Kejayaan Asyraf Khalid Menjadi Tontonan Ramai

Asyraf Khalid sendiri terkejut apabila merakamkan ucapan Datuk K baru-baru ini. Datuk K telah berucap dalam majlis makan malam sempena hari lahirnya. 

Mengejutkan adalah anak tiri Datuk Seri Siti Nurhaliza ini juga ditemani oleh tetamunya iaitu Mentor Usahawan, Datuk Wira Dr Azizan Osman. Datuk K benar-benar ingin meluahkan ucapan ini kepada Datuk Wira. 

Pasti ramai yang tahu Asyraf berguru dengan Azizan Osman beberapa tahun lalu dan telah mencapai jutaan jualan. Perniagaan juga bertambah maju, malah kehidupannya juga makin berubah. Ini diluahkan oleh bapanya sendiri.

Tonton Video ini, kejayaan bisnes dan kehidupan tercapai dalam tempoh 3 tahun yang sangat singkat menjadi inspirasi ramai.

Perjalanan Masih Jauh, Asyraf Bangkit Kerana Big Why

Asyraf berkongsi pada makan malam sempena kelahiran bapanya, beliau gembira melihat perkongsian bapanya. Dalam masa beberapa jam sahaja tontonan video ucapan itu mencecah 15,000 penonton.

Asyraf berasa sangat gembira kerana ucapan Datuk K sangat positif dan berbangga dengan dirinya. Malah, beliau syukur kerana memilih mentor yang terbaik.

“Membuat beliau bangga dengan saya merupakan ‘big why’ selama ini. 

“Alhamdulillah, semuanya berubah bila bertemu dengan Mentor saya yang betul-betul ubah bisnes Mutyara, malah hidup dan memberikan saya banyak perspektif lebih baik,”

Kegagalan Sebagai Kebangkitan, Akhirnya Membuahkan Hasil

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada bapa yang membesarkan saya sebegini, sentiasa beri bimbingan, tak berikan saya kesenangan dan sentiasa percaya meskipun banyak kegagalan dalam hidup.”

“Saya ambil kegagalan itu sebagai pengajaran dan terima kasih kepada Mentor yang dapat mengeluarkan potensi yang ada dalam diri ini,”

Asyraf tahu pilihannya adalah yang terbaik dalam berguru dengan Datuk Wira Dr Azizan Osman. Apabila telah ada mentor, beliau ikut sahaja kata mentor. Semuanya ada sebabnya, percaya dan yakin.

Jangan ragu-ragu kerana mentor pasti mengenali kita. Dengan ilmu datuk wira juga, bukan setakat berjaya bisnes, tapi insya-Allah berjaya dapat kehidupan juga. Bimbingan juga merangkumi secara holistik seperti kepimpinan dan perhubungan sesama manusia dan bersama Maha Esa. 

Malah nilai-nilai baik ada dalam lingkungan anak didik Azizan dan RichWorks membuatkan beliau menjadi lebih baik lagi. 

“Mereka meskipun sudah mencapai kejayaan pada satu tahap yang baik dengan jualan jutaan ringgit masih rendah diri, tidak lokek berkongsi ilmu dan perkara betul dilakukan,” ujarnya. 

DATUK K CEMBURU KEPADA DR AZIZAN OSMAN

Cemburu bertempat dan menyokong adalah tanda yang baik buat Datuk K dan Datuk Wira Dr Azizan Osman. Sampaikan bila Datuk K kata dia cemburu dengan Datuk Wira, sedangkan anaknya belajar dengan Datuk Wira. Ini yang dikatakan cemburu support dan menaikkan semangat dalam bidang career masing-masing. 

“Saya pun cemburu dan kagum dengan Azizan, kerana ada kebolehan membina ramai jutawan yang mana saya tak boleh buat.” 

“Bayangkan jutawan yang Azizan bimbing ini, boleh mengingati Tuhan, beribadah, bersedekah daripada hasil kejayaan mereka, saya percaya

sebahagian pahala akan dapat kepada beliau kembali kerana hasil bimbingan, didikan dan tunjuk ajarnya.”

“Azizan memimpin tangan mereka semua, tunjuk mereka mana longkang, mana tempat nak kena langkah, mana tempat nak kena lompat, awak semua (rakan usahawan jutawan) sangat beruntung. Saya tak dapat ini semua ketika seusia anda dan masa memulakan perniagaan,” jelasnya. 

Nasihat Buat Para Usahawan

Datuk K turut menasihatkan para usahawan yang berjaya untuk tidak melupakan mereka yang masih merangkak dan berusaha keras dari bawah. Orang kata, level ikan bilis lagi nak ke level jerung.

“Jangan lupa masyarakat lain, di luar sana ada juga orang yang tak berjaya seperti kita, jangan terlalu berbangga dan ego, tapi ‘be humble, more humble and more humble’, ajar mereka untuk capai kejayaan,” ujar Datuk K.

Terima kasih Datuk Wira, sebab banyak bimbing usahawan dari zero sehinggalah jutawan. Dulu, Datuk Wira Dr Azizan Osman cuma buat seminar, tapi sekarang  Mentoring bimbingan usahawan telah diadakan. Alhamdulillah.

Lepas ni, boleh kita semua turut serta. Kalau nak berjaya kena sanggup belajar, sanggup berkorban! 

Leave a Comment

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.