Kongsi ! Hasad Dengki Dalam Pandangan Islam

Saya suka baca bab ni , muhasabah diri sendiri …

SUMBER : BUNGA MAS

Hasad atau dengki satu daripada maksiat batin yang boleh membinasakan seseorang. Kata Imam Al-Ghazali, ia sebesar-besar kejahatan manusia yang dicela oleh syarak. Katanya lagi, ketahuilah hasad itu haram dan maknanya ialah engkau suka hilang nikmat daripada orang yang engkau dengki atau turun bala kepada orang itu (Hidayatus Salikin 206).

Sifat hasad itu mendatangkan kemurkaan Allah. Ia boleh membinasakan diri seseorang dan amalannya. Rasulullah bersabda bermaksud: ”Takutlah kamu semua akan sifat dengki sebab sesungguhnya dengki itu memakan segala kebaikan sebagaimana api memakan kayu bakar.” (Riwayat Abu Daud daripada Abi Hurairah Riadus Salihin 4:1441)

Menurut Imam Al-Ghazali, dengki itu ada tiga macam:

Pertama menginginkan agar kenikmatan orang lain itu hilang dan digantikan kepadanya.

Kedua, menginginkan agar kenikmatan orang lain itu hilang sekalipun ia tidak dapat menggantikannya, baik kerana merasa mustahil dirinya akan dapat menggantikannya atau memang kurang senang memperolehinya atau sebab lain. Asal orang itu jatuh, ia gembira. Ini lebih jahat daripada dengki yang pertama.

Ketiga, tidak ingin kalau kenikmatan orang lain itu hilang tetapi ia benci kalau orang itu mendapat kenikmatan lebih daripada kenikmatan yang dimilikinya.

Dengki hanya dimiliki orang yang berjiwa rendah dan sifat itu mendorongnya berangan-angan kosong untuk mendapatkan kenikmatan yang dimiliki orang lain.

Di dalam diri setiap manusia, memang ada keinginan kepada persaingan untuk melebihi atau mendapat nikmat yang sama. Sifat ingin bersaing secara sihat adalah halal di sisi Islam. Ia dikenal sebagai ghibtah.

Seseorang yang menyedari dirinya serba kurang, apabila melihat orang lain maju dan mendapat lebih nikmat maka ia berusaha bersungguh-sungguh seperti yang dilakukan oleh orang lain itu. Ini bukanlah dengki sebenarnya.

Ibn Masud meriwayatkan, Rasulullah ada bersabda bermaksud:”Tidak digalakkan adanya perasaan iri hati melainkan pada dua keadaan. Pertama, keadaan orang yang dikurniakan Allah harta benda dan membelanjakannya kepada perkara kebajikan.”

Kedua, keadaan orang yang dikurniakan ilmu pengetahuan Agama lalu ia beramal dengannya dan mengajarkannya.”(Riwayat Bukhari, Muslim dan Tarmizi Mustika Hadis 106)

Dalam hadis ini, Rasulullah menerangkan dua nikmat pemberian itu amat besar kelebihannya sehingga mustahaklah tiap-tiap orang beriri hati dan berusaha dengan bersungguh-sungguh semoga Allah mengurniakan nikmat itu. Dengan itu dapatlah ia menggunakannya menurut cara sebaik-baiknya seperti yang digunakan oleh dua orang itu.

Kesimpulannya, hasad yang membawa kerosakan dan bala tidaklah dihalalkan. Yang dituntut oleh agama ialah iri hati untuk turut berusaha bersungguh-sungguh bagi mendapatkan nikmat Allah dan menggunakannya kepada perkara yang diredai-Nya.

Sekian ,

Show 10 Comments

10 Comments

  1. sabree hussin

    asalkan kita ada rasa iri hati ke arah kebaikkan maka ia dibenarkan.. ye tak?

    Dengan rasa iri hati tersebut kita pun berusaha untuk perbaiki diri

  2. bersaing secara sihat dipanggil ghibtah juga ya..baru tau ni
    syukurlah saya belum bertemu dgn org yg berhasad ni, minta dijauhkanlah…

  3. ayu jamal

    minta dijauhkan la dari perasaan jahat macam ni, kalau dh ada sifat macam ni, sume orang keliling kita pown menyampah n kita…

    hidup memng x tenang

  4. tak baik berdengki dgn og lain..tak kemana yerr…
    bersaing secara positif lebih baik 🙂

    • boleh dengki tp jangan jatuhkan org yg kita dengki tu sebaliknya berusaha jadi mcm org yg kita dengli tu baru betul 🙂

  5. Ummi Hanie

    yg takutnye…kadang2 kita xperasan sifat ini ada dlm diri sndiri…nauzubillah …

    • itu lah nis , sbb tu bee taip nk muhasabah diri disitu moga kita sedar kalau2 ada dalam diri kita 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.