Semalam , demi mengubat hati yang lara tak balik kampung , mak buat kenduri tapi kita tak balik atas sebab tertentu. Bawa anak-anak cuci mata di tesco je la. Saya suka ke tesco sebab semua ada di satu tempat. Kedai gunting rambut anak pun ada , senang.
Kedai gunting rambut baru buka hujung tahun 2015. Boleh lah rata-rata kanak-kanak suka potong rambut sambil duduk dalam kereta tu , kurang sikit adengan drama.
Tapi biasa la .. anne potong rambut tak dak style .. hentam je la labu .. asalkan kemas dan sejuk mata memandang.
Ini lah syamim , kalau ayah ada memang ayah je potong kan rambut dia .. jimat duit. Ayah jauh ibu bawa ke kedai lah ye.. bukan tak boleh ..ibu gunting kang lagi teruk dari anne tu .. licin habis ..
Sesiapa nak cuba , boleh la bawa anak ke tesco ampang .. Harga untuk kanak-kanak bersekolah RM6 manakala Kanak-kanak tak bersekolah RM5 .
waa..pandai owner kedai ni ambil perhatian anak kecil untuk gunting rambut di sini. memang anak akan minta datang sini la ni