Kebetulan

Assalamualaikum dan hai .. apa khabar ? Kali ni nak tulis sangat sangat cerita ni. Banyak sangat cerita kebetulan. Sama ada ianya kebetulan atau sebenarnya bukan kebetulan tetapi telah di aturkan oleh NYA. Nah nak nyanyi sikit.

Sesuatu yang tak disangka
Sering kali mendatangi kita
Itukah suratan dalam kehidupan
Atau sekadar satu kebetulan ???

Kita asyik membicarakan
Persoalan hidup dan pilihan
Serta kujujuran semakin berkurang
Masih tiada bertemu jawapan

Walau kita dihadapkan
Dengan pelbagai pilihan
Mengapa sering terjadi
Pilihan tak menepati ???

+++++++++

Okay berbalik kepada cerita. Ambik yang baik-baik sahaja ye. Saya bukan nak jaja cerita , meraih simpati atau pun nak burukkan sesiapa. Saya cuma nak luahkan dan jadikan iktibar. Saya faham kehidupan memang begini coraknya. Mana ada hidup yang indah je.

Beberapa tahun lepas , saya ajak suami saya pindah rumah. Lagi pun dia dah tak bekerja di Kuala Lumpur. Suami saya asyiklah tangguh-tangguh pindah. Saya tak selesa duduk di rumah 2 bilik. Anak dah besar. Saya rasa susah nak simpan barang – barang. Bertahun ajak dia pindah , tapi tangguh dengan pelbagai alasan. Masa suami saya di KL pun singkat. Biasa nya dia kerja di Johor dan Jakarta. Masa ni tak ada masaalah kewangan.

Kami memang penyewa yang baik #pujidiri. Bayar ontime , tak pernah tertunggak bil apa-apa pun tiap bulan bayar elok. Makanya tuan rumah tak pernah suruh kami keluar ke apa-apa. Tangki rosak kami tukar , meter rosak kami tukar , tombol pintu berapa kali rosak kami tukar. Memang elok je lah. Sebab tu boleh sewa disini lebih 10 tahun.

Sehinggalah awal tahun 2016. Eh tetiba syarikat oil and gas problem. Dengar cerita syarikat mengalami banyak kerugian. Gaji perkerja semua kena potong , elaun tak ada. Dalam duk terdesak , suami pergi apply loan dan beri duit tu ke kawan dia. Kawan dia  janji nak bayar balik cepat lepas dapat duit persaraan ASKAR. Sekarang tak tahu apa statusnya , dia tak bayar lagi pun loan tu dan suami saya kena tanggung hutang tu. Padahal kami dah settel semua hutang semasa dia mula-mula kerja dengan kapal ni supaya tak banyak bil kena bayar. Dah tak belayar ke mana-mana. Duit pun kurengggg … Tetapi kami masih boleh bertahan. Perkerja luar pun dah lari balik negara masing-masing dah.

Kemudian dengar cerita SPRM bekukan akaun syarikat tempat suami saya bekerja. Pada Julai sehingga sekarang. So semua gaji di bekukan. Suami saya dah mula cari kerja dari 2015 lagi. Tapi tak ada rezeki. Terpaksa stay di situ je. Tak ada pilihan.

Duit ada lah sikit , cukup untuk tampung bil dan sewa semua. Tetapi kos sara hidup kan tinggi. 10K tak cukup weii untuk 3 bulan. Kami bayar bil selang – selang. Semua bil termasuk loan kereta bayar selang bulan. Sewa rumah pun selang lah. Ada lah duit kelepek-kelepek sikit. ” Well biasalah perempuan banyak duit kelepek.

Ada sekali tu bulan 8 semua anak sakit bergilir-gilir. Jenuh berulang pergi klinik . Sehinggakan saya tak pernah parking depan klinik kena saman , pun kena saman dengan DBKL. Masa ni saya dah rasa macam malang je nasib. Tapi bila ingat balik Allah , saya tarik balik rasa malang tu. Dan anggap lah sebagai ujian.

Bulan 9 roadtax kereta mati. Saya punya lah susah hati. Masya Allah .. kereta pula buat hal 4 kali. Tukar bateri , tukar pluq 2 kali , tukar coil , tukar censor . Semua beribu. Mesin jahit rosak lah. Macam-macam perkara terjadi sehinggakan rasa macam nak lari je dari kenyataan. Ada lagi yang tak sesuai di ceritakan di sini. Saya ringkaskan je lah.

