SYARAT PERMOHONAN i-SINAR KWSP
- Permohonan mulai 1 disember 2020
- Permohonan HANYA boleh di buat secara online , melalui telefon atau komputer peribadi ahli.
- Berumur 55 tahun dan ke bawah
- Ahli atau pencarum yang diberhentikan kerja atau ditangguh bayaran gaji
- AHLI AKTIF KWSP : MEMPUNYAI SEKURANG KURANGNYA 1 CARUMAN MULAI MAC2019 SEHINGGA FEBUARI 2020.
- Tiada caruman dalam tempoh 2 bulan semasa permohonan
Awak semua faham tak ?
kalau sebelum mac 2019 tidak berkerja bermaksud akaun kita memang tak aktif pun , so tak layak lah. Tapi saya nak cuba jugak lah mohon. Dah di tulis situ caruman aktif sekurang kurangnya sebulan dari mac 2019 hingga febuari 2020 , so mari lah kita mencarum sendiri dan mohon. Saya pernah daftar dengan kwsp sebagai perkerja sendiri, sendiri kerja sendiri carum. Try je lah.
Saya nak duit weii nak beli kereta mur mur cash. Sebab kereta yang ada ni sangkut dah lama weii dari 2016 sebab asben memgalami kejatuhan suatu masa dulu.
Kerajaan mana tau semua ni , kalau ada kereta boleh juga la driver pergi ambik stok or jumpa client , banyak kerja terpaksa tolak sebab nya susah nak bergerak.
Nak bawa anak bejalan pun naik van kerja ayah diorang , penuh dengan barang buat kerja , besi2 dan gas aircond , kesian anak-anak.