Minyak wangi berjenama

Assalamualaikum , apa khabar ? ni bukan nak cerita sangat pasai minyak wangi berjenama. Saya tak pernah beli minyak wangi berjenama sebab nya mahai ya ampun. Tapi kan .. bila kau jalan-jalan lah area klcc ke.. kau bau orang-orang yang kerja pejabat di situ. Wangi ya ampun. Suka je bau diorang. So saya teringin lah. Saya pun cuba menabung Rm29 sebulan x 10 bulan untuk beli minyak wangi dari kakak sorang ni. Menabung dengan akak tu lah. Kalau full set dapat sebijik. Jadi saya ambik set mini 10ml dapatlah banyak sikit.

Saya rasa oooo.. macam ni bau dia.

 


 

Awak nak tahu ? punya hebat lah punchline iklan zaman kita ni dengan hebat nya pengaruh krt. Sedikit sebayak ayat mereka memberi kesan ke atas diri ku. Contoh nya duduk rumah mesti wangi-wangi nanti cik abang cari lain. Salah satu nya sebab saya ni surirumah , kerja dari rumah pun nak perfume wangi wangi . Asyik bau susu aje. Maklum lah saya ni ibu yang beri susu secara direct. Baby baru 4 bulan. So ibu ibu faham kan.  Walau pun selama 15 tahun perkahwinan belum lah kena komplen bab bau. Adoi ..

 

susah kan jadi wanita. So di sini hasil menabung dan hati ku merasa puas. Kau kira lah sendiri berapa baju saya kena jahit untuk set ini. Selit juga perfume untuk husband tu seketui. Kesian dia tak sempat beli apa-apa untuk diri sendiri pun. Habis ke anak-anak dan rumah saja. ( baikkan saya ? )

 

Allhamdulillah dengan semua nikmat dan rezeki.

 

Awak macam mana pulak ? kalau ada perfume wangi wangi lagi rekomen lah ye ! kita menabung lagi.

2 Comments

  1. Mama Hakim 18 July 2018 Reply
    • puanbeeAuthor 18 July 2018 Reply

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.