

8162 UV sebulan di analitik nuffnang
23922 UV dari google analitik
23908 UV dari cPanel

UV adalah unik visitor bukan pageview ok !.. Betul lah ada yang menyatakan analitik di nuffnang terdapat sedikit keraguan ..tengok bezanya disitu dan fikir sendiri… nanti saya ada masa saya buat post mengenai analitik ni .. ramai yang cadangkan guna google analitik atau yang pakai hosting boleh rujuk cPanel …

Show 32 Comments

32 Comments

  1. mrs.yie

    haaa…baru la fahammmmm….ekeke..adoi rumit tapi berbaloi ngan jumlah uv yg ramai setiap hari šŸ™‚

  2. mrs.yie

    patut le bila tengok blog2 yg guna hosting ni selalunya simple2 je blog diaorang rupanya nak jimat bandwith..

    • iyer lah kak , bila dah berhosting ..blog yg cantik bukan lagi keutamaan šŸ™‚

  3. UpProfits

    Kasi pecah lagi bandwidth bulan nih! hahaha

  4. Salam Puan Bee, terima kasihla mai blog saya .. ish tak sangka la pulak ehh. Tapi entri ni memang menarik perhatian saya, kenapa? sbb saya suka buat hotlinking, yelah hosting percuma ni ada kekangan dari segi space, saya ni ada satu lagi blog pasal hobi kamera saya tu, so banyak gamabr besau2 …

    Apapun nice, entri ini celikkan saya pasal bandwith walaupun saya graduate sc comp. Hahaha… kantoi.

    • hee saya pun baca2 dari blog org tak berapa pandai sgt … ada org tanya saya tolong jelaskan …itu lah kalau gambar besar gedabak pun makan space juga..

  5. solomolo

    samapi sekarang tak faham-faham pasal bandwitdh ni…

  6. terer betul awk bee pasal mende ni..salute akak..

    akaknyer berukben pom asik limited ajo..bandwidth kot.huhu
    yang akak tau..psl byk bukak video mcm utiub ka..main game ka..etc..tu yg akak fhm secara mudah..

    dgn penerangan bee yg bagus ni..akak fhm la guaner..hehe

    • beruk band pun sama lah tu kak , hee beruk band kalau masuk website page nya besar saiz nya tu memang makan banyak GB berukband tu ..sama je kot nanti kena kaji lagi hehehe

    • luna lanun makan juga bandwidth tapi saya tk nk jimatkan bandwidth di gambar ada yg nk jimat diorang upload di website lain , cth picasa , facebook , fliker tapi saya tk nk takut apa2 jadi pada website lain punah semua gambar2 kenangan tu ..

  7. UpProfits

    Apsal naya plak? best apa? income pun masyuk..nnti leh ar buat top up bandwidth..hahaha

  8. mj

    hebat betul traffic blog puan bee tak sampai 6 bulan bandwidth habis.. mj baru 2% bandwitch hahaha.. nampak sanagat blog mj traffic ciput jer..

    • huhu tk sanggup sekarang dh kurangkan aktiviti di blog income tk seberapa pun heh!

  9. mj

    itu kan bagus traffic.. cuma kena tambah modal dua jer.. nie nak tanya? kalau BE datang dia warning dulu ker..? atau mmg dia suka datang senyap tak bagitau..

    • BE datang diam2 dah sehari dua baru ade dalam akaun nuffnang tu ..biasa nk tengok BE , refresh blog byk2 kali iklan tu still keluar tu BE lah tu tandanya ..

  10. UpProfits

    Bersyukur jelah puanbee..xder income yg sikit tuh, xkan ada yg byk..hehe..

  11. bee,
    la ni kakyong aktifkan semula blogspot.. huhuu..
    konon2 nak divert trafik ..

    3 hari x update blog.. tp UV masih 5-6k daily.. baru 12 hari dah guna 25G..
    hrp2 lepas habis noraelena ni dpt menten uv 3k.. baru lah senang hati sket..
    income x dpt lagi, duit kuor byk dah nak cover bwidth..

    kakyong x dak masa nak review blog sendiri utk berjimat bwidth ni..
    bee tlg suggest boleh..

    • bee rasa lah kak yong pakai theme minima lah kot .. theme tu selain dr kemas .. kb tk tinggi boleh juga jimatkan bandwidth .. theme jenis minimal nih memang design nya tuk itu .. akk try ler.. tapi memang tinggi gile dah traffic kak yong tu .. bee slow2 dah ni .. tk nk traffic tinggi pastu tk de income yg setimpal huhu

  12. ifwat

    haritu ada terbaca pasal satu software nak jimat bandwidth kat satu blog, tapi lupa nak bookmark.. huuuu , rugi2

    • kadang2 software apa2 pun kena tanya pd yg pakar dulu šŸ™‚ takut juga

  13. adele

    mmg sakit jiwa disebabkan bandwidth ni..baru nak rancak ckit dah habis mmg rasa nak lempang2 je apa ada..huwaaaa

    kalo pload gmbr kt hosting lain takut kuar gmbr katak tu plak nnt..tak best….

    • hehe sebab tu lah bee ambik unlimited bandwidht senang hati sikit

  14. dah buat ke entry pasal statistik tu? nak baca nak baca. kurang asam tol nuffnang kan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.