Tetiba tuan rumah suruh keluar cari rumah sewa lain. Tak ada tarikh tetap. Dia cuma kata anak nak kawin dan nak duduk rumah ni. Ada lagi masaalah . Ingatkan dah habis. Ujian bertimpa-timpa. Allah hu Akbar.

Kami pun terpaksa redha . Mencari rumah rupanya susah. Almaklumlah dah lebih 10 tahun tak pernah pindah kemana-mana.  Kebetulan dah hujung hujung tahun dah. Kalau tengah tahun tuan rumah suruh pindah susah la. Kesian anak anak ada yang nak UPSR.

Deposit  2 + 1  + utiliti dan maintenence sebulan. Saya tak faham sistem deposit ni. Dulu duduk sini tak kena apa-apa deposit. Tuan rumah suruh jaga macam rumah sendiri je. Cari lah sana sini ke sana sini. Apa yang saya tak search ? habis semua group / page rumah untuk di sewa saya terjah. Mudah.my pun terjah.

Kemudian tak tahan sekadar nak meluahkan di facebook je lah kena pindah. Kebetulan dapat PM dari seorang kawan , tunjuk gambar rumah dia. KEBETULAN juga dia pun tengah mencari penyewa , dia pun baru je beli rumah tu dan memang telah renovate. Allhamdulillah harga sewa menepati bajet kami. Rumah pun menepati ciri-ciri yang saya nak. Tak banyak yang saya nak , 3 bilik dan ada mozek. Hahaha boleh ke gitu ? kecik pun tak pe , asalkan rumah selesa untuk famili kami dan tak susahkan orang.

Deposit boleh bayar ansur , deposit utility di kurangkan.  Allhamdulillah .. allhamdulillah .. rasa nak peluk tuan rumah tu. Terima kasih tak terhingga. Tak tahu nak cakap macam mana , ringan sikit beban rasanya. Dah susah nak jumpa orang baik baik sekarang ni. Even adik beradik pun belum tentu nak cuba faham masaalah kita.

Semunya kebetulan , mungkin tuhan dah atur elok untuk kita walaupun kita rasa tak boleh tahan dengan semua ujian ini. Ya Allah .. sesungguhnya kuatkan lah semangat kami menempuhi hidup yang sangat mencabar ini.

Dek kerana kegawatan ekonomi syarikat tempat suami bekerja. Ada yang sudah pun bercerai -berai , ada juga yang putus tunang sebab tak tahan duit tak ada.Sudah la duit tak ada , anak bini lari jauh-jauh ,  kesian pula.  Ya Allah.. saya tak mau la benda ni. Nauzubillah. Anak tengah nak membesar. Biarlah susah macam mana pun. Asalkan ikatan kekeluargaan utuh. Bukan senang nak bina keluarga. Senang pulak nak runtuhkan kekeluargaan.

Jadinya .. start cuti sekolah bulan 11 terus fikir nak pindah lah. Deposit dah pun bayar tanda jadi. Memang tak akan tukar . Akhirnya tercapai impian ku nak pindah dalam keadaan terdesak macam ni. Pun boleh lah. Allah tahu apa yang terbaik.

Sekarang suami masih mencari kerja lain. Sambil tu dia masih bekerja dengan syarikat sekarang dan harap kes dengan SPRM tu selesai . Huhu

Terima kasih lah membaca cerita benar dan mengarut ni. Harap pak menteri kita baca #wekkss . Ya ampun .. Tak payah citer BR1M , kami tak dapat BR1M ye pak menteri.

 

Show 6 Comments

6 Comments

  1. Ira

    alhamdulllah rezeki :). memang rezeki tak pernah salah alamat kan? 🙂

  2. Alhamdulillah…tu namanya takdir…kite je yang rasa kebetulan sebab kita tak tau apa yang dah tertulis…bertabahlah ye…saya pun tak dapat brim..huhuuu

  3. setiao ujian Allah pasti ada hikmahnya… Alhamdulillah

  4. InsyaALLAH bee, bee kuat. moga ALLAH beri yang lebih baik lepas ni.

  5. Insyallah plan Allah sentiasa hebat!
    Semoga rezeki kita semua sentiasa ada malah berganda2 luasnya…
    Sesungguhnya Allah dah menetapkan setiap rezeki dr kita..anak2 rezeki anak2 mak pun rezeki mak jgk…xdenye kes kongsi rezeki sbb Allah pun Maha Kaya…berlambak rezeki..doa byk2 Insyaallah…=) =) =)
    keep faith in Allah!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.