Bertuah lah badan kate ni kan , kerana dia dapat kekayaan duniawi , kehormatan duniawi …:) Dikhabarkan hotel tempat tinggal kate bakal permaisuri Britain tu di ubahsuai sebelum kate menyewa hotel tersebut ..memang dasyat , dari harga sebelum kate tinggal hanya berharga kira-kira £1,525 (RM7,599) satu malam, tetapi difahamkan, sesiapa yang ingin merasai sendiri apa dilalui Kate dalam suite berkenaan terpaksa membelanjakan sehingga £5,000 (RM24,920) satu malam. Wow wow wow
DENGAN hanya dua minggu lagi sebelum bergelar isteri Putera William, Kate Middleton dilaporkan menolak tawaran tinggal di Istana Buckingham.
Sebaliknya, Kate memilih sebuah hotel berhampiran sebagai tempat tinggal.
Media melaporkan, bakal permaisuri Britain itu menghabiskan malam-malam terakhirnya sebagai wanita bujang di Suite Diraja di Hotel Goring, Belgravia, atas alasan mahu kekal dalam suasana ‘semula jadi.’ Justeru, di suite lima bilik berharga £150,000 (RM747,682) itulah Kate menetap untuk sementara sebelum disahkan sebagai isteri William pada 29 April ini.
Suite itu terletak di tingkat lima dan mula ditempah pada November tahun lalu, kira-kira dua bulan selepas pasangan berkenaan mengumumkan pertunangan mereka.
Sebelum ini, spekulasi menyebut, suite itu diubah suai khusus untuk meraikan perkahwinan Kate – William dan ia ditutup kepada orang awam sehingga Mei ini.
Pengesahan mengenai kehadiran Kate menghuni hotel itu dibuat pihak istana melalui mesej di Twitter, baru-baru ini.
Melalui pengumuman itu, Kate dikhabarkan menetap di suite berkenaan bersama keluarga terdekat sehinggalah malam menjelang perkahwinannya.
Ketika ini bilik di Hotel Goring boleh disewa pada harga kira-kira £1,525 (RM7,599) satu malam, tetapi difahamkan, sesiapa yang ingin merasai sendiri apa dilalui Kate dalam suite berkenaan terpaksa membelanjakan sehingga £5,000 (RM24,920) satu malam.
Sesuai dengan statusnya sebagai suite diraja, ruang disewa Kate dilengkapi dengan pelbagai ciri mewah bagi menjamin suasana penuh selesa dan nyaman.
Menurut sumber, suite itu adalah tempat paling sesuai bagi bakal pengantin meredakan apa juga perasaan menjelang perkahwinannya.
Selain ibu Kate, Carole, turut mendiami suite berkenaan adalah adik bakal permaisuri itu, Pippa.
Bilik di hotel itu – dinamakan sempena keluarga yang memilikinya sejak ia dibuka 101 tahun lalu – menyimpan pelbagai sejarah yang disusun dengan ciri kemewahan semasa.
Di hujung bilik mandi, hotel itu menyediakan satu unit televisyen kalis air, manakala dalam satu almari, digantung pakaian sutera seperti pernah dipakai Ratu Victoria ketika dia berkahwin dengan Putera Albert pada 1840.
Suite disewa Kate mempunyai dua bilik tidur dan bilik mandi, satu ruang tamu dan satu bilik membaca.
Tingkap bilik yang mempunyai ciri seni reka Perancis membolehkan penghuninya memandang taman hotel serta bandar raya London.
Ia direka bentuk Russel Sage yang pernah bekerja menyiapkan kemasan dalaman restoran mewah di London, Savoy Grill dan pada 2009, dia menyiapkan enam bilik tidur di Hotel Goring menggunakan sutera tenunan tangan.
Kata Sage, dia mahu menyediakan persekitaran yang selesa kepada penghuni bilik di situ.
“Suite itu kelihatan rumah seseorang yang memiliki cita rasa dan budaya tertentu,” katanya.
Sesuai dengan statusnya sebagai Suite Diraja, bilik terkecil di situ akan dihiasi dengan sutera halus dan kini dinamakan sebagai Bilik Mahkota.
Unsur keriangan juga tidak diketepikan.
Ciri humor dapat dilihat dengan sekeping gambar Blackadder – watak komedi Mr Bean dilakonkan Rowan Atkinson dalam televisyen Britain – mencium tangan Ratu Elizabeth I sambil menghadap tandas.
Permaidani hotel itu pula disiapkan sebuah syarikat Perancis yang pernah digunakan kepakaran mereka di Istana Versailles di Paris, Perancis.
Silingnya pula dihiasi corak daun besar bersalut emas.
Selepas proses ubah suai menyeluruh dilakukan di bangunan hotel itu, sesetengah bilik mempunyai kemudahan lampu yang menukar tahap kecerahan mengikut kadar cahaya masuk dari luar.
Ia juga boleh disesuaikan mengikut musim semasa secara automatik.
Sistem bunyi di bilik tidur dan bilik mandi boleh disambung kepada iPod, selain satu set televisyen yang muncul di dinding bilik mandi dan bilik tidur dengan hanya satu sentuhan.
Sebelum masuk tidur, Kate mungkin mahu menikmati minuman di bar hotel yang digambarkan dalam laman sesawang Hotel Goring sebagai ‘mercu tanda London.’ Syarikat penyedia kemudahan kawalan lampu di situ, Beyond the Invisible, berkata pihak hotel mahu sesuatu yang canggih dipasang.
“Hotel Goring inginkan kemudahan lampu yang mampu berubah mengikut keadaan semasa sepanjang tahun supaya kakitangannya boleh menumpukan perhatian melayan tetamu, bukan tercari-cari lampu,” kata syarikat itu.
Hotel Goring dibuka pada 1910 oleh Otto Goring dan selepas satu abad, ia menjadi satu-satunya hotel lima bintang yang masih dimiliki dan dikendalikan oleh pemilik asalnya.
kredit to : metro
congratulation to her !!
tak mungkin merasalah ddk hotel cam tu,…dpt ddk hotel budget pun alhamdullilah
kan ct ..kalo dpt duk hotel di malaysia ni p[un allhamdulilah
mak oiii… dienye kos nak kawen menghabiskan duit rakyat britain jerk… (sebenarnye saya yang jeles.. hehehe )
haa sabar je lah 🙂
nak tengok wedding dress dia..
haa kan nk jugak tengok 🙂
mintak duit sikit n dia..nak g shopping ni..he he
haa kalo dia bagi 😛
sis,inilah dia,,bila ada duit suma rasa mampu nak beli..heheee cian orang yang kurang mmpu tapi teringin nak jadi gitu walaupun itu cuma akan memakan diri sndrii.
*dunia tetap dunia,tinggl cuma sementara..
sis tk de teringin pun , dah tahu tk mampu kan kehkehkeh…tp kalo berduit leh jer try ..tp bukan try duk situ try wat hotel sendiri kot
whoa! jatuh giler kenaikkan harga tu kan
penangan kate middleton…huhu. tp mmg bertuah dia kan
tp itu lah..duniawi sahaja 🙂
kan faham pun duniawi saja..
tahniah….mmg mewah la suasana bilik tu..bertuah badan kan..he3
tu lah kak , tuah kita nih di mana lah yer ?
Itulah dia selebriti kak!
Dah syg so kenalah tempiasnnya hehe 🙂
kan best jugak jd dia , tp ada yg tk best ngeh!
mati hidup semula pun ta dpt nk rasa dok situ.gila mahai.haha..
tau takpe kutu ..