Menjelang peperiksaan UPSR

Menjelang UPSR yang semakin hampir ni. Rasanya tekanan tu mula terasa dari pihak sekolah. Saya ? rilek je. Anak tak berhenti sakit dan tak sihat. Saya tak bagi apa-apa tekanan pun pada anak. Pada saya UPSR je pun. Tetapi sekolah memang buat pecutan habis habisan. Kesian juga tengok anak. Demam seminggu , ok 2-3 hari .. Muntah muntah 2-3 hari. Ok balik seminggu. Lepas tu demam lagi. Lepas tu sekarang ni sakit telinga pula. Tak pernah pernah si aliya ni sakit memanjang dalam sebulan. Rasanya dia stress , atau terlalu banyak latih tubi , homework nak di buat. Tuisyen lagi  (wajib di sekolah) sehingga sabtu dan ahad pun ada tusyen wajib tu.

Bukan tak nak anak pandai. Anak nak sangat pergi tuisyen bagai. Tetapi dia tu tak sihat. Sakit teliga membawa ke demam. Esok-esok kena tiba upsr demam sampai tak bangun acaner nak jawab soalan periksa. Sudahlah anak jangan di risaukan sangat. UPSR je pun. Hari ini , mengigil cari klinik kesihatan kerajaan nak periksa telinga tu. Pergi ke Klinik kesihatan Kampung Pandan , tutup . pergi ke Hospital Ampang pula, mereka kata kena pergi klinik 1 Malaysia Ampang Baru. Bila sampai tutup juga , mereka tinggalkan nota supaya pergi ke Klinik Ampang. Pun tutup ye .. semua klinik kerajaan tutup. Acaner lah orang tak pergi kecemasan je. Bukan apa. Ibu suka buat rawatan di Klinik / Hospital Kerajaan kerana depa buat rawatan betul betul. Kalau klinik swasta je alahai.. tanya gitu gitu je ambik ubat . Dah serik dengan kes syamim dulu tu. Akhirnya ke Klinik 1 Malaysia Jalan Perkasa je lah. Tapi .. hrumm tak jga check detail. Isnin lah repeat ke klinik.

Ibu rilek je tak kisah berapa yang aliya boleh dapat. Sebab dah nampak usaha tu ada. Percubaan tu dah dapat markah terbaik dari sebelum sebelum ni. Dah ok sangat bagi ibu. Tapi cita cita aliya ni nak masuk asrama. Asrama sana sini dah dia ambil borang nya. Dia sendiri pakat-pakat dengan kawan baik nak masuk asrama.

Sebenarnya ibu tak ready lah lagi nak hantar aliya ke mana-mana. Walaupun ibu ni nampak macam tak sayang anak sebab tak pandai nak luahkan sayang tu dan selalu “naik angin” jek.. Tapi memang tak bersedia langsung nak hantar anak ke sekolah jauh-jauh. Kalau boleh nak ada depan mata je sampai besar. Sampai nak masuk U boleh lah kot lepaskan. Huwaaghhhh ..

Walau apa pun , diminta para pembaca doakan kesihatan anak saya dan semoga Aliya shakira dapat menjawab soalan peperiksaan UPSR dengan tenang. Tanpa ada sedikit kegusaran. Di doakan Aliya shakira berjaya di dunia dan akhirat tak semestinya lulus UPSR sahaja. Saya doakan anak tuan puan juga berjaya dalam UPSR tahun ini dan dunia akhirat di berkati selamanya.

Di saat aliya sibuk dengan upsr , adik adik sibuk nak baju merdeka. Ayah sibuk buat kerja part time sebab gaji kena hold dengan syarikat nya. Aje kerja gila syarikat tempat kerja ayah ni ek. Nasib baik dah biasa buat kerja 4-5 jenis kerja. Aku sendiri pun dah banyak sangat part time ni. Dari hantar anak org ke sekolah , buat team jual beli emas melalui kutu , buat popcorn , blogging dan di tambah sekarang menjahit. Badan ni rasa tak boleh tampung dah rasa letih. Kaki bengkak. Dugaan dugaan. Semoga Allah balas semua ini dengan kemanisan di akhirnya.

Sekian luahan rasa.

 

Leave a Comment

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.