Laksa Buyong Dan Cendol Bakar , Kg Asam Jawa Selangor

JJCM kali ni perkena laksa buyong , gerai laksa kepunyaan sepupu sebelah suami. Tapi malangnya suami suka snagat buat kejutan .. kejutan sangat sampaikan laksa dia tinggal semangkuk sahaja. Baru je berangan nak makan laksa buyung taruk udang besar-besar , udang pun habis jugak. Alamak…  Nak tak nak kami terpaksa la order makanan lain. Masyallah ramai nya orang . Sampai nya di situ agak terkejut nampak kereta beratur untuk beli cendol , drive thru tau .. ingat MCD je ke ada drive thru ?

CENDOL BAKAR , KG ASAM JAWA SELANGOR 8

Istimewa nya laksa ni , laksa di perbuat dari tepung gandum , pulas sendiri guna mesin khas di rumah.Kuah Laksa pula di buat dengan ikan segar dari kuala selangor. Memang sedap dan sekali cuba mesti nak lagi punya lah. Lagi pun ayah sepupu tu memang menjual laksa bertahun – tahun lamanya di changkat jering. Kira nya resepi laksa buyong ni memang resepi turun temurun lah. Korang semua patut cuba. 

CENDOL BAKAR , KG ASAM JAWA SELANGOR 7

Apa lagi kami beli yek .. Otak-otak , sata dan air bunga , air laici dari gerai lain depan gerai cendol bakar. HURMMMMM BADDDDDD SERVIS. Lain kali adik yang jual air tu kena perbaiki sikit lah cara layan pelanggan. Kalau tak boleh jangan buat. Ni tak buat tapi hempas-hempas pula. Akak baru pertama kali makan di situ dik non.. mana lah tahu sistem korang. Dah nampak air ada lagi , awak pula jual air guna cup. Jadi tak salah akak order walaupun dah nak tutup. Dan manalah tahu awal nak tutup kan .. lain kali cakap .. jangan buat muka dik oii .. jangan hempas hempas.. ingat kita ni ape gak nye… eh tergerammmm .. orang nak bagi rezeki dik .. lain kali sumpah tak pergi dah.

CENDOL BAKAR , KG ASAM JAWA SELANGOR 5

Ni cendol bakar yang di katakan femes sangat tu. Oklah sedap … tak sempat tangkap gambar bagi nampak terliur sikit anak-anak dah sambut dah .. panas kan .. selain cendol dan air laici + air bunga dik non tu , kami beli juga abc dan capuccino cup besar gerai depan. Hah sebenarnya sebab geram kan dik non tadi jek , terus singgah gerai depan beli abc. Apa motif pun tak tau.

CENDOL BAKAR , KG ASAM JAWA SELANGOR 3

Lepas tu kami cuba lagi sotong celup tepung goreng dan ayam goreng. Yang ni dua je mahal sikit. Harga makanan lain semua tak lepas RM5. Tapi walaupun mahal sikit  rasanya boleh tahan sedap dan anak-anak suka . Adik yang tolong mak dia meniaga bukan main peramah dan nampak sangat expert dalam serve customer. Macam ni la yang kita nak.

CENDOL BAKAR , KG ASAM JAWA SELANGOR 2

Lepas tu kami cuba char kuew tiaw sebelah gerai laksa bunyung.. Dapat kuew tiaw macam bubur dah. Anak-anak makan udang nya saja. Kami sempat komplen .. katanya kuew tiaw tu lembik. Cadangan akak .. kalau lembik dan tak layak di hidangkan kepada pelanggan jangan hidang lah dik non. Buruk prestasi dan tak baik. Orang dah order nak tak nak bayar juga. Hati tak ikhlas . Cam mana nak cari rezeki macam ni.

LAKSA BUYONG 2

Kesimpulan nya , makan macam ni kelam kabut .. hahah tak kenyang pun sangat. Selepas tu kami singgah ke rumah sepupu. Sepupu belanja makan sedap sedap .. ada somtam dan macam–macam lagi. Tapi tak ada gambar sebab melayan di syamim , aktif 24 jam.

Lain kali nak pergi lagi , nak betul betul makan laksa buyong + udang. Tak puas..

sekian ,

peminat laksa dan cendol.

puanbee

Show 20 Comments

20 Comments

    • panggil sya bee je lah doktor .. hehe bukan siapa2 pun .. memang sedap t kelm kabut pula rasanya , saya tukang beli ..depaa tukang makan

  1. Saya juga peminat tegar laksa. InsyaAllah ke sana nanti boleh try. Memang buka setiap hari ya?

  2. nyumm….
    laksa kat changkat jering tu dulu slalu pegi dgn arwah abah… mak dan saudara mara Singapura… kenangan…
    cendol bakar tak pernah rasa…
    syamim nampak dah besor

    • nama ja cendol bakar , rasa sama je .. yg lain kepekatan santan tu jek .. pantang tak leh makan laksa hihi …. nis ,,, kalau ikut tahun syamim tu dah 3 tahun , ikut bulan je baru 2 tahun 3 bulan …

    • laksa takde drive thru lagi , tapi cendol ada .. memang menarik sangat .. anak2 tido .. bila sampai semua terpinga2 .. tiba2 macam ada dalam kampung lain .. hihi

  3. dulu mati-mati ingat cendol bakar tu cendol yang dibakar. bila sampai sana barulah member bagitahu, rupanya nama orang Bakar tu.ehe

    • aah ramai yg cakap mcm tu , saya pun cari juga cendol di bakar tu , biasa je pun … boleh kata rasa sama dgn yg saya buat di rumah , tp guna santan kelapa sawit sedap oo

  4. Teringat arwah mak, memang suka pusing sendiri buat laksa, tak beli yang kedai…lepas pemergian mak memang jarang sangat makan laksa sebab teringat masakan mak tu

    • alaa sedihnya .. huhu … sekarang susah dah dpt laksa ni kan , dan jarang sgt org muda nak buat snendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.