Semalam , semasa bersembang dengan beberapa orang pasal nak hantar anak ke Kolej Vokasional. Ada yang keluarkan soalan macam ni. Semasa nak buat kad pengenalan (sebab kad penganalan hilang semasa di kolej vokasional bulan 3 sebelum pkp ) pun polis tu tanya benda yang sama.
1 : ” Kolej vokasional tu kerajaan punya ke ?
satu lagi soalan terpopular.
2 : “kenapa hantar anak ke kolej vokasional ? sekolah lama dia ada apa2 kes ke ?”
Kolej vokasional ya , kerajaan punya. Nak mohon kena mohon di website kerajaan juga. Kena pergi interview juga. Syarat wajib lulus matapelajaran teras semasa PMR. Cuma pelajaran nya kurang akedemi dan banyak amali. Dulu awal-awal nak hantar anak berbalah juga dengan suami sebab kawan dia kata bla bla bla , malas nak sebut huhu. Tapi saya tetap dengan pendirian. APA ANAK MINAT SAYA AKAN SOKONG.
Bagi menjawab soalan ke 2
Anak sulung saya ni suka sangat bidang berkaitan dengan binatang. Dia pernah kata nak jadi penjaga zoo je. Tak mau kerja lain. Doktor binatang pun tak nak. Nak kerja zoo saja sebab suka duduk dan jaga binatang. Semasa kecil cicak putus ekor pun dia ambik bela sampai sihat. Burung , katak , ikan , kucing , anjing semua dia pernah rawat. Ada untie tua dekat rumah ni selalu bagi makan anjing dia follow orang tua tu siap tolong angkat makanan anjing tu ke hulu ke hilir.
So kita sebagai mak seboleh bolehnya nak lah anak capai cita cita dia kan.
Dan akedemi anak saya ni sedang sedang sahaja. Nak kerja apa nanti tu dalam bahagian yang ada binatang melainkan menjadi penternak/peladang.
So selepas dia ambik peperiksaan PMR tu saya bincang dengan dia. Saya bagi jalan lah cenggitu cenggini. So ada beberapa pilihan je , belajar pandai – pandai dapat result SPM yang membolehkan dia masuk universiti baghagian itu. Atau pun kalau rasa tak boleh pergi dengan SPM , masuk je kolej vokasional. Mata pelajaran akedemi tinggal 4 je. Selain nya belajar terus tentang binatang.
So selepas itu kami cari info kolej mana yang ada modul perternakan dan ruminan. So pilihan pertama teluk intan , kedua di pahang dan ketiga di kedah.
Selepas result PMR keluar , nama aliya tidak dapat di temuduga pun. Dia sedih.
Kami pun tak tanya apa dah , ayah dengan ibu turut sama diam.Sehingga satu masa ada whatsapp masuk dari Kolej vokasional pertanian teluk intan. Tanya nak atau tak nak. Kalau nak baru lah diorang email.
Kemudian dapat email tengok jumlah yuran pulak. Aku fikir banyak kali. Sehinggakan akhirnya bersetuju juga untuk daftarkan. Mak ayah boleh lah spare duit dalam 4k.kalau berminat. Dan jangan risau kalau tak ada sangat duit yuran boleh bayar ansur. Saya bayar full juga , malas nak berutang anak nak belajar .. tau tau covid hahah.
Anak sangat seronok berlajar di sana. Murid perempuan beberapa orang sahaja. Ramai murid lelaki tu yang leceh sikit. Tak ramai anak perempuan nak ambik ruminan , kena belajar selok belok jaga lembu , bagi makan lembu , pegang taik lembu. Semua ni aliya suka. KALAU AKUUU EIII tidak la. Never pegang taik lembu.
Anak tak ada masaalah apa-apa pun , dia pelajar yang aktif di sekolah dan baik di sekolah. Bukan sebab ada masaalah kena pindah sekolah ke apa-apa ke. Tidak tidak. Anak pergi situ sebab dia nak.
Bagi aku , tak apa lah orang nak kata apa – apa pun. Kerajaan wujudkan sekolah tu tak akan tak ada peluar kerjaya pulak di masa depan kan. Lagi pun ilmu berguna. Aku cakap kat anak aku , kalau pun tak ada kerja macam orang cakap tu. Kita usaha beli tanah bela je lah lembu. Kan seatle masaalah tu. Alahai…
Aku tak kisah pun anak nak buat apa , jadi apa , asalkan bukan benda-benda yang salah dari sisi agama dan undang undang lah. Dan aku tak ajar anak aku , orang perempuan kena kerja itu ini sahaja. Tak. Aku ajar anak aku , suka nak buat apa buat dan nak kerja apa pun kerja lah. Janji tak langgar hukum hakam agama dan undang-undang.
Aku ajar anak aku biar susah ushakan apa kita nak , jangan biasakan meminta minta dan mengharapkan orang lain. Walaupun anak aku perempuan aku suka kalau dia capai cita cita dan berusaha sendiri apa yang dia nak.
MACAM AKU. Cehwahhhh .. zaman sekarang , kalau semua nak jadi doktor, cikgu ,ustazah , ustaz dan arkitek , sapa pulak nak jadi peladang berjaya ? kot-kot dengan keluar nya murid murid vokasional ni nanti dan mereka berjaya jadi pentenak , petani dan peladang berjaya dapat suply makanan cukup untuk rakyat Malaysia , kuranglah import daging , sayur dan makanan dari luar negara tak gitu ? semua benda bermula dengan ilmu.
Kolej Vokasional ada banyak modul lain. Fesyen , landskap , akuakultur , ruminan , poultri , Pemprosesan makanan , data entry , animasi , welding .. eh banyak lagi lah.. banyakkan membaca.
ok BYE ..
Banyak la peluang kerja dalam bidang tu. veteriner pun ada bahagian untuk penjagaan haiwan, kajian tentang haiwan bagai.
Zoo pun bukan sebiji je kat malaysia ni..banyak la.
Dia pilih bidang yang tak ramai orang suka , memang mudah la dia nak dapat kerja nanti.
Mindset orang mundur je ya kata kalau nak kerja kena pakai lawa, lawa, tempat bersih2.. kena jadi doktor, jadi cikgu.
Sebab tu ada orang rela anak dia kerja jual insurans dari buka ladang kerbau lembu.
Ai aliya. Kita geng ^^v
Cik Deila pon minat jaga&rawat haiwan.