Assalamualaikum dan hai , kali ni nak update pasai mesin aku yang satu ni. Mesin titik peluh sendiri hari raya hari tu. Pulun jahit dan beli mesin jack ini. Walaupun second hand tapi jangan pertikaikan usaha aku. Perit rasanya nak dapatkan sebijik ni
Mesin jahit tepi 4 benang ni lagi best dari mesin jahit tepi 3 benang , kerana jika nak jahit tshirt atau kain yang memeri contohnya lycra atau jersi memang sesuai sangat. Dan kita tak payah nak jahit guna mesin lurus lagi dah.
Kemudian dengan enjin yang senyap dan smooth ya ampun seronok gila menjahit. Memang boleh buat lupa anak duk sebelah kikiki
Antara hasil nya guna mesin ni. Bayangkan eh , 10 minit siap satu baju tshirt syokk gilerrr
Baju laila dress kain lycra cotton.
Baju syamim dan adam , kain cotton knit sedap pakai kain ni. Beli remnant saje.Murah-murah dapatlah aku jahitkan untuk anak pakai baju baru.
Dan last baju aku le .. aku suka warna merah hihihi.. Aku dah edit gambar dia senget jugak , lantak lee
Itu je nak update bagi tahu hangpa.. nak seribu daya hangpa walau perit gitu.
So aku dah ada 4 mesin skrg ni , semua aku beli sendiri. Aku dah cakap kat suami, kalau aku mati mesin aku bagi anak perempuan semua. Jangan gatai bagi ke bini baru , aku tak halalkan hahahahahaha