Malam ni terasa syahdu dan boring. Lalu saya pergi membaca luahan hati para isteri di page facebook Kisah Rumah Tangga (korang boleh search kalau nak baca. ) Ada 1001 masaalah dalam perkahwinan. Ada pula pelbagai ragam dan komen komen dari pembaca. Saya tertanya-tanya. Bagaimana dengan meluahkan perasaan di facebook begitu dapat merubah nasib diri sendiri ? Apa penyelesaian nya ? kita sebagai isteri luah perasaan pun , suami kita tak baca. Jadi di mana kesudahannya ?
Kesian, ramai isteri di hinggapi pelbagai masaalah. Dari sekecil-kecil masaalah sehingga lah ke sebesar-besar masaalah. Tapi di mana suami yang bermasaalah ini ? Mereka ambil peduli kah ? mereka akan berubah kah ? buat penat je uols .. manusia ni kalau tak kena tunjal sekali dengan tuhan. Selagi tu tak akan sedar. Tak kan insaf. Tunggu masa menentukan.
Kita manusia manusia. Hanya mampu merubah diri sendiri dan berdoa. Mustahil kita dapat merubah hati manusia lain. Suami kita juga manusia. Hamba ALLAH. Yang telah di lahirkan di dunia ini dan di janjikan ALLAH Ta’ala untuk menjalani dugaan dunia. Jadi doa je lah. Aku faham. Wanita perlukan perhatian je sebenarnya. Kenapa lelaki susah nak faham benda ni ? ego ? bukan boleh bawa ke mati.
Tipu lah kalau aku kata aku tak ada masaalah. ADA BANYAKKKKK SANGAT. Malas lah nak luahkan atau cerita di sini. Banyak keburukan dari kebaikkan.
Apa yang pasti. “ When nothing goes right … go left ” aku sejenis manusia malas fikir banyak. Jika terlalu banyak di sakiti , apa salah nya “ move on ” je lah. Semoga ada sinar baru .. kan ?
Pasrah. Kadang-kadang , aku sendiri juga merasa penat. Rasa nak berhenti buat semua benda dalam hidup ni.
Cakap senang lerrr ..
Aku faham.
Sedangkan lidah lagi tergigit… inikan pula suami isteri…
kan .. mesti ada punya