Assalamualaikum , nak cerita lah suami saya belikan jam gshock untuk saya. #DONEMERIAK. Suami saya peminat jam gshock ni. Dan dia kerja pula tak boleh pakai jam besi untuk keselamatan nya. Sebab kerja beliau bermain dengan chemical dan elektrik. So bahaya kalau pakai jam besi.
Dulu dia pernah beli sekali jam Gshock gred kot tapi harga dalam 500 lebih jugak. Kena tipu dek kawan. Tah hape hape laaa…tapi tahan juga bertahun. Lepas tu rosak beli lah jam murah di shopee jenis getah. Tapi tak tahan pula kena chemical terus lembik dan makan tangan . So kita pun rekomen lah PS seller yang dah lama kenal. Sebab dia boleh dapat half price tau. Lepas tu suami beli lah untuk dirinya satu semasa pkp sebab ada duit lebih tak bayar bank kan.
Lepas dah beli satu untuk dia , bulan depan suruh saya pilih satu lagi untuk saya. Saya tak nak. Saya nak emas , tak kira lah sebentuk cinin pun tak apa. Hahaha sebab biasalah kan , orang suka aksesori kan. Tapi hari hari dia pujuk jadi ok lah saya pilih lah satu.
Saya beli dari Ps seller yang sama jugak. Harga asal Rm459.00 , tapi dapat diskaun RM287 termasuk pos.Untung kan. Kalau nak cari seller tu nama nya SHIELA RESLAN DI FACEBOOK
Model GBD-200-2DR ini boleh setting dengan applikasi dan terus rekod berapa langkah kita sehari. Ada timer , dan stopwatch sekali. So boleh lah guna ada juga kebaikkan. Tapi serius tak berapa suka pakai jam. Kecil ke besar ke memang tak suka.Lemas. Lagi pun ai tukang jahit di rumah saja , tengok jam rumah dan hp sudahhhhhh..
Tapi tak apa lah, saya hargai pemberian suami. Biasanya kalau beli sendiri memang tauk merata dah ni. Suami bagi pakai lah setiap hari. Hahahah .. perangai pelik wanita.
Kalau blh dapat yang original; harga sama dengan gred gred tu why not beli yang original kan. PS seller sekarang .. buat geram je banyak betul barang yang dia jual murah murah dari harga asal.Gamaknya kedai biasa mahupun butik besar terpaksa buang harga sebab nak survive semasa pandemik ini kan.
Betabahlah.
Beli yang asli akan puas pakai dari beli fake pakai acah-acah orginal.
dulu tak tahu yang ada konsep PS ni , saya malu kalau masuk butik. Kalau PS seller ok lah
Masa sekolah suka lah pakai jam ni.bila dah jadi tokay kantin aka pengendali makanan, dah x boleh pakai apa² kat tangan