Hari ini 20 mei 2021 – kes covid19 tertinggi dan kes kematian tertinggi di rekodkan

Kes positif harian (6,806) hari ini adalah tertinggi pernah dilaporkan. KKM menjangkakan kes positif harian akan terus meningkat. Aku rasa akan menigkat jugak. Memang susah dah nak turun dengan keadaan orang yang degil yang nak jugak beraya di kampung hari tu. Alahai tak tahu nak kata apa dah.

Hari ini sekali lagi kes kematian tertinggi direkodkan iaitu 59 kematian. Tak risau ke ? Aku duduk di selangor ni makin risau , kami dalam keluarga hanya suami je yang kerap keluar kerana bekerja , bekerja pula bidang essential servis , merata pasaraya giant dan watson dia singgah. Memang risau tapi tu lah. Selagi tak PKP penuh selagi tu lah ada manusia degil tak nak ikut SOP dan masih keluar melepak suka ria di luar sana.

Tak tahu lah kalau korang perasan ke tidak KKM ada update pasal sekarang ni kes orang meninggal di rumah tetapi positi covid pun ada dah. Dan setiap hari jumlah bertambah. Bayangkan orang yang meninggal dunia tu tak tahu pun dia positif covid dan masih bekerja seperti biasa. Hanya pada Allah sahaja kita bergantung harap sekarang ni.

#JagaDiriJagaKeluarga
#StayHome

Leave a Comment

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